Allah menciptakan cinta dan cinta itu
fitrah manusia…
Sukar
digambarkan perasaan saya… selepas membaca karya terakhir RAM untuk Ceritera
epik Thriller Laksamana Sunan ini, Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati,
sudah tiba masanya sebagai peminat karya RAM, ucapan selamat tinggal untuk
‘Hero’ ini saya sampaikan dengan hati yang sangat puas.
Tidak ada watak
fantasi yang benar-benar memberi kesan kepada saya melainkan Laksamana Sunan,
watak yang diimaginasikan oleh Ramlee Awg Mursyid ini seakan hidup dalam dunia
realiti. Bermula daripada Novel siri pertama Bagaikan Puteri sehinggalah
penamat siri kedua ceritera Laksamana Sunan iaitu ‘ SUNAN MUSAFIR’. RAM bukan
sahaja tertumpu pada penceritaan sebuah buku semata-mata tetapi juga tertumpu
pada kesedaran dan keinsafan sebagai Hamba Allah yang hidup hanya sementara di
dunia ini. Secara tidak langsung pembaca akan insaf dan sedar akan kekhilafan
diri sendiri.
Tidak seperti
novel-novel terdahulu, siri kali ini banyak menyentuh mengenai cinta fitrah dan
cinta hakiki. Kisah Laksamana Sunan mencari isterinya, Ratna Sang Ratu Sulaman
yang disangka telah meninggal dunia rupanya masih hidup tetapi hidup menderita
dalam sumpahan. Cerita yang bermain dengan masa, iaitu pada tahun 1511, tahun
1531 dan masa sekarang, penceritaan yang sungguh teratur, tidak berselerak dan
mudah difahami oleh pembaca seolah-olah kita sedang menonton filem. Gaya bahasa
kuno pada zaman melayu, diselitkan bahasa Indonesia dan kekadang terdapat bahsa
sukuan Sabah yang digunakan ini juga mudah difahami oleh pembaca tidak kira
semenanjung Malaysia atau Sabah dan Sarawak.
Kisah perjuangan
dan pengembaraan Laksamana Sunan yang menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan
tetap akan berakhir pada penghujung cerita. Saya tersentuh mengenai Cinta yang
disampaikan dalam ceritera epic popular Laksamana Sunan ini, secara tidak
langsung, mesej yang ingin disampaikan oleh RAM menyentuh perasaan saya selaku
pembaca tegar buku beliau.
Tidak ada
novelis lain yang dapat menyentuh perasaan dan hati saya secara mendalam selain
novel yang ditulis beliau. Bersyukur atas kurniaan cinta ini, kerana cinta-NYA
kita bahagia dengan cinta fitrah sesama manusia, inilah suatu anugerah. Aspek
keagamaan yang ditonjolkan sangat memberi kesan kepada pembaca, melalui perwatakan
yang baik, doa, keburukan dan kejahatan,pengorbanan semuanya kerana Allah…
dapat diamalkan secara tidak sedar selepas membaca novel beliau.
Bagi saya, novel
ini merangkumi semua aspek, kekeluargaan, percintaan, suspens, thriller,
pengorbanan, keagamaan, kasih sayang, kemaafan, kesabaran dan ingin mendapat
cinta Allah. Sesiapa yang belum pernah menbaca novel ini, selepas menbacanya,
anda akan jatuh cinta pada watak utama dalam novel ini. Anda patut berkenalan
dengan Laksamana Sunan a.k.a Saifuddin Jalis, Ratna sang ratu sulaman, Indera,
Luna, Dani, Haryani, Maryam, Panglima Awang Bagan, Abdul Rahman, Sadik, dan
ramai lagi dari buku pertama hingga buku terakhir ini… seolah-olah menonton
filem seperti Harry Potter!
P/s: Saya adalah
wanita tapi saya jatuh cinta dengan watak RATNA!
Sangat gembira apabila mengetahui wataknya tidak mati dalam novel kedua iaitu
CINTA SANG RATU kerana saya suka akan wataknya bermula dari penghujung cerita
BAGAIKAN PUTERI lagi, tidak disangka dia akan menjadi salah satu watak utama
untuk novel seterusnya selepas bagaikan puteri…daripada seorang wanita yang
kejam, pembunuh, bengis, pemarah… bertemu dengan Laksaman Sunan untuk
menbunuhnya tetapi tatkala bertemu dan bersengketa, Allah menganugerahkannya
satu perasaan cinta tanpa diduga tetapi masih menafikannya kerana egonya, dan
kerana cintanya pada Laksaman Sunan jugalah… dia mengenal Allah dan mendambakan
Cinta Allah…
Alhamdulillah…
Sentiasa tersenyum pada kehijauan(^^)
No comments:
Post a Comment