suka blog ini?(^^)

Mar 12, 2016

KESILAPAN

Kesilapan...

Manusia biasa seperti kita tidak sempurna, kekadang kita kian alpa, lupa dan hanyut pada setiap keindahan duniawi. Ada sifat pemarah, ada sifat pendendam ada sifat pembenci.... marahlah, luahkanlah jangan sampai simpan di hati sehingga menjadi bengkak. Kekadang kita tidak tahu apa yang diucapkan sehingga menyakiti hati orang lain malahan keluarga sendiri, malahan ibu bapa sendiri... dek kerana terlalu marah, syaitan melonjak kegembiraan... Astagfirullahalazim... ucaplah sebanyak mungkin tanpa rasa jemu, Apabila hati kembali tenang... ucaplah kata maaf lahir daripada hati yang ikhlas... Siapa mereka untuk menghukum kita? Kita tidak sempurna, mereka juga begitu, kenapa mengadili kita sebegitu rupa????

Akan tetapi, jangan berhenti untuk sentiasa meminta maaf dan berterima kasih kerana mereka memaafkan kita... ingat jangan lupa, sesallah supaya kita tidak buat perkara yang sama lagi... Marah itu boleh dibendung dengan mengeluarkan air mata, cuba untuk bersabar, cuba untuk mengingati bahawa dunia ini sementara, kelak kita akan dihisab...maka berbuat baiklah sesama kita walaupun mereka masih memandang rendah pada kita. Cubalah berbuat baik dan bersangka baik kerana Allah. Saya juga pernah mengalami situasi ini and I know that it is not easy... to be calm....

Semua orang pernah melakukan kekhilafan sama ada sedar atau tanpa sedar.. tetapi kenapa kita terus dihukum disebabkan masa lalu? Manusia boleh berubah, maka berubahlah untuk menjadi lebih baik terhadap keluarga, sahabat handai, saudara dan pada sesiapa pun.... jadikan dunia ini lebih baik.

Kenapa perlu mengungkit masa lalu? Tapi jadikanlah masa lalu itu satu pengajaran dan teruskan hidup untuk menjadi manusia yang lebih baik.








Iri Hati atau cemburu?


Envy or jealousy?

Iri hati adalah apabila kamu menginginkan sesuatu yang ada pada orang lain manakala cemburu apabila kamu sangat berasa bimbang atau takut apabila ada seseorang yang ingin mengambil apa yang jadi hak kamu. Berbeza? tapi kedua-duanya pun lahir daripada hati penuh kehitaman. kedua-duanya sama saja.

Bagaimana nak menghalang perasaan iri hati dan cemburu? Lihat pada diri kamu, lihat pada kehidupan kamu sekarang... jangan lihat pada kehidupan orang yang kamu cemburui sebab kemungkinan kamu tidak mengetahui apa yang telah mereka lalui. Dan lihat pada diri kamu? apa yang kurang? lihat pula pada orang yang lebih susah dari kamu! Apa yang mereka tiada kamu ada...

Satu sahaja jawapannya.. BERSYUKURLAH PADA ALLAH SENANTIASA...
Nikmat syukur itu bagi orang yang sentiasa bersyukur adalah KEBAHAGIAAN... itulah kuncinya kehidupan. Dunia hanya sementara.. penuhilah ia dengan setiap kebaikan.. jika bukan orang lain yang buat.. cubalah kita yang membuatkan dunia ini lebih aman, tiada kebencian dan sifat iri hati.

Umur semakin meningkat tapi ramai manusia yang masih berlumba-lumba untuk mendapatkan sesuatu siapa yang lebih, hatta keluarga sendiri pun sering berlumba-lumba. Apa ada pada ikatan? Jika pemikiran negatif sering bermain di minda. Cubalah untuk menyokong dan mendoakan? apakah kita ini bukan manusia? Tanya pada diri, tunjukkan pada dunia, yang dunia ini masih ada manusia yang inginkan keamanan tanpa sengketa... Iri hati dan cemburu sifat yang boleh menghancurkan sesebuah perhubungan dan persaudaraan... 

Mari kita berdamai...tiada sengketa...tiada iri hati..tiada cemburu...
Kerna setiap kejadian dan kehidupan yang Allah aturkan pada kita itu ada sebabnya...
Cuba untuk menjadi manusia yang lebih baik.. bukan tunjukkan pada sesiapa... tapi tunjukkan pada Allah.. hanya Allah tahu apa niat kita itu sudah mencukupi...

Sekian, Assalammualaikum... 







May 24, 2015

Assalammualaikum...dah berhabuk rupanya blog ni.dah bersarang bertahun..hehe..InshaAllah saya akan update balik.blog ni.. sayang pulak jika.tinggalkan begitu sahaja... last entri haritu masa.lepas berkahwin. dan rumah saya di kampung terbakar... sekarang anak dah masuk 2 tahun and nak dapat sorang lg anak tahun ni.. InshaAllah... banyak kisah..banyak cerita..bnyak novel yg saya perlu kongsikan jika ada yg masih membaca blog ini...hehe.

Jan 9, 2013

Ujian tanda kasih sayang Allah

Banyak perkara yang kita tidak mahu berlaku, akan berlaku juga pada kita, dan aku redha atas apa yang telah Allah berikan kepada keluargaku... syukur ya Allah kerana aku tahu engkau sangat menyayangi semua hambaMu...

Tanggal 9 Januari 2013, aku dapat khabar dari keluargaku yang rumah kami di kampung terbakar, tidak ada satu pun barang yang dapat diselamatkan kerana waktu itu Ibuku, adikku, Akim dan Ayahku tidak ada di rumah, tetapi aku bersyukur mereka tidak ada di rumah, aku bersyukur mereka selamat. Apalah gunanya harta jika dibandingkan dengan nyawa satu-satunya di dalam jasad? Aku bersyukur kepada Allah kerana memberi  ujian ini kepada keluarga kami. 

Aku menelefon ibuku yang kedengaran tenang di telingaku, namun siapa tahu apa yang ada di dalam hati nya. Aku kasihan kepada adikku yang masih bersekolah rendah, UPSR tahun ini, dia menangis kerana tak dapat pergi ke sekolah disebabkan ketiadaan baju dan bukunya. Walaupun dia tidaklah sepandai adik-adikku yang lain, dia tetap mahu pergi ke sekolah. Ya Allah, aku masih redha di atas ketentuanMu itu. Kerana kutahu, pasti cikgu dan pihak sekolah dapat membantu memberikan buku dan baju kepada adikku itu. 

Aku sedih kerana tidak dapat menjenguk keluargaku di sana, aku tinggal jauh bersama suamiku, mujurlah aku punya suami yang memahami dan sentiasa memberi peringatan kepadaku bahawa semua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Aku sentiasa teringatku ibuku, bagaimana dia? nasib baik ada kakakku pergi menjenguk dan dia juga redha atas takdir Allah itu.

Mungkin disebabkan litar pintas yang menyebabkan rumahku terbakar, maklumlah rumah sudah terlalu lama dan selama 25 tahun aku tinggal di rumah itu. Banyak kenangan pahit dan manis bersama keluarga di rumah itu, suamiku juga sempat tinggal di rumah itu. Walaupun sudah usang tetapi sangat berharga buat kami sekeluarga. Pahit dan manis kami tempuhi di rumah itu... kebahagiaan keluarga kami ada di rumah itu. Akan tetapi, Allah menguji kami dengan ujian rumah kami dijilat api, kami semua tahu, ada hikmah atas apa yang berlaku.

Mujurlah rumah baru yang belum siap dibina itu tidak mengalami tempias kebakaran itu, pasti saudara mara, penduduk kampung Bayangan banyak menolong kami sekeluarga. Aku bangga berada di kampung itu, sifat tolong menolong sangat diamalkan di kampung itu. Terima kasih kepada Allah, kepada orang-orang kampung dan saudara mara yang banyak membantu keluargaku pada waktu itu. Walaupun aku tiada di sana, tapi aku tahu saat getir yang dialami oleh ibuku dan dia tidak mampu melakukan apa-apa, hanya dapat ditenangkan oleh penduduk kampung. Aku redha Ya Allah...

Aku percaya  hikmah yang Allah akan berikan lebih besar jika kita sebagai hamba Allah redha atas Takdir yang berlaku, tidak mudah putus asa, dan pasti ada jalan di sebaliknya. Keluargaku akan teruskan hidup harian mereka, sentiasa berdoa dan bersangka baik pada Allah. Rumah cuma harta dunia yang akan ditinggalkan setelah kita mati. Hanya amalan sahaja yang dibawa mati. Allah cuma mengingatkan kami bahawa rumah itu bukan apa-apa, dan Allah menyedarkan kami supaya sentiasa mengingatiNya di saat susah dan senang. Syukur ya Allah kerana ujian yang Kau berikan itu adalah merupakan tanda Kasih dan SayangMU kepada kami... redha dan pasti ada hikmah yang tersembunyi tanpa kita ketahui, sama ada lambat atau cepat hanya Allah yang layak tentukan... 

Terima Kasih Ya Allah kerana sentiasa melindungi keluargaKu... di luar sana, lebih ramai lagi yang menimpa nasib yang sama denganku malah lebih teruk lagi... semoga mereka tabah menempuh segala dugaanMu...

Ya Allah, Alhamdulillah.... DaripadaMu kami datang dan kepadaMu jualah kami kembali...

Kucingku MekMek di sekitar rumahku... Aku rindu suasana kampung dan rumahku...



Dec 26, 2012

Venom Suria by Mazni Anita

Tajuk: Venom Suria
Penulis: Mazni Anita
Penerbit: Buku Prima

Buku ni dihadiahkan oleh Mr. Hubby, dah lama beli tapi baru nak baca baru2 ni... (^^)

Novel ni ada elemen misteri + thriller + suspen + ala2 vampire gitu (hisap darah manusia), mengisahkan seorang gadis bernama Suria Baharom, wartawan yang suka menyiasat suatu kes yang berkaitan dengan pembunuhan tragik seorang gadis,  tanpa dia ketahui bahwa kes itu ada hubung kait dengannya. Izwan seorang polis yang menyiasat kes ini dan Nazrul, bos baru Suria di pejabatnya juga mempunyai hubungan dalam kes ini, yakni kejadian masa lampau yang menghubungkan mereka bertiga sebagai watak utama dalam cerita ni. 

Tagline novel ni, 'Dia dicintai dua lelaki... satu mahu melindungi... satu lagi mahu membunuhnya...' menarik minat aku untuk membeli dan membacanya, adalah baca sikit2 dalam blog penulis Mazni Anita, nampak menarik lalu memesan Mr.Hubby untuk membelinya...hehe. 

Izwan seorang Inspektor Polis, yang sama2 menyiasat kes ini secara tidak langsung melindungi Suria kerana ada orang yang mahu membunuhnya! Nazrul punya niat tersendiri, dengan menjadi bos baru Suria, dia senang mendekati Suria... arahan ibunya yang perlu ditaati tetapi pada masa yang sama mula mencintai Suria. Begitu juga dengan Izwan. Mereka berdua sama2 mencintai Suria. Siapakah Suria sebenarnya? Mengapa Nazrul ingin membunuhnya? Dan apakah kaitan Izwan dan Nazrul? Siapa mereka bertiga? Anda kenalah membaca novel ni, sesiapa yang berminat dengan thriller fantasi dn misteri ni, jangan lepaskan peluang untuk membacanya... aku bagi 4/5 untuk novel ni...

P/S : Sayang sangat, aku suka Suria dengan lelaki ni, tapi Suria suka pula dengan lelaki yang seorang lagi tu... huhu :( 
Pernah tengok tak cerita Animasi Jepun 'Vampire knights'? dua hero dan seorang heroin, satu hero tu nak bunuh heroin, aku suka tengok hero yang nak bunuh heroin tu jika mereka bertemu lagi(ZERO), sebab chemistry antara mereka berdua sangat best, begitu juga dengan Suria dan Nazrul... so aku Team Nazrul..haha! Apapun novel ni memang best... (^^)!

Tengah mencari kerja sesuai kat area KL dan Selangor... banyak tapi susah juga kalau x tau jalan, tengah jadi suri rumah sepenuh masa buat sementara ni... tugas seorang isteri bukan senang tapi dapat pahala... InsyaAllah... Aamiin...

Nov 28, 2012

Novel yang ditunggu-tunggu...

Novel memang tidak lari dari sebahagian hidup aku... aku suka berfantasi tapi aku belum cukup kekuatan untuk menjadikan fantasi aku ini sebuah karya... hanya mereka yang boleh menjadikan sesetengah imaginasi dan fantasi aku satu karya... sebab itulah aku adalah salah satu peminat novel mereka... siapa lagi kalau bukan RAMLEE AWANG MURSYID dan RATU BULAN @ NURFA...

Mereka ini adalah antara penulis yang berjaya menarik minat aku untuk terus-menerus membaca hasil karya mereka... aku sedang menantikan karya terbaru mereka, RAMLEE AWG MURSYID akan melahirkan satu lagi karya beliau yang ada hubung kait dengan beliau, inilah yang menjadikan aku tidak sabar-sabar menanti novel tersebut, AKU BERCERITA... 


SINOPSIS...
SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writer’s block melanda. Sua
tu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat ‘seseorang’ menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?

RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...
 
 
Selain dari itu, aku juga sedang sabar menantikan karya terbaru RATU BULAN @ NURFA, iaitu HERO, belum dikeluarkan tapi akan dikeluarkan kata beliau dari keluaran Fajar Pakeer.
 
Mungkin tajuk ni... grab dari FB Ratu Bulan(^^)

Sangat teruja menantikan karya-karya terbaru dari Ratu Bulan, suka dengan watak HERO dan INDAH dalam cerita ni... rasa tidak sabar unutk melihat novel ni dan cover untuk novel ni mcm mana...(^^)

Walau apapun, aku juga memberi peluang kepada diri aku untuk membaca karya daripada novelis yang lain, antara novelis yang juga tidak kurang hebatnya dalam berfantasi adalah MAZNI ANITA @ ANITA ARUSZI, DHIYA ZAFIRA dan mungkin ramai lagi... tapi tidak ramai yang pandai berimaginasi dan berfantasi atau memasukkan elemen thriller dalam novel mereka.
 
P/S: Aku suka sangat dengan cerita fantasi ni, rindu dengan Laksaman Sunan & Ratna Sang Ratu (RAMLEE AWANG MURSYID), Luna & Lucas dalam Novel Antasia (RATU BULAN @ NURFA).. (^^)

Nov 22, 2012

Pray For GAZA!!!!

PLEASE SAVE GAZA!!!!

WORLD... raise your hand and pray for them...

Boikot barangan Israel!!!


Song: We Will not go down (Michael Heart)
Song for Gaza.

Kita dpt tgk sendiri, mcm mana hidup mereka di sana...
Ya Allah, Bantulah mereka... kuatkanlah hati mereka dalam menghadapi segala ujian dan dugaanMu...

I Hate ISRAEL!!!!
Please Save Humanity!