suka blog ini?(^^)

Dec 26, 2012

Venom Suria by Mazni Anita

Tajuk: Venom Suria
Penulis: Mazni Anita
Penerbit: Buku Prima

Buku ni dihadiahkan oleh Mr. Hubby, dah lama beli tapi baru nak baca baru2 ni... (^^)

Novel ni ada elemen misteri + thriller + suspen + ala2 vampire gitu (hisap darah manusia), mengisahkan seorang gadis bernama Suria Baharom, wartawan yang suka menyiasat suatu kes yang berkaitan dengan pembunuhan tragik seorang gadis,  tanpa dia ketahui bahwa kes itu ada hubung kait dengannya. Izwan seorang polis yang menyiasat kes ini dan Nazrul, bos baru Suria di pejabatnya juga mempunyai hubungan dalam kes ini, yakni kejadian masa lampau yang menghubungkan mereka bertiga sebagai watak utama dalam cerita ni. 

Tagline novel ni, 'Dia dicintai dua lelaki... satu mahu melindungi... satu lagi mahu membunuhnya...' menarik minat aku untuk membeli dan membacanya, adalah baca sikit2 dalam blog penulis Mazni Anita, nampak menarik lalu memesan Mr.Hubby untuk membelinya...hehe. 

Izwan seorang Inspektor Polis, yang sama2 menyiasat kes ini secara tidak langsung melindungi Suria kerana ada orang yang mahu membunuhnya! Nazrul punya niat tersendiri, dengan menjadi bos baru Suria, dia senang mendekati Suria... arahan ibunya yang perlu ditaati tetapi pada masa yang sama mula mencintai Suria. Begitu juga dengan Izwan. Mereka berdua sama2 mencintai Suria. Siapakah Suria sebenarnya? Mengapa Nazrul ingin membunuhnya? Dan apakah kaitan Izwan dan Nazrul? Siapa mereka bertiga? Anda kenalah membaca novel ni, sesiapa yang berminat dengan thriller fantasi dn misteri ni, jangan lepaskan peluang untuk membacanya... aku bagi 4/5 untuk novel ni...

P/S : Sayang sangat, aku suka Suria dengan lelaki ni, tapi Suria suka pula dengan lelaki yang seorang lagi tu... huhu :( 
Pernah tengok tak cerita Animasi Jepun 'Vampire knights'? dua hero dan seorang heroin, satu hero tu nak bunuh heroin, aku suka tengok hero yang nak bunuh heroin tu jika mereka bertemu lagi(ZERO), sebab chemistry antara mereka berdua sangat best, begitu juga dengan Suria dan Nazrul... so aku Team Nazrul..haha! Apapun novel ni memang best... (^^)!



Nov 6, 2012

Bisikan Kata Hati by Dila Dyna


Judul: Bisikan Kata Hati
Penulis: Dila Dyna
Penerbit: Kaki Novel

Kisah mengenail Aiman yang kehilangan tunang tersayang, Laili dan terpaksa pula mengahwini adik tunangnya iaitu Laila. Selepas sahaja diijabkabulkan, Laila menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Belanda dan hal ini tidak menjadi isu kepada suaminya, Aiman. Aiman yang amat membenci Laila saat kematian tunangnya, terus membenci dan menyalahkan Laila di atas kematian Laili. Hanya kerana sebuah diari, segalanya-galanya berubah. Benarkah Laili terlibat dalam kemalangan disebabkan telah membaca diari Laila,adiknya atau ada kisah disebaliknya? 

Selepas 4 tahun berada di Belanda, Laila tanpa sengaja telah berlanggar dengan Aiman di Airport. Masih adakah cinta Laila untuk Aiman atau telah lenyap ditelan waktu? Laila yang kembali bukan seperti seorang yang lemah lembut 4 tahun lalu tetapi terpaksa berkasar atau bersikap tidak mahu mengalah di hadapan Aiman telah menyebabkan Aiman sendiri tidak keruan. Tanpa sedar,Aiman mula menyukai Laila ynag masih isterinya itu, tetapi dapatkah Aiman mendapat cinta Laila Kembali? Anda kena baca novel ini untuk mengetahui cerita selanjutnya.

Bagi saya,penulis telah menggarap cerita ini dengan baik dan ada jalan ceritanya yang tidak berputar belit. Penggunaan ayat dan dialog yang bagus dan OK. Walaupun rata-rata cerita berdasarkan kahwin paksa, tetapi ada kelainan sedikit dalam novel ini.Saya rasa ini novel pertama penulis tetapi tidak gagal di situ. Buku yang tidak berapa berat untuk dibaca dan boleh menjadi koleksi kepada peminat novel di luar sana. Saya bagi 4/5 untuk novel ni, Tahniah Penulis(^^)

Sep 22, 2012

Botok Ikan Tenggiri (Sarawak)

Resepi makanan tengahari di rumah Tunang(^^)

Belajar bagaimana nak masak botok ikan tenggiri yang simple dan sedap... saya kongsi di sini...

Bahan-bahan:
  1. Seekor Ikan Tenggiri dipotong, (ikut suka hatilah size macam mana)
  2. Beberapa helai daun Kunyit yang dihiris halus.
  3. Beberapa helai daun mengkudu yang dihiris halus.
  4. Beberapa helai daun mengkudu lebar. (tak perlu hiris)
  5. Kelapa yang diparut.
  6. Serbuk Garam
  7. Serbuk Kunyit
  8. Serbuk Kari
  9. Beberapa helaian lebar daun pisang.
Okay, mula-mula sekali kita kita potong ikan tu, setelah dibersihkan, kita gaulkan ikan berserta serbuk kunyit dan garam. Gaulkan sehingga sama rata.

Kemudian kita buat pula bahan-bahan campurannya, gaulkan di bekas lain (Asing-asing dari ikan tadi) hirisan daun mengkudu, hirisan daun kunyit, kelapa yang diparut, garam dan serbuk kari. Gaulkan sehingga sama rata. Sekarang kita ada dua campuran kan?

Kemudian ambil Sehelai daun pisang yang lebar dan panjang, letakkan 2 atau 3 helai daun mengkudu lebar di atas daun pisang tadi. Ambil Ikan yang telah digaul sama rata tadi, letakkan beberapa potong ikan (2 atau 3 potong setiap helai daun cukuplah), lepas tu letakkan pula bahan-bahan campuran daun, kelapa dan kari tadi di atas ikan tadi (ratakan bahan-bahan itu di atas potongan ikan tadi). Kemudian bungkus ikan tu denagn menggunakan daun pisang tadi. Untuk elakkan daun pisang itu terbuka, ambil batang kayu kecil/lidi untuk klipkan daun tu. (Eh, betulkah ayat yang aku pakai ni?).

Sebelum itu, jangan lupa panaskan bekas pengukus ikan tu tau, barulah kita kukuskan ikan yang telah dibungkus tadi dalam periuk pengukus. Tunggu sehingga masak, biasanya ikan ni tak lama masak, sekejap sahaja... Bila dah siap, tengoklah hasilnya...

Sorry saya tak sempat ambik gambar tadi, ingat makan je...hehe... InsyaAllah saya akan cuba resepi ni...
Sebenarnya saya memang suka memasak kalau bab benda baru ni...hehe(^^)

Lebih kurang macam ini tapi bukan tau, (grab dari blog ni http://www.tiffinbiru.com/2011/11/botok-botok-makanan-orang-johor.html)


Sep 19, 2012

CaLON JodoH UntuK ADIK by Areila Sahimi

Tajuk: Calon Jodoh untuk Adik
Penulis: Ariela Sahimi
Penerbit: Kaki Novel

Ulas NOvel! Novel ni baru habis baca semalam, erm... ceritanya okaylah... terus-terang saya tak pernah baca novel hasil karya penulis ni, orang kata semua novelnya best2, so saya try grab yang ini, antara yang terbaru dari penulis ni. Kisah tentang adik dan abang angkat, tentang hubungan adik-beradik dan kekeluargaan, tanggungjawab juga kasih sayang. jalan cerita bagus tapi mungkin saya belum dapat menerima cara penulisan penulis ni yang sempoi..hehe. Ayat yang selalu kita dengar daripada percakapan kita seharian, kira bukan ayat formal dalam penulisan. Dan juga terlalu banyak ayat dalam kurungan, contoh (.........). Sesiapa yang baca novel ni mungkin faham apa yang saya cuba sampaikan di sini, macam tidak berapa sesuai untuk diletakkan dalam penulisan novel. Memang ada sedikit kelainan dari novel lain tapi saya masih boleh terima pakai (^^). Ini pandangan sayalah... setiap orang berbeza jadi saya juga berbeza daripada anda...hehe. Dalam penulisan saya amat menitikberatkan ayat yang tidak terlalu formal dan tidak terlalu sempoi... sederhana begitulah. 

Novel ini mengisahkan Arissa dan abang angkatnya Khairul Izlan atau abang Ee... Abang Ee diamanahkan oleh arwah abang kandung Arissa juga sebagai kawan baiknya untuk menjaga Arissa. Memang sebenarnya Abang kandung Arissa (lupa nama dia-Azmeer kot) <--- contoh yang saya cakap seperti di atas, ingin menjodohkan Ee dengan Ris tapi Ee menyukai wanita lain dan pada masa itu Ris mempunyai kekasih iaitu Fariz. Mula-mula tak sebulu, selalu bergaduh, bertekak lidah tapi setiap kali Ris dalam kesusahan, Ee lah yang datang mmbantunya... Ris dah mula sukakan Ee tapi Ee? Dia terus buang rasa suka itu jauh-jauh dan menolak cinta Ris sebab katanya dia mencintai Maisarah. Saya suka babak masa Ris meluahkan cintanya di hadapan Ee tapi Ee dengan selamba menolaknya! Apabila berjauh Ee merindui Ris juga dan bila tengok Ris mesra dengan Fariz, dia cemburu dan marah. Sweet...hahaha... ego sangatlah Ee ni. Nak tau endingnya? Kena baca sendiri novel ni... Overall memang best jugaklah cerita ni, so saya boleh bagi 3.5/5 untuk novel ni. Tahniah penulis kerana berkarya dengan cara anda sendiri...(^^)

Jul 10, 2012

SUNAN MUSAFIR By RaMLee AwG MurSyid



Allah menciptakan cinta dan cinta itu fitrah manusia…

Sukar digambarkan perasaan saya… selepas membaca karya terakhir RAM untuk Ceritera epik Thriller Laksamana Sunan ini, Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati, sudah tiba masanya sebagai peminat karya RAM, ucapan selamat tinggal untuk ‘Hero’ ini saya sampaikan dengan hati yang sangat puas.
Tidak ada watak fantasi yang benar-benar memberi kesan kepada saya melainkan Laksamana Sunan, watak yang diimaginasikan oleh Ramlee Awg Mursyid ini seakan hidup dalam dunia realiti. Bermula daripada Novel siri pertama Bagaikan Puteri sehinggalah penamat siri kedua ceritera Laksamana Sunan iaitu ‘ SUNAN MUSAFIR’. RAM bukan sahaja tertumpu pada penceritaan sebuah buku semata-mata tetapi juga tertumpu pada kesedaran dan keinsafan sebagai Hamba Allah yang hidup hanya sementara di dunia ini. Secara tidak langsung pembaca akan insaf dan sedar akan kekhilafan diri sendiri.

Tidak seperti novel-novel terdahulu, siri kali ini banyak menyentuh mengenai cinta fitrah dan cinta hakiki. Kisah Laksamana Sunan mencari isterinya, Ratna Sang Ratu Sulaman yang disangka telah meninggal dunia rupanya masih hidup tetapi hidup menderita dalam sumpahan. Cerita yang bermain dengan masa, iaitu pada tahun 1511, tahun 1531 dan masa sekarang, penceritaan yang sungguh teratur, tidak berselerak dan mudah difahami oleh pembaca seolah-olah kita sedang menonton filem. Gaya bahasa kuno pada zaman melayu, diselitkan bahasa Indonesia dan kekadang terdapat bahsa sukuan Sabah yang digunakan ini juga mudah difahami oleh pembaca tidak kira semenanjung Malaysia atau Sabah dan Sarawak.

Kisah perjuangan dan pengembaraan Laksamana Sunan yang menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan tetap akan berakhir pada penghujung cerita. Saya tersentuh mengenai Cinta yang disampaikan dalam ceritera epic popular Laksamana Sunan ini, secara tidak langsung, mesej yang ingin disampaikan oleh RAM menyentuh perasaan saya selaku pembaca tegar buku beliau.

Tidak ada novelis lain yang dapat menyentuh perasaan dan hati saya secara mendalam selain novel yang ditulis beliau. Bersyukur atas kurniaan cinta ini, kerana cinta-NYA kita bahagia dengan cinta fitrah sesama manusia, inilah suatu anugerah. Aspek keagamaan yang ditonjolkan sangat memberi kesan kepada pembaca, melalui perwatakan yang baik, doa, keburukan dan kejahatan,pengorbanan semuanya kerana Allah… dapat diamalkan secara tidak sedar selepas membaca novel beliau.

Bagi saya, novel ini merangkumi semua aspek, kekeluargaan, percintaan, suspens, thriller, pengorbanan, keagamaan, kasih sayang, kemaafan, kesabaran dan ingin mendapat cinta Allah. Sesiapa yang belum pernah menbaca novel ini, selepas menbacanya, anda akan jatuh cinta pada watak utama dalam novel ini. Anda patut berkenalan dengan Laksamana Sunan a.k.a Saifuddin Jalis, Ratna sang ratu sulaman, Indera, Luna, Dani, Haryani, Maryam, Panglima Awang Bagan, Abdul Rahman, Sadik, dan ramai lagi dari buku pertama hingga buku terakhir ini… seolah-olah menonton filem seperti Harry Potter!

P/s: Saya adalah wanita tapi saya jatuh cinta dengan watak RATNA! Sangat gembira apabila mengetahui wataknya tidak mati dalam novel kedua iaitu CINTA SANG RATU kerana saya suka akan wataknya bermula dari penghujung cerita BAGAIKAN PUTERI lagi, tidak disangka dia akan menjadi salah satu watak utama untuk novel seterusnya selepas bagaikan puteri…daripada seorang wanita yang kejam, pembunuh, bengis, pemarah… bertemu dengan Laksaman Sunan untuk menbunuhnya tetapi tatkala bertemu dan bersengketa, Allah menganugerahkannya satu perasaan cinta tanpa diduga tetapi masih menafikannya kerana egonya, dan kerana cintanya pada Laksaman Sunan jugalah… dia mengenal Allah dan mendambakan Cinta Allah…

Alhamdulillah… 

Sentiasa tersenyum pada kehijauan(^^)

May 11, 2012

ISTERI SEPARUH MASA BY SURI RYANA



Judul : Isteri separuh masa
Penulis : Suri Ryana
Penerbit : Kaki Novel

Isteri saparuh masa merupakan novel kedua daripada penulis best seller ‘MAID’. Garapan yang bersahaja daripada penulis ini adalah salah satu kenapa saya tertarik dengan novel ini, ini adalah kerana novel pertama beliau yang berjudul ‘MAID’ juga merupakan ala-ala cerita korea…(^^) Novel terbaru beliau juga ada genre sebegini. Tetapi tidak banyak konflik seperti cerita korea lain, hanya cerita watak utama sahaja… saya tidak suka cerita yang berjela-jela kerana kadang-kadang ada penulis yang lari daripada tajuk asal, bukan semua penulis berbakat untuk menyatukan semua genre untuk menjadikannya unik. Jadi, sesiapa yang mahu cerita yang agak santai dan tidak berat seperti novel Suri Ryana ini, bacalah sehingga ke muka surat terakhir. 
Kisah Medina Izwani dan Dr. Nazrin, isteri seorang pelajar dan suami seorang pensyarah, kisah hidup rumah tangga yang direstui oleh keluarga tetapi tidak bagi mereka berdua? Kenapa Medina menggelarkan dirinya isteri separuh masa? Kenapa ya? Nak tahu, kena bacanya sendiri… untuk novel ini, saya boleh bagi 4/5, because for me, MAID is still the best…hehe(^^). Apapun tahniah untuk penulis ini…

HIKAYAT CINTA BY RATU BULAN @ NURFA



Judul : Hikayat Cinta
Penulis : Ratu Bulan
Penerbit : Fajar Pakeer

Hikayat Cinta… Novel daripada penulis best seller ‘Prince Charming’ ini membawakan kelainan dalam penulisannya, tidak banyak penulis yang menulis genre sebegini, bola keranjang… siapa peminat cerita ala-ala korea, jepun, Taiwan memang akan meminati novel ini. Penulis yang sangat berbakat, saya dah mempunyai 3 buah novel hasil tulisan beliau, memang semua hasil tulisannya adalah antara kegemaran saya…
Hikayat cinta mengisahkan tentang cinta seorang jurulatih perempuan, Apy Alina dan pemain bola keranjang yang agak sombong, Adam Alexender. Tetapi ini bukan hanya sekadar cerita cinta, ini juga adalah cerita tentang perjuangan seorang jurulatih di dalam merealisasikan impiannya dan menjadikan kelab pemain bola keranjang di bawah pimpinannya adalah yang terbaik. Untuk mencapai targetnya supaya kelab ‘The Legend’ menjadi yang terbaik, dia haruslah menundukkan ketua pasukan itu iaitu, Adam atau lebih dikenali sebagai Alex. Alex yang sentiasa dalam dunianya sendiri, bergelumang dengan kemelut keluarganya walaupun punya segalanya tetapi dia terasa sangat kehilangan setelah kematian kakaknya, Melissa disebabkan satu kejadian yang tidak diduganya…. Bagaimana kerjasama dalam sepasukan bola keranjang amat penting untuk mereka terus menjadi terbaik. Betul, kadang-kadang apa yang kita impikan bukan semua yang kita dapat… tapi apa yang kita dah dapat itu adalah keperluan kita sebenarnya…
I love this couple!(^^)
Saya bagi 5/5 untuk novel ini… tahniah Ratu Bulan! 

Jan 4, 2012

FIKSYEN 302 BY RAMLEE AWANG MURSYID

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua...(^^)

Fiksyen 302... Psyco Thriller...satu lagi karya RAM yang baru keluar di pasaran pada Disember 2011 yang lalu. Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar, Farid Ja'ah... mereka ini pembunuh kejam, membunuh mangsa mereka dengan cara yang berlainan tetapi perkara yang sama mereka lakukan adalah mengukir tulisan 'Fiksyen 302' pada dahi mangsa mereka, selepas membunuh, mereka akan membuka pakaian mereka, menghubungi polis lalu menyerah diri, pelik tapi inilah yang dinamakan bermain dengan psikologi manusia...

Zonan... adalah watak halusinasi mereka berempat, dipercayai sebagai roh yang tidak berwajah! Mereka dihasut oleh halusinasi mereka sendiri... mereka takut mendengar nama Zonan. Ramai yang dibunuh, semua yang berkaitan dibunuh dengan kejam. Ramai lagi watak-watak yang terlibat yang saya suka iaitu, Norhafiza Izura (2012) , Rita Yuzalina (yang muncul pada tahun 2032).

Fiksyen 302 bukan sahaja membuatkan pembaca tertanya-tanya siapakah Zonan, tapi ia juga membuatkan kita bermain dengan psikologi manusia... percaya atau tidak? andalah yang menentukannya... Karya RAM ini berlainan sekali dengan karya beliau sebelum ini, kita terlalu banyak bermain dengan minda, tertanya-tanya malah mungkin juga kita tertipu, sebab itulah tagline Fiksyen 302, jangan percaya!

Ibarat melihat sebuah filem, kalau cerita ini difilemkan, Wah! nampak hebat sekali... Fiksyen 302, tidak mengecewakan saya, malah memberikan kepuasan hati. Tahniah Penulis Ramlee Awang Mursyid kerana telah berjaya sekali lagi membawa pembaca ke alam Fiksyen 302, kisah psyco Thriller ini... ia menjanjikan kelainan daripada novel thriller beliau sebelum ini...

Saya bagi 10/10 untuk hasil karya ini, bagi saya antara semua novel yang saya baca pada tahun 2011, inilah karya RAM yang terbaik selepas Sutera Bidadari... Tahniah!


Fiksyen 302

Terima Kasih kepada KelabRam kerana mendapatkan Tandatangan drpd Ramlee Awg Mursyid sendiri...(^^)

P/S: Saya menantikan karya beliau seterusnya iaitu SUNAN MUSAFIR, kesinambungan dan ceritera terakhir LAKSAMANA SUNAN... hmm.. tak sabar nak bertemu dengan RATNA SANG RATU- Watak yang sangat saya minati dalam ceritera Laksamana Sunan ini... (Sang Dewi dari SUTERA BIDADARI), adakah benar Ratna belum mati lagi dalam novel CINTA SANG RATU? Atau apakah Sang Dewi ini adalah jelmaan? Saya pun tak tahu... itulah tak sabar nak tahu sambungan novel SUTERA BIDADARI... tapi apa yang penting Kesemua karya RAM tidak pernah mengecewakan saya... (^^)