suka blog ini?(^^)

Nov 19, 2010

~Pasal buku~

Sekarang ni tengah tunggu novel Ramlee awang Mursyid bertajuk RAYYAN FANTASI akan keluar Disember ni..huh,memang aku tak sabar nak tunggu. Dah bosan dah baca novel cinta ni, semuanya tak masuk ikut kehendak hati aku, asyik yang sama ja. sekarang ni aku tak nak beli sesuka hati lagi, kena tunggu siapa penulisnya.. setakat ni aku minat dengan penulisan Ramlee Awang Mursyid, lepastu aku selalu mengikuti satu blog iaitu Ratubulan.blogspot. Memang best semua cerita dia, best sangat, aku nak lain dari yang lain. Antaranya ialah, HIKAYAT CINTA, ANTASIA, Cinta 99 hari. Selain daripada tu, aku juga buka web penulisan2u.com, novel tajuk dia M.A.I.D daripada permaisuri, maid ni memang best, aku suka cerita yang lain, asyik-asyik cerita kawin kontraklah, kawin paksalah, tak best langsung, bosan dah aku. Tapi kalau cerita kawin paksa ni setakat ni tak bleh lawan cerita PERGILAH SEPI dari Hanni Ramsul, memang best, selamba watak pompoan dia, watak lelaki pun best, aku rindu kat novel ni tapi kakakku telah meminjam novel ni pergi jauh dari sisiku... Arg..betapa rindunya novel ni. Memang best kedua-dua watak utama. Bacalah kalau korang belum baca lagi, tak menyesal pun walaupun harga dia mahal..hehe, sejak bekerja ni dan ada duit sendiri, aku suka pulak beli novel tiap-tiap bulan!

Sekarang ni, kalau aku tak berapa busy keja, aku tengah reka satu novel, tajuk tak tahu lagi tapi aku dah mula menulis, Sebab kenapa aku mula menulis? Sebab aku nak cerita yang aku mahu, semua novel yang aku baca, tak menepati citarasa aku. macam-macam dah idea keluar dari otak aku tapi aku tak sempat nak tulis lah... sekarang aku curik masa keja nak update blog aku..AArghh... aku kesepian tak ada sufyan kat sisi, sebab tu aku suka habiskan masa dengan buku-buku ni. Buku, kaulah hidupku....haha,baru puas hati aku. Malam-malam pulak, kenalah baca Al-Quran kan?hehe. Apa-apapun jangan kita lupa TUHAN.

Salam sayang, nani jurainie....

No comments:

Post a Comment