I Hate school, why people must learn everything?
"Love"
"Romance"
"Friendship"
WATER!!!!WATER!!! Gakko wa omoshiroi desu ne...!!!
From zero to be a boss...
"He is my Hero..."
"No! he is my Boss!!"
"Makky!!!
"Aniki!"
Sakaki makio as a student/yakuza |
Intro untuk post ni, My Boss My Hero, memang story ni dah lama, tahun 2006 lagi, aku pun dah lama tengok tapi oleh kerana ada waktu terluang, aku pun tengok balik drama ni... Cerita yang sangat kelakar, aku tengok banyak kali pun tak bosan. Japanese drama is always give me a satisfaction, ya know? Cerita ini mengisahkan tentang seorang Yakuza yang digelar "tornado" kerana kekuatannya tapi sebenarnya dia tak tahu apa-apa pun! Tak Habis belajar sebab malas dan memang tak dapat masuk pun dalam otak dia walaupun dia belajar, ayah dia cuma ajar dia cara berlawan , mempertahankan diri saja, pasal lainnya, dia tak tahu. Baka!(Stupid)hehe.. dialah SAKAKI MAKIO (Nagase Tomoya)
Makio dan sakurakoji (kawan baik) |
So, untuk mendapatkan status ketua dalam kumpulannya, si Ayah terpaksa suruh makio pergi high school, at least biarlah sampai graduate and dapat sijil diploma pun jadilah. Makio yang memang nak jadi ketua Yakuza ni terpaksalah ikut arahan ayah dia pergi sambung belajar. Kawan ayah dia ni kebetulan adalah Pricipal tempat Makio belajar ni jadi dapatlah dia sembunyikan identiti Makio sebenar. Bila Makio dah enter sekolah tu, pada mulanya dia sangat benci dengan sekolah, benci dengan orang sekeliling dia dan cikgu dia, tapi nasib baiklah satu-satunya tarikan pada sekolah itu ialah Kesedapan Puding yang cuma dijual 12 gelas sehari? Banyangkan dari beratus student, cuma 12 gelas sahaja yang dijual. Pelbagai ragam student untuk mendapatkan segelas puding tu, jadi Makio dengan bantuan 'kawannya' (baru kenal dan kawan ni pernah tersalah anggap kononnya Makio selamatkannya dari dibuli padahal dia terambil dompet Makio, nasib baiklah Makio sempat mendapatkan balik dompet dia, kalau tidak habis identiti dia terbongkar..^^), mereka pun dapat puding satu gelas... kalau nak tahu bagaimana mereka cuba mendapatkan puding tu, kenalah tengok cerita best ni..sapa dah tengok baguslah sebab cerita ni banyak bagi inspirasi pada diri kita sendiri.
Makio cuba menakutkan guru dia...(funny scene) |
Dari benci dia mula sayangkan sekolah ni sebab di sekolah lah dari otak kosong jadi pandai, bukan sahaja belajar untuk masuk U semata-mata tetapi belajar tentang 'love', 'romance' dan 'friendship'. Itu yang Makio belajar, protect and believe your nakama! Kedatangan Makio ke kelas 3-A bukan sahaja merubah 'life' Makio tetapi juga merubah 'life' pelajar-pelajar yang berada di kelas itu. Banyak kita boleh belajar dalam cerita ni, semuanya tentang usaha, tidak berputus asa, tolong-menolong, dan banyak lagi perkara positif yang boleh kita ambil. Bukan aku ajak korang jadi Yakuza tapi ambik apa yang baik dari drama ni, drama jepun selalu bagi kita inspirasi supaya jangan berputus asa, Oh, I just love that words!
Setelah Makio belajar banyak perkara di sekolah, dapatkah Makio merealisasikan impiannya untuk graduate? Dan untuk mendapatkan 3rd seat dalam kumpulan Yakuza ayahnya? Apakah agaknya reaksi kawan-kawannya setelah mereka mendapat tahu bahawa Makio adalah Yakuza? Apa akan terjadi akhirnya apabila semuanya terbongkar? Tengoklah cerita ni untuk tahu endingnya....
So, why people must learn???? Think about it...
"Daripada tidak tahu, kita jadi tahu segalanya..."
10 stars