suka blog ini?(^^)

Nov 23, 2010

~Ramlee Awang Mursyid & Conan Doyle~


Finally, setelah berbulan-bulan menunggu novel terbaru dari RAM, akhirnya 4 disember akan dilancarkan d Alamanda Putrajaya. Walaupun aku tak dapat pergi kerana terpaksa menghadiri konvokesyen. Terpaksa?hehe. Tapi aku bersyukur sangat kerana Novel ni kluar juga akhirnya, hampir 10 ribu peminat RAM termasuk aku ternanti-nanti novel ni, akhirnya penantian berakhir awal bulan Disember ni. Tahniah RAM.

Aku suka sangat novel RAm ni sebab semua novel RAM merangkumi semua aspek, fantasi, thriller, fiksyen, islamik dan cinta, semuanya ada dan banyak memberi pengajaran kepada kita. Ya, memang betul semua novel RAM menjadi koleksi aku di rumah!

Buku? itu adalah duniaku, kalau aku keluar pegi shopping, aku mesti akan masuk kedai buku, paling lama pun sejam aku kat dalam kedai buku tu, biasalah banyak buku, baca sinopsis lagi, tapi pasti aku  pasti akan membeli at least satu buah buku, tak kiralah novel atau komik. Aku memang sangat teruaj dengan buku, Fanatik gila, buku sejarah pun aku minta sangat, sebab itulah time sekolah dulu sejarah aku dapa A.hehe. Sebab aku memang minat membaca buku. Aku juga dapat ilmu pengetahuan dari pembacaan. Jangan terkejut komik pun ada manfaat tau selain daripada hiburan kita juga dapat pengetahuan. Jadi, janagn malas untuk membaca.

Novel Inggeris? ermm...memang ada satu novel yang aku minat dan aku baca dalam bahasa inggeris iaitu novel Sherlock Holmes dari Sr Arthur Conan Doyle. Cerita penyiasatan yang ringkas dan mudah difahami tetapi amat menarik, kita akan membaca sampai habis untuk tahu kesudahannya. Salah satu quote yang aku suka dari Arthur Conan Doyle ialah "Any truth is better than indefinite doubt". Betul kan?

Penulis Inggeris lain? aku tak minat pun. Novel ni dah lama tapi diterbitkan balik. Aku tak ada membelinya kerana novel barat sangat mahal bagiku jadi aku cuma membaca kat library masa universiti dulu. Memang aku sangat suka library..hehe. Tapi satu hari nanti aku akan membelinya jugak menjadi koleksi ku selain novel-novel RAM. Cita-cita aku, aku nak ada rumah yang ada library, dan semua koleksi buku aku akan aku letakkan dan simpan kat sana. Kalau sesiapa yang nak baca, aku minta satu ringgit untuk 3 hari..haha. Tak ada yang percuma dalam dunia ni. Nak pergi toilet pun kena bayar.

"membaca amalan mulia" marilah kita sama-sama mengamalkannya di Malaysia...Have a nice day semua!!!

p/s: huh, x sabar nak baca Rayyan Fantasi ni...Fanatik gila ni..

No comments:

Post a Comment