suka blog ini?(^^)

Dec 8, 2010

ULASAN RAYYAN FANTASI...

Hari Ahad bersamaan dengan 5hb disember 2010, sehari selepas pelancaran novel terbaru Ramlee Awang mursyid, RAyyan Fantasi..aku dan family pergi ke MPH Mid Valley, memang tujuan aku membawa mereke ke sana adalah untuk mencari Rayyan Fantasi, syukur tak terhingga kerana Rayyan fantasi dah ada kat MPH Mid valley, dengan semangat yang berkobar-kobar aku terus membelinya... akhirnya aku telah memiliki Rayyan Fantasi. Kawanku yang berada di Sabah juga telah mengirimku untuk membelinya tapi oleh kerana budgetku tidak mencukupi,hehe... aku bercadang untuk membelinya di Kota Kinabalu sahaja kerana kawanku itu berada di Keningau, mungkin bulan depan baru aku balik ke Keningau dan akan mencari Rayyan Fantasi untuk sahabatku itu, Ramdiana namanya, dia pun memang minat sangat dengan karya RAM ni, nama pun sama jugak, ram..hehe.

Rayyan Fantasi...memang tidak mengecewakan malah membuatkan si pembaca tidak sabar untuk mengetahui siapakah Rayyan , ketika aku membacanya, aku tidak mengetahui siapa Aidin sebenarnya dan apakah kaitan Rayyan dengannya... sekali lagi Ramlee Awang Mursyid membuatkan pembacanya tertanya-tanya, suspen sangat, pelbagai andaian yang aku buat dan meneka-neka siapa Aidin ini namun kali ini sangkaanku meleset sama sekali... aku tidak terfikir pula bahawa Rayyan Fantasi ni adalah....... bukan makhluk bunian ataupun orang sihir, bukan orang halus, jin ataupun syaitan tetapi mereka juga bukanlah penjahat. Kalau nak tahu siapakah Rayyan ini... seringkali dikaitkan dengan fantasi..tapi apakah ianya fantasi ataupun reliti? bacalah untuk mengetahui cerita selanjutnya...sekali lagi aku ingin tegaskan , karya kali ini memang berbeza dengan karya RAM sebelumnya...tapi masih tidak lari dengan konsep thriller dan islamik serta cinta.

Setelah membacanya, aku puji dengan karya RAM ini namun di pengakhiran cerita, RAM ada mengatakan, 'bacalah novel ini dan pujilah Allah'... Wow, memang sangat mengagumkan, Alhamdulillah kerana Allah mengurniakan RAM bakat dari segi penulisan...terima kasih Allah. Aku berdoa semoga kesihatan RAM baik dan sihat selalu dan sentiasa mendapat idea baru untuk novel-novelnya akan datang. InsyaAllah...

Sebenarnya aku belum lagi habis membaca novel ini, cuma aku dah tahu siapakah Rayyan sebenarnya dan Aiddin, dan sekarang aku ingin meneruskan pembacaan aku lagi malam ini untuk mengetahui siapakah pembunuh sebenar, memang menggerunkan dan menakutkan kerana pembunuhna ini  dianggap sangat2 kejam bagi aku...tak sabar rasanya...memang sengaja aku ingin melambatkan pembacaan novel ini, kerana hanya karya RAM sahaja yang membuatkan hatiku berdebar-debar untuk mengetahui kisah selanjutnya... dan selepas habis membacanya, aku akan merindui lagi karya RAM seterusnya...SUTERA BIDADARI. Memang tak sabar rasanya. Namun aku kena menunggunya lama lagi, harap novel RAM seterusnya tak lah terlalu lama..hehe...

Untuk novel RAYYAN FANTASI karya RAM, aku bagi 10 out 10...tahniah kepada penulis RAM... aku bagi 10 bukan sebab aku peminat RAM sahaja tetapi memang karya RAM sukar untuk disaingi oleh penulis lain. Aku memang baca banyak novel daripada penulis lain, tapi bagi novel RAM, memang cukup memuaskan hati aku. Semua genre ada, nilai-nilai melayu thriller islamik suspen dan cinta digabungkan bersama sehingga kita sebagai pembaca tidak sabar untuk membaca bab seterusnya dan mengetahui kisah disebaliknya...betul-betul menarik dan cantik jalan penceritaannya...namun bak kata RAM, apa yang baik, pujilah Allah...
p/s: ermm..memang penat sangat jalan2 pas konvo, tujuan aku cuma nak cari novel RAyyan sahaja..hehe.