Judul: Pergilah Airmata
Penulis: Hanni Ramsul
Penerbit: Kaki Novel
Sebelum saya beli novel ni, terlebih dahulu saya baca resensi novel ni dari Facebook, blog dan komen orang lain. Rata-rata yang sudah membacanya memberikan komen positif malah terlebih positif. Saya masih tidak berpuas hati jadi saya cari blog Hanni ramsul, akhirnya saya menjumpainya, saya tidak baca bahagian prolog atau awal-awal bab novel ni, tapi terus ke pertengahan cerita, biasanya kat blog novel mereka tidak habis sebab tu kena tggu dibukukan pula kalau nak tahu ending nya. Once saya baca bab tengah tu, secara automatiknya saya terus terjatuh, jatuh cinta dengan novel ni, nasib baik novel ni ada kat kedai berhampiran saya. Apalagi, saya pun terus membelinya.
Buku ni mengisahkan tentang sabrina dan badrul, seorang wanita yang cool je, tak garang, tak marah, selamba der.. suka dengan watak sabrina ni, Badrul pula seorang yang kadang-kadang keanakan, kejap marah, kejap sayang, kejap itu ini, dia sendiri tak pasti, kejap kesian lah kejap tak kesianlah, tak da pendirian langsung bad ni tapi serius saya cakap watak kedua-dua orang ni best sangat. pasangan terbaik lah dalam segala novel yang prnah saya baca. Buku ni tebal sampai 800 lebih muka surat, setiap bab menyeronokkan dan terhibur, ada gak yang sedih tapi tak keterlaluan. Romantik pun ada, terbaik lah. Sangat berbaloi-baloi beli buku ni, harganya di sabah sampai RM 30 lebih tapi tetap beli. Sampai bawak buku ni kat ofis sebab tak sabar nak baca bab seterusnya. Tapi tak terbaca jugak kat ofis tu, sibuk memanjang. Tapi tak sabar sampai rumah sebab nak baca buku ni. Hai, kalaulah ada lagi buku macam ni karya hanni Ramsul, confirm saya tak tidur! Dan secara jujurnya saya bagi 5/5 buku ni. Tak menyesal beli! Berbaloi! Tahniah kepada penulis.
Judul: Jodoh atau Cinta
Penulis: Iman Nizrina
Penerbit: Kaki Novel
Terbit Kaki novel jugak, baca resensi dari orang lain, diorang cakap best jadi saya terus beli buku ni, malas nak baca online lagi. Tapi bila saya dah mula baca, agak hambar dan sepi, cerita yang sama macam novel lain. Kedua-dua watak bagi saya agak kurang menyerlah mungkin kerana saya dah baca pergilah airmata kot? Tapi saya rasa tak jugak, novel lain saya baca selepas PAM tapi still best. Mungkin citarasa saya lain untuk novel ni, tak ada pembaharuan pun. Penulis cuba wujudkan thriller tapi tak berapa menjadi, watak hero yang ingin melindungi heroin tak menjadi, agak keanak-anakan dan hambar!, Puncanya pun tak rasional, kadang kala benci dengan watak heroin yang mengada sikit, tagline cerita ni bila tak ada cinta tapi mereka ada jodoh tapi bila dah jatuh cinta, jodoh pula yang tak ada, lebih kuranglah, saya rasa tagline amat menonjol dan baik tapi jalan cerita tak berapa best macam tagline dia, masih ada yang tak cukup bagi saya. saya agak kecewa dengan cerita ni, minta maaf sebab saya cuma dapat bagi 3/5.
Judul: Ad + Iz
Penulis: Eury Ethena
Penerbit: Kaki Novel
Ad adalah nama untuk si heroin dan Iz adalah nama untuk si hero. Saya ingatkan watak hero adalah lelaki yang terlanggar dengan si Ad time kat airport tapi rupanya adalah lelaki gemuk yang mengejar seorang pompoan ala model ni masa kat airport. Dan lagi bestnya, si hero dan si heroin pernah satu sekolah dulu. Si hero ni masa sekolah handsome sangat dan menjadi kegilaan ramai tapi dia ada penyakit leukimia dulu sebab tu jadi gemuk selepas keluar masuk hospital. Kisah bermula apabila si Ad ni menyamar jadi gf Iz sehinggalah mereka disatukan malam tu juga atas kehendak nenek Iz yang dah tua. Bermula saat itulah, mereka hidup bersama, masing2 ada kelemahan dan kelebihan. Si Ad ni belajar sampai darjah 6 je kot tapi cantik manakala si Iz ni berpelajaran tinggi dan kaya tapi gemuk, dia adalah tengku dan waris pemilik syarikat keluarganya. Setelah berkahwin, mereka masing2 ada syarat tapi syaratnya adalah Si Ad ni kena sambung belajar kat U dan si Iz ni kena kuruskan badan. Syarat ni dikenakan oleh diorang dua sendiri. Bila si Iz ni dah kurus dan makin handsome, mulalah gf dia tu terhegeh-hegeh nakkan dia selepas pulang dari oversea, sian kat Az. Gemuk ke kurus ke dia tetap sukakan si Iz ni. Cerita yang menarik dibaca, saya main ambik je buku ni kat kedai buku, baca sinopsis je tak yah cari kat online lagi. Memang berbaloi betul dan best, saya bagi 4.5/5. hehe. Tahniah kepada penulis.
Judul: Inginku sentuh cintamu
Penulis: Aryanie Ismail
Penerbit: Kaki novel
Inginku sentuh cintamu mengenai seorang guru dan seorang lelaki yang berdendam dan punya anak saudara. Saya beli buku ni sebab baca sinopsis cerita ni dan sebab ada kisah pasal dendam berdendam. maybe ada pasal thriller kot. Si hero berdendam dengan keluarganya sebab abangnya dibunuh sebab racun. Hmm..tak berapa thirller, setakat racun sahaja. jalan penceritaan yang agak menarik tetapi masih ada yang kurang. hampir pertengahan cerita baru hero dan heroin bertemu, bukunya nipis sahaja, terlalu banyak kisah lebih kepada si heroin dan ada yang sepatutnya tidak perlu. Terlalu cepat si heroin diselamatkan dan banyak sangat kebetulan, kalau nak buat kebetulan pun jalan cerita mesti cukup padat bukan terlalu ringkas, banyak lagi kelemahan dalam novel ni sebenarnya. Saya cuma mampu bagi 3.5/5 untuk novel ni.
Judul: Mencari jalan ke syurga
Penulis: Hasliza Ismail
Penerbit; Kaki Novel
Saya beli novel ni kerana disarankan oleh seorang kawan yang juga amat meminati novel melayu. Saya beli novel ni dekat MPH dan saya cuma menghabiskan satu hari sahaja novel ni. Jalan cerita memang best dan menarik tapi lagi menarik kalau ditebalkan lagi buku ini. Cerita sudah cukup baik tapi saya masih tidak berpuas hati lagi, lebih banyakkan babak hero dan heroin lagi bagus, tak suka *menjelar-jelar (bahasa pa ntah!he..). Walauapapun novel ini tetap menarik dan saya suka genre dendam macam ni cuma masih terlalu nipis buku ni bagi saya. Cerita hampir sama macam Ilham Hati karya favourite penulis saya Damya Hanna. Tapi ada juga perbezaannya dalam cerita ini. Dua-dua pun menarik. Si heroin dulu jahat dan lepas hilang ingatan jadi baik.. si hero nak balas dendam tapi bila tengok si heroin ni hilang ingatan dan dah tak ingat apa-apa lagi, si hero mula jatuh cinta, heroin punya dua watak yang berbeza, memang best cerita ni tapi apa yang saya cakap tadi tak cukup bagi peminat genre dendam ni macam saya.(^^) Saya bagi 4/5. Tahniah jugak.