Seorang Puteri yang mendambakan Puteranya...
Seorang Ratu yang menginginkan Rajanya...
Jangan salah faham, saya cuma mengulas watak dari 2 buah Novel Ramlee Awang Mursyid (Bagaikan Puteri & Cinta Sang Ratu) iaitu Haryani (Si Puteri) dan Ratna (Sang Ratu). Dua watak dari dua dunia yang berbeza, dua kehidupan yang sangat berbeza... tetapi menyintai seorang Lelaki yang sama. Tiba-tiba terlintas di fikiran saya untuk mengulas kedua-dua watak ini, sabagai peminat novel RAM, saya memang suka membandingkan watak dalam semua novelnya namun antara kesemua watak dalam novel RAM, watak yang paling popular adalah Ratna dan Haryani, malahan apabila saya memasuki group RAM kat facebook and fanpage buku RAM, saya mendapati ramai yang cuba membandingkan kedua watak ini termasuk saya.(^^)Team RATNA or Team HARYANI? atau tidak memilih mana-mana team? mari kita banding daripada perspektif nani jurainie..(^^)
Haryani, watak utama yang muncul pada permulaan cerita
Bagaikan Puteri, seorang yang lasak, berani, feminin, dan cantik (Laksamana Sunan menggelar Haryani Puteri). Mungkin Haryani adalah cinta pertama Sunan tapi malangnya mereka dari zaman yang berbeza, jadi ada halangan di situ, penulis sendiri menggambarkan cinta ini amat mustahil berlaku. Rentetan daripada itu, dalam buku ketiga RAM berjudul 'Hijab Sang Pencinta', RAM menemukan kembali Sunan & Haryani pada abad ke-21 iaitu masa sekarang berbeza pada buku pertama dimana Haryani bertemu dengan Sunan pada kurun ke-15. Haryani seorang yang begitu setia rupanya masih mengharapkan kasih Sunan walaupun pada masa itu Sunan baru kehilangan Ratna, isterinya. Namun pada pengakhiran cerita, RAM menoktahkan yang Haryani dan Sunan tetap tidak dapat bersama pada akhirnya apabila Sunan telah 'Mati' pada zaman tersebut. Haryani yang sangat cintakan Sunan sanggup menolak Dani yang mencintainya sepenuh hati, keikhlasan Dani masih tidak dapat menandingi Sunan di hati HAryani namun takdir telah tertulis Haryani dan Sunan tidak boleh bersama. Dan akhirnya, Haryani sendiri kehilangan Dani. Bak kata orang yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran...betul kan?
Saya cuma tertarik pada akhir cerita, Haryani walaupun telah kehilangan Sunan namun dia tetap berubah dari free hair kepada wanita bertudung, cuma kasihan kerana Haryani kehilangan cinta yang amat didambakannya. Daripada perlakuan HAryani yang saya baca, dia agak obses dengan Sunan, cintanya sangat setia, terlalu mengharap Sunan menjadi suaminya. Conclusion, lebih banyak
Haryani ----> Sunan berbanding
Sunan----> Haryani walaupun saya sedar Sunan terlebih dahulu menyintai Haryani sebelum datangnya Ratna.
Ratna, watak yang muncul pada pengakhiran cerita 'Bagaikan Puteri' dan menjadi antara watak utama dalam 'Cinta Sang Ratu' (Tajuk novel ini pun lebih menjurus kepada Ratna sendiri). Ratna sebenarnya watak negatif dalam cerita ini, misinya adalah ingin membunuh Sunan, pertemuan kali pertama di pinggir pantai telah membuahkan satu perasaan halus lahir dari jiwa tatkala Sunan mengatakan 'Sebagai manusia, aku sayang padamu', kata-kata hikmat yang akhirnya mencairkan hati Ratna sehingga dia jatuh cinta pada Sunan. Ratna sedar dia telah jatuh cinta namun kerana egonya dan bisikan jahat serta ajaran bondanya, Ratna cuba menepikan perasaan itu. Sebagai wanita Ratna sendiri tewas dengan kebaikan Sunan. Lantas, kerana cintanya kepada Sunanlah, dia mengenal penciptanya, Allah. Satu kisah cinta sangat suci dan meruntun jiwa. Dan, pada akhir ceritanya dalam 'Cinta Sang Ratu', Ratna terkorban demi melindungi suami tercinta, pada saat Ratna kembali kepada Allah, Sunan seakan kehilangan separuh nyawanya, lemah tersungkur di sebelah jasad isterinya...sehingga kedengaran suara halus isterinya berbisik 'mati dan hiduplah kerana Allah, kanda...'. Sungguh menyayat hati, saya sebagai pembaca turut mengalirkan air mata betapa Cinta Sang Ratu sungguh indah.
Setelah saya membandingkan keduanya, saya lebih suka dengan watak Ratna, walaupun kebanyakan wataknya cuma dalam buku 'Cinta Sang Ratu' tapi cukup memberi kesan, watak yang menghidupka cerita. Kisah cinta Laksamana Sunan dan Ratna siang Ratu benar-benar memberi kesan lebih daripada kisah cinta Haryani dan Sunan. Bukan saya berat sebelah tapi itulah kenyataannya. Haryani jelas watak utama namun kemunculan Ratna menggugat Haryani sebagai watak utama, nasib baiklah watak Ratna dimatikan penghujung cerita, jika tidak Ratna lah yang lebih menguasai cerita bagaikan puteri ini. Ini adalah kerana watak Ratna adalah heroin idaman kebanyakan wanita seperti saya.(^^)
Sunan <-----> Ratna , pertemuan yang telah direncanakan Tuhan, jodoh yang telah ditentukan sejak azali lagi... walau Ratna telah tiada namun sentiasa ada di hati Sunan.
"Semoga Allah mempertemukan kita semula di alam akhirat, InsyaAllah...dan cinta sang ratu itu akan tetap subur di jiwa Saifuddin walaupun tidak dikurniakan keturunan....-Saifudin to Ratna -" RAMLEE AWANG MURSYID
p/s: All of this is just my POV... so, how 'bout you guys?