suka blog ini?(^^)

Nov 8, 2010

Anime & manga

Sebut sahaja pasal Anime jepun or manga jepun, semua aku minat tapi bukan semua, kalau character anime tu ok, apalagi, downloadlah..he.. semua senang nak cari sekarang, ada internet dan komputer, semua dapat secara percuma...best kan sekarang? rugi kedai video speedy tu... kat sanalah yang banyak jual VCD atau DVD anime jepun ni..sian kat diorang...tapi inilah manusia...nak yang free sahaja sekarang...

Tapi itu tak kisah lah, bisnes diorang kan, apa patut buat, sebagai manusia biasa, kita tak dapat nak tolong..by the way, kat sini aku nak kongsi anime apa yang menarik minat korang semua? bagi aku...aku minat Detective Conan and Bleach, memang favaourite aku tapi yang paling minat adalah Detective Conan...hehe

Detective Conan atau lebih dikenali sebagai Shinchi kudo adalah seorang pelajar sekolah tinggi berumur 18 tahun yang telah dipaksa minum oleh Geng baju Hitam sejenis ubat yang belum pernah diuji oleh saintis mereka, well, diorang tu ingat shinichi ni mati tapi sebenarnya tidak, cuma badan mengecil je.. pendapat koranglah kan? ada kah dalam dunia ni ubat boleh kecilkan manusia? mustahil kan tapi ini cuma cerita kartun untuk hiburan semua. walaubagaimanapun, cerita ni adakalanya memberi si pembaca informasi yang amat berguna contohnya, bahan-bahan kimia yang boleh menyebabkan kematian, info pasal sukan bola sepak pun ada sebab shinichi amat minat jenis sukan bola sepak ni... watak paling aku suka adalah Ran Mouri dan Kogora Mouri selain daripada shinichi Kudo. Kedua-dua anak beranak ni memang best, bapa Ran, kogoro sangat lucu dan menghiburkan...banyak info menarik dan ilmu yang berguna untuk kita, sambil menyelam sambil minum air...ermmm...4.5/5 untuk cerita ni...

BLEACH...dulu tak berapa minat cerita ni, tapi satu hari teman lelaki istimewa aku "special boyfriend" (^_^) download cerita ni episod satu punya, aku tanya kat dia, " Buat apa download cerita ni? Best ka?", dengan mulut muncung yang panjang sedepa aku merajuk sebab aku tak dapat main internet, berebut laptop lh katakan, waktu tu aku tak beli laptop lagi..hehe..so aku pajak laptop bf aku nak main internet, tapi time tu dia tak bagi sebab dia nak download kartun ni dulu. Bila dah habis download, aku pun tengoklah satu episod ni, tup tup, aku pulak yang terminat tengok cerita ni, babak pertama Kurosaki Ichigo tengah tolong seekor Hantu budak, seorang atau seekor? aku pun tak taulh..yang penting hantu budak. Rupanya Ichigo ni boleh nampak hantu...satu hari seorang perempuan dari Soul society tiba-tiba muncul menyelamatkan ichigo dan budak ni dari dibaham seekor lagi hantu jahat iaitu "Hollow".Ermm, makin menarik cerita ni bila ichigo berkenalan dengan si penyelamatnya...Kuchiki Rukia, bagi aku rukia ni cantik, comel, tegas dan lucu jugaklah.. dari pertemuan antara dua orang watak utama ni, Kurosaki ichigo dan Kuchiki Rukia, aku dah mula menggilai kartun ni sampailah sekarang, mungkin telah mendahului Conan tapi bagi aku, Conanlah yang paling aku minat..hehe..dua-dua kot.Tapi apa yang lawaknya kat sini, Boyfriend aku tak minat pulak cerita ni, bagi dia Naruto tetap no.1. aku pulak yang melebih-lebih dari dia..dulu tak suka, sebab tulah, kita kena tengok dulu barulah dapat menilai best atau tidak depend dengan penilainan diri kita sendiri. Betul tak? jadi aku bagi cerita ni 5 of 5..hehe..memang best sangat2..bagi akulah...

At the end, 4 character utama dalam kedua-dua cerita ni adalah inspirasi bagi aku...nak tau apa dia?


Kurosaki Ichigo : seorang yang tak mudah putus asa, sentiasa mahu melindungi kawan-kawannya dan keluarganya. Seorang yang harus kuat demi melindungi orang disekelilingnya...seorang yang handsome jgk...hehe

Kuchiki Rukia : seorang yang sentiasa membantu orang dalam kesusahan, suka memberi semangat kepada kawan-kawannya di saat kawannya dalam kesusahan dan kekecewaan, cantik, cute, merendah diri, bercita-cita tinggi dan baik hati(^^)

Shinchi Kudo : seorang lelaki yang bijak pandai, suka membantu orang, dapat selesaikan masalah orang lain terutama waktu dalam penyiasatan, seorang yang tidak berapa romantik tapi bila dia romantik Ran pun jadi terharu macam boyfriend akulah (^_^), tak meninggi diri sebab kata-kata dia yang paling aku suka adalah, "Menang atau kalah tak penting, apa yang penting kita dapat selesaikan kes ini" kata-kata ni khas ditunjukan kepada Heiji hatsutori sebab waktu tu Heiji asyik nak menang jak..huhu.padan muka...jangan bongkak tau.

Ran Mouri : seorang gadis yang lemah lembut tapi punya fizikal yang kuat, pakar karate tau dia ni, jangan nak mian-main kat dia...setia adalah sifat dia dalam cerita ni, setia tunggu shinichi tanpa mengetahui yang shinichi selalu ada kat depan mata dia...seorany yang berfikiran positif, cantik, baik hati dan tegas terutama depan bapak dia...kogoro mouri..hehe.


No comments:

Post a Comment