Pada mulanya saya agak susah menerima novel ini, tetapi saya tidak akan biarkan novel ni menghiasi rak tanpa dibaca, ini pun kepunyaan kakak bukan saya, tapi minat saya yang mendalam pasal bacaan dan buku yang menguatkan hati saya untuk baca buku ni. Pertama kali saya baca biasa sahaja tapi saya tidak pernah skip untuk membacanya, setiap patah perkataan saya baca supaya saya faham setiap ayatnya. Kadang2 saya baca ayat sampai 2 3 kali sebab tak faham, 'Legal Thriller' ini membataskan pemahaman saya kerna saya tidak begitu memahami ayat orang2 yang ambik Law ni. Tapi saya teruskan pembacaan, ambil masa yang sangat lama untuk baca novel ni sedangkan ianya tidaklah begitu tebal.
Akan tetapi, cerita ni nampak semakin menarik, ia mengisahkan seorang pemuda yang baru berusia 23 tahun yang tidak pernah habis belajar tapi mampu memiliki sebuah company akhbar di mana dia bertindak sebagai penulis, wartawan, dan penerbit, pekerja bawahannya tidaklah begitu ramai, dia mampu membeli company tu yang hampir muflis atas pertolongan neneknya yang kaya, membeli dgn harga 50 000 dollar. Pemuda itu bernama Willie Traynor.
Berlaku satu pembunuhan yang kejam pertama kali berlaku di Clanton, Willie dan pekerjanya bertindak menulis berita tntang pembunuhan itu. Rupanya pembunuh itu adalah Danny Padgit, seorang yang paling berpengaruh dan ditakuti oleh penduduk di sana. Biasalah, mereka merasuah syerif, dan banyak lagi pegawai kerajaan dibawah pengaruh mereka. Saya suka watak Willie Traynor, muda tapi bersemangat, walaupun agak takut dengan ugutan keluarga Padgit, dia tetap teruskan dan membongkar kebenaran. Kalau ada seorang macam saya, saya mahu dia jadi seperti Willie, seorang wartawan.hehe. Willie dilihat sebagai hero di bandar itu, akhbarnya semakin hari semakin laris, banyak untung, jualan meningkat, cerita yang dia terbitkan bukan pasal pembunuh kejam shj, tp juga tentang perikemanuasiaan, tentang isu perkauman, ketenteraan yang nyata melariskan jualannya lantas menghidupkan bandar itu. Selepas kejadian yg berlaku ke atas wanita yang dirogol dan dbunuh Padgit, rata-rata penduduk Clanton bersatu menentang rasuah dan kekejaman.
Kadang-kadang ketika membacanya, saya nyata lebih bersemangat, kalau saya seornag wartawan dan penulis, saya akan dedahkan rahsia mereka yang terlibat dlm coruption, bandar kan bermasalah jika adanya rasuah. Sebab tu, saya suka buku ni. Jalan penceritaan menarik dan tidak memberat, undang-undang dibuat oleh manusia, manusia juga boleh menggubal, mengubah, memansuh, meminda undang-undang. Apa yang nyata, undang-undang itu perlu adil di mata rakyat dan semestinya tanpa RASUAH! Gejala rasuah sebenarnya berleluasa di negara kita, apakah kita sedari setiap darinya?
Ternyata John Grisham seorang penulis yang benar2 peka dengan masalah yg berlaku, saya suka pada satu ayat dalam buku ni, lebih kurang begini, 'Kalau kita tidak layak mengadili seseorang manusia yang lain, ini bermakna adakah sistem perhakiman menjadi satu kesalahan?' Willie traynor bukan sahaja bijak tapi amat berani menyatakan kebenaran. Jadi kita? Kalau kita tahu sesuatu kebenaran, luahkan sahaja walaupun agak pahit.
Saya selaku rakyat biasa menyeru kepada semua, Jauhkanlah Rasuah, Haram jika memakannya dan Neraka lah tempat mereka yang mengambilnya. Wallahualam...
P/S: Sedang menunggu buku datang depan pintu..huhu...cepatlah kau datang...
No comments:
Post a Comment