suka blog ini?(^^)

Oct 19, 2011

CINTA TETAP MILIK KITA

Kata orang cinta tidak semestinya untuk dimiliki tetapi cinta juga sanggup melihat orang yang kita cinta itu bahagia. Orang itu bahagia, habis tu? Kita bagaimana pula? Adakah kita tidak berhak untuk mencipta bahagia? Itu bukannya cinta. Cinta adalah apabila kita bahagia disamping orang yang kita cinta, mungkin kita cuma tersalah pilihan. Ya, tersalah pilihan, kita anggap yang dia adalah cinta kita sehingga kita terlupa ada orang lain setia menunggu kita kerana jodoh, ajal maut adalah ketentuanNYA bukan di tangan kita, manusia hanya merancang namun Allah adalah perancang terbaik akan tiap-tiap sesuatu.  Cinta tidak dirancang, ia pergi apabila ia mahu, ia datang tanpa kita pinta dan mungkin tanpa kita sedari. Kita menangis kerana orang yang kita cinta itu bukan jodoh kita, tapi adakah benar dan yakin yang dia adalah cinta kita dan sanggup mengalirkan air mata untuk dia?
Tanpa kita sedari, jodoh kita mungkin ada sebelah kita sahaja, hanya perasaan cinta sahaja yang belum ada lagi. Apabila ada seseorang yang mencintai kita setulus ikhlas hati dan kita menerimanya seadanya dia, secara tidak langsung akan lahir perasaan sayang dan cinta kita untuk dia, cepat atau lambat sahaja, itupun kalau kita beri peluang pada diri sendiri dan untuk dia. Dan, apa yang penting sekali, kita jangan membandingkan dia dengan orang yang sebelum ini kita rasa kita cinta. Dia dan orang yang kita anggap kita sangat cinta adalah orang yang berlainan, orang yang kita baru jumpa mungkin lebih menyayangi kita berbanding orang yang sebelumnya. Kita sahaja yang buta menilai, yang pertama tidak sama dengan yang kedua begitu juga sebaliknya. Kalau yang pertama itu adalah cinta kita, kita tidak mungkin ada yang kedua. Tetapi apabila kita yakin yang kedua itu adalah cinta kita, kita mungkin tidak akan ada orang ketiga. Apabila difikirkan balik, memang payah apabila ia melibatkan ramai orang, semakin rumit hubungan kita, manalah tahu, antara yang ramai itu mungkin bukan cinta kita juga, bukan?
Ini samalah dengan lelaki yang berkahwin lebih dari satu, rumit sangat, susah kita mahu mencintai dua orang atau lebih sekaligus, cinta bukan macam matematik, boleh dibahagi, didarab, ditambah atau ditolak, cinta adalah satu, ia adalah infiniti, apabila ditambah,didarab,ditolak atau dibahagi tetap infiniti, jauh dari jangkauan akal kita tentang pengertian cinta itu sendiri.  Sebab itulah, kita amat keliru adakah benar dia cinta kita? Kerana cinta patut dimiliki, setiap manusia patut memiliki cinta dan kasih sayang, tiada istilah berkorban dalam cinta melainkan berkorban kerana cinta pada ALLAH! Kalau cinta itu bukan milik kita, jadi cinta itu hanyalah bersifat sementara, lama-kelamaan kita akan terima juga dengan hati yang terbuka. Namun, apabila suatu hari nanti ada insan lain membuka cintanya untuk kita, terimalah dia, mana tahu dia adalah cinta sebenar kita? Mana tahu dia adalah jodoh kita? Kita tidak tahu kalau tudak mencuba kerana jodoh adalah rahsia Allah, sangat-sangat SULIT. 
CINTA membuatkan kita kuat, tidak lemah, tidak terpedaya, tidak terlalai dan terlupa, kita yang salah mendefinisikan makna cinta.  Cinta adalah kekuatan, penghalang kebencian, pemusnah kejahatan, pembersih jiwa dan mendambakan kasih sayang. Dan bagi seorang wanita, jangan membuatkan cinta itu lemah kerana kita yang terlalu lemah mempertahankannya. Bagi seorang lelaki, jangan membuatkan cinta itu sulit kerana tahap keegoan kita yang terlalu tinggi. Wanita selalu menangis kerana cinta, itu memang kebiasaan, dan lelaki yang menangis kerana cinta bukan kerana dia lemah, tapi itu menunjukkan yang lelaki juga punya hati dan perasaan di sudut yang paling dalam yang sukar untuk diterokai oleh wanita.
Walau jauh cinta itu pergi meninggalkan kita, cinta itu tetap datang semula pada kita, jangan sesal kerana cinta itu pergi, tapi bersyukurlah kerana ada cinta yang lebih baik akan datang pada kita suatu hari nanti kerana cinta tetap milik kita.
Hubungan sesama manusia memang sangat rumit jika difikirkan, tetapi ingat hubungan dengan Allah tidak pernah rumit tetapi kitalah yang menyebabkannya menjadi lebih rumit…  

1 comment: