suka blog ini?(^^)

Nov 6, 2012

Bisikan Kata Hati by Dila Dyna


Judul: Bisikan Kata Hati
Penulis: Dila Dyna
Penerbit: Kaki Novel

Kisah mengenail Aiman yang kehilangan tunang tersayang, Laili dan terpaksa pula mengahwini adik tunangnya iaitu Laila. Selepas sahaja diijabkabulkan, Laila menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Belanda dan hal ini tidak menjadi isu kepada suaminya, Aiman. Aiman yang amat membenci Laila saat kematian tunangnya, terus membenci dan menyalahkan Laila di atas kematian Laili. Hanya kerana sebuah diari, segalanya-galanya berubah. Benarkah Laili terlibat dalam kemalangan disebabkan telah membaca diari Laila,adiknya atau ada kisah disebaliknya? 

Selepas 4 tahun berada di Belanda, Laila tanpa sengaja telah berlanggar dengan Aiman di Airport. Masih adakah cinta Laila untuk Aiman atau telah lenyap ditelan waktu? Laila yang kembali bukan seperti seorang yang lemah lembut 4 tahun lalu tetapi terpaksa berkasar atau bersikap tidak mahu mengalah di hadapan Aiman telah menyebabkan Aiman sendiri tidak keruan. Tanpa sedar,Aiman mula menyukai Laila ynag masih isterinya itu, tetapi dapatkah Aiman mendapat cinta Laila Kembali? Anda kena baca novel ini untuk mengetahui cerita selanjutnya.

Bagi saya,penulis telah menggarap cerita ini dengan baik dan ada jalan ceritanya yang tidak berputar belit. Penggunaan ayat dan dialog yang bagus dan OK. Walaupun rata-rata cerita berdasarkan kahwin paksa, tetapi ada kelainan sedikit dalam novel ini.Saya rasa ini novel pertama penulis tetapi tidak gagal di situ. Buku yang tidak berapa berat untuk dibaca dan boleh menjadi koleksi kepada peminat novel di luar sana. Saya bagi 4/5 untuk novel ni, Tahniah Penulis(^^)