suka blog ini?(^^)

Mar 12, 2016

KESILAPAN

Kesilapan...

Manusia biasa seperti kita tidak sempurna, kekadang kita kian alpa, lupa dan hanyut pada setiap keindahan duniawi. Ada sifat pemarah, ada sifat pendendam ada sifat pembenci.... marahlah, luahkanlah jangan sampai simpan di hati sehingga menjadi bengkak. Kekadang kita tidak tahu apa yang diucapkan sehingga menyakiti hati orang lain malahan keluarga sendiri, malahan ibu bapa sendiri... dek kerana terlalu marah, syaitan melonjak kegembiraan... Astagfirullahalazim... ucaplah sebanyak mungkin tanpa rasa jemu, Apabila hati kembali tenang... ucaplah kata maaf lahir daripada hati yang ikhlas... Siapa mereka untuk menghukum kita? Kita tidak sempurna, mereka juga begitu, kenapa mengadili kita sebegitu rupa????

Akan tetapi, jangan berhenti untuk sentiasa meminta maaf dan berterima kasih kerana mereka memaafkan kita... ingat jangan lupa, sesallah supaya kita tidak buat perkara yang sama lagi... Marah itu boleh dibendung dengan mengeluarkan air mata, cuba untuk bersabar, cuba untuk mengingati bahawa dunia ini sementara, kelak kita akan dihisab...maka berbuat baiklah sesama kita walaupun mereka masih memandang rendah pada kita. Cubalah berbuat baik dan bersangka baik kerana Allah. Saya juga pernah mengalami situasi ini and I know that it is not easy... to be calm....

Semua orang pernah melakukan kekhilafan sama ada sedar atau tanpa sedar.. tetapi kenapa kita terus dihukum disebabkan masa lalu? Manusia boleh berubah, maka berubahlah untuk menjadi lebih baik terhadap keluarga, sahabat handai, saudara dan pada sesiapa pun.... jadikan dunia ini lebih baik.

Kenapa perlu mengungkit masa lalu? Tapi jadikanlah masa lalu itu satu pengajaran dan teruskan hidup untuk menjadi manusia yang lebih baik.








No comments:

Post a Comment