suka blog ini?(^^)

Jul 10, 2012

SUNAN MUSAFIR By RaMLee AwG MurSyid



Allah menciptakan cinta dan cinta itu fitrah manusia…

Sukar digambarkan perasaan saya… selepas membaca karya terakhir RAM untuk Ceritera epik Thriller Laksamana Sunan ini, Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati, sudah tiba masanya sebagai peminat karya RAM, ucapan selamat tinggal untuk ‘Hero’ ini saya sampaikan dengan hati yang sangat puas.
Tidak ada watak fantasi yang benar-benar memberi kesan kepada saya melainkan Laksamana Sunan, watak yang diimaginasikan oleh Ramlee Awg Mursyid ini seakan hidup dalam dunia realiti. Bermula daripada Novel siri pertama Bagaikan Puteri sehinggalah penamat siri kedua ceritera Laksamana Sunan iaitu ‘ SUNAN MUSAFIR’. RAM bukan sahaja tertumpu pada penceritaan sebuah buku semata-mata tetapi juga tertumpu pada kesedaran dan keinsafan sebagai Hamba Allah yang hidup hanya sementara di dunia ini. Secara tidak langsung pembaca akan insaf dan sedar akan kekhilafan diri sendiri.

Tidak seperti novel-novel terdahulu, siri kali ini banyak menyentuh mengenai cinta fitrah dan cinta hakiki. Kisah Laksamana Sunan mencari isterinya, Ratna Sang Ratu Sulaman yang disangka telah meninggal dunia rupanya masih hidup tetapi hidup menderita dalam sumpahan. Cerita yang bermain dengan masa, iaitu pada tahun 1511, tahun 1531 dan masa sekarang, penceritaan yang sungguh teratur, tidak berselerak dan mudah difahami oleh pembaca seolah-olah kita sedang menonton filem. Gaya bahasa kuno pada zaman melayu, diselitkan bahasa Indonesia dan kekadang terdapat bahsa sukuan Sabah yang digunakan ini juga mudah difahami oleh pembaca tidak kira semenanjung Malaysia atau Sabah dan Sarawak.

Kisah perjuangan dan pengembaraan Laksamana Sunan yang menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan tetap akan berakhir pada penghujung cerita. Saya tersentuh mengenai Cinta yang disampaikan dalam ceritera epic popular Laksamana Sunan ini, secara tidak langsung, mesej yang ingin disampaikan oleh RAM menyentuh perasaan saya selaku pembaca tegar buku beliau.

Tidak ada novelis lain yang dapat menyentuh perasaan dan hati saya secara mendalam selain novel yang ditulis beliau. Bersyukur atas kurniaan cinta ini, kerana cinta-NYA kita bahagia dengan cinta fitrah sesama manusia, inilah suatu anugerah. Aspek keagamaan yang ditonjolkan sangat memberi kesan kepada pembaca, melalui perwatakan yang baik, doa, keburukan dan kejahatan,pengorbanan semuanya kerana Allah… dapat diamalkan secara tidak sedar selepas membaca novel beliau.

Bagi saya, novel ini merangkumi semua aspek, kekeluargaan, percintaan, suspens, thriller, pengorbanan, keagamaan, kasih sayang, kemaafan, kesabaran dan ingin mendapat cinta Allah. Sesiapa yang belum pernah menbaca novel ini, selepas menbacanya, anda akan jatuh cinta pada watak utama dalam novel ini. Anda patut berkenalan dengan Laksamana Sunan a.k.a Saifuddin Jalis, Ratna sang ratu sulaman, Indera, Luna, Dani, Haryani, Maryam, Panglima Awang Bagan, Abdul Rahman, Sadik, dan ramai lagi dari buku pertama hingga buku terakhir ini… seolah-olah menonton filem seperti Harry Potter!

P/s: Saya adalah wanita tapi saya jatuh cinta dengan watak RATNA! Sangat gembira apabila mengetahui wataknya tidak mati dalam novel kedua iaitu CINTA SANG RATU kerana saya suka akan wataknya bermula dari penghujung cerita BAGAIKAN PUTERI lagi, tidak disangka dia akan menjadi salah satu watak utama untuk novel seterusnya selepas bagaikan puteri…daripada seorang wanita yang kejam, pembunuh, bengis, pemarah… bertemu dengan Laksaman Sunan untuk menbunuhnya tetapi tatkala bertemu dan bersengketa, Allah menganugerahkannya satu perasaan cinta tanpa diduga tetapi masih menafikannya kerana egonya, dan kerana cintanya pada Laksaman Sunan jugalah… dia mengenal Allah dan mendambakan Cinta Allah…

Alhamdulillah… 

Sentiasa tersenyum pada kehijauan(^^)