suka blog ini?(^^)

Jan 4, 2012

FIKSYEN 302 BY RAMLEE AWANG MURSYID

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua...(^^)

Fiksyen 302... Psyco Thriller...satu lagi karya RAM yang baru keluar di pasaran pada Disember 2011 yang lalu. Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar, Farid Ja'ah... mereka ini pembunuh kejam, membunuh mangsa mereka dengan cara yang berlainan tetapi perkara yang sama mereka lakukan adalah mengukir tulisan 'Fiksyen 302' pada dahi mangsa mereka, selepas membunuh, mereka akan membuka pakaian mereka, menghubungi polis lalu menyerah diri, pelik tapi inilah yang dinamakan bermain dengan psikologi manusia...

Zonan... adalah watak halusinasi mereka berempat, dipercayai sebagai roh yang tidak berwajah! Mereka dihasut oleh halusinasi mereka sendiri... mereka takut mendengar nama Zonan. Ramai yang dibunuh, semua yang berkaitan dibunuh dengan kejam. Ramai lagi watak-watak yang terlibat yang saya suka iaitu, Norhafiza Izura (2012) , Rita Yuzalina (yang muncul pada tahun 2032).

Fiksyen 302 bukan sahaja membuatkan pembaca tertanya-tanya siapakah Zonan, tapi ia juga membuatkan kita bermain dengan psikologi manusia... percaya atau tidak? andalah yang menentukannya... Karya RAM ini berlainan sekali dengan karya beliau sebelum ini, kita terlalu banyak bermain dengan minda, tertanya-tanya malah mungkin juga kita tertipu, sebab itulah tagline Fiksyen 302, jangan percaya!

Ibarat melihat sebuah filem, kalau cerita ini difilemkan, Wah! nampak hebat sekali... Fiksyen 302, tidak mengecewakan saya, malah memberikan kepuasan hati. Tahniah Penulis Ramlee Awang Mursyid kerana telah berjaya sekali lagi membawa pembaca ke alam Fiksyen 302, kisah psyco Thriller ini... ia menjanjikan kelainan daripada novel thriller beliau sebelum ini...

Saya bagi 10/10 untuk hasil karya ini, bagi saya antara semua novel yang saya baca pada tahun 2011, inilah karya RAM yang terbaik selepas Sutera Bidadari... Tahniah!


Fiksyen 302

Terima Kasih kepada KelabRam kerana mendapatkan Tandatangan drpd Ramlee Awg Mursyid sendiri...(^^)

P/S: Saya menantikan karya beliau seterusnya iaitu SUNAN MUSAFIR, kesinambungan dan ceritera terakhir LAKSAMANA SUNAN... hmm.. tak sabar nak bertemu dengan RATNA SANG RATU- Watak yang sangat saya minati dalam ceritera Laksamana Sunan ini... (Sang Dewi dari SUTERA BIDADARI), adakah benar Ratna belum mati lagi dalam novel CINTA SANG RATU? Atau apakah Sang Dewi ini adalah jelmaan? Saya pun tak tahu... itulah tak sabar nak tahu sambungan novel SUTERA BIDADARI... tapi apa yang penting Kesemua karya RAM tidak pernah mengecewakan saya... (^^)



Dec 27, 2011

COMING SOON- RESENSI FIKSYEN 302!

Saya dah menamatkan pembacaan saya dalam Novel Thriller terbaru daripada Penulis Thriller Ramlee Awang Mursyid... Fiksyen 302...

Kepada sesiapa peminat Novel RAM di luar sana, Saya akan review novel ini pada minggu hadapan kerana buat masa sekarang mungkin tidak elok saya memecahkan rahsia di dalam Fiksyen 302 ini, tetapi walau apapun saya tidak sesekali mengambil kesuspenan anda (betul ke ayat ni..huhu) apabila saya 'review' atau buat resensi untuk novel yang ditunggu-tunggu ni... 

Saya ucapkan selamat membaca dan menelaah novel ini sampai sakit kepala anda memikirkan siapakah 'orang itu'... saya sebagai peminat kepada deduksi  pun boleh salah untuk meneka... apapun jangan sesekali percaya apabila anda sedang membaca novel ini... selamat membaca!(^_^)

Dec 20, 2011

HAti Bergetar Rindu by Dhiya ZafiRa

Judul: Hati Bergetar Rindu
Penulis: Dhiya Zafira
Penerbit: Alaf 21


It's time to review Novel! Hati bergetar Rindu oleh Dhiya zafira... Kisah Ari dan Sid, pertemuan yang ditakdirkan, percintaan yang singkat sebelum mereka memulakan kehidupan baru di negara orang. First impression: Very good Novel! Secara terus terang saya tidak pernah membaca novel karya penulis ini, tapi apabila membaca novel Hati bergetar rindu, saya teruja kerana ia bukannya kisah cinta semata-mata tapi apa yang saya mahu dalam sesebuah novel ada di sini! Penulis memasukkan elemen thriller sedikit tetapi tidak gagal, elemen itu berjaya dimasukkan dalam novel cinta ini.. sangat menarik, lebih-lebih lagi apabila babak kedua-dua watak utama bertemu semula dan tidak menyangka mereka bertemu dalam keadaan yang tidak terduga sama-sekali... Akibat salah faham mereka berpisah begitu sahaja sehinggalah terjadinya satu kes pembunuhan bersiri dan kesemua mangsanya adalah wanita, mereka berdua bertemu semula. Sangat menyentuh perasaan kisah ini, ternyata cinta mereka tidak pernah berubah dan saya sangat menyukai watak Sid sebagai watak lelaki utama dalam cerita ini... Saya sebagai peminat novel bergenre Thriller sesekali terlihat ada sedikit kekurangan di sini, tapi cuma sedikit dan tidak menjejaskan seluruh cerita. Novel yang sangat menarik, anda yang meminati novel cinta + thriller mesti baca novel ni. Dari awal sampai akhir memang tidak membosankan...Nak tahu selanjutnya tentang novel ini, kena baca sendiri. Saya bagi 4.5/5 untuk novel ini. Tahniah penulis Dhiya Zafira!

Nov 23, 2011

LaYan DraMa JePUN!!!

Wah, rasanya dah lama aku tak update blog ni, busy memanjang dengan kerja yang entah bila nak siap projek tu, hopefully dapat siapkan projek ni hujung tahun ni, sebab aku nak tukar kerja p consultant pulak. Masalahnya dah dapat offer dari consultant kat Kuching tapi BF aku tak setuju pula coz banyak sangat traveling sana sini, dapat accomodation tinggal kat Riverine Condo lagi tu, lagilah dia tak suka, bahaya katanya, kalau lelaki tak apa, ini perempuan...hmm.. tak apalah, sekarang aku tengah apply kerja consultant kat Sabah ni sahajalah... sebagai pertukaran, aku suruh dia beli tiket datang sini jumpa aku, baru padan muka...hehe. Sapa suruh, dah bagus aku dapat offer kerja kat sarawak dekat dengan dia, tak nak pula.. tak apalah...:(

Okay, sekarang ni memang ramai kawan-kawan aku yang suka layan Drama Korea, tapi aku lebih suka layan Drama Jepun ni berbanding korea, mungkin aku minat sangat dengan bahasa jepun kot..(^^) Ini senarai drama jepun yang best untuk ditonton...

First sekali, lepas aku layan cerita korea 'You're Beautiful', aku try cari pula Japanese Version punya, tajuknya 'Ikemen Desu ne', jalan cerita sama tapi ada yang berlainan jugak lah sebab yelah cerita korea panjang sampai 16 episod macam tu, tapi kalau tengok jepun, diorang kena pendekkan jalan ceritanya jadi 11 episod sahaja... masing-masing ada kelebihan dan kelemahan... tapi jujurnya aku lebih suka tengok version jepun... jangan salahkan aku, masing-masing ada pendapatnya tersendiri...

Lagu 'Alone' daripada Mio adalah antara lagu yang best sangat dalam Ikemen desu ne, original from Korean Song.

Lepas habis cerita ni, aku layan pulak drama terbaru 2011 iaitu 'Ouran High School Host Club', siapa yang tengok anime atau baca manga Ouran High School Club mesti tengok version drama live action pulak, watak Tamaki dalam cerita OHSHC memang sebijik sama macam dalam anime/manga...lawak sangat, gila-gila bodoh pun ada juga tapi tetap ada pengajaran dalam cerita ni, aku suka watak Tamaki, walaupun dia banyak problem dengan Family dia yang kaya-raya tu, tapi dia tak sombong, suka gembirakan kawan-kawan dia, perangai dia yang gila-gila tapi sangat mengambil berat tentang orang lain menyebabkan Haruhi (Main character-female) tanpa disedari telah jatuh cinta padanya (Tamaki).. cerita ni ada 11 episod jugak..

'Kiss Kiss Fall in Love' Soundtrack drama ni.. sangat kelakar dan tak bosan menonton cerita ni...(^^) Ouran High School Host Club...

Selepas itu, aku layan pula cerita anime/manga kesukaan aku yang telah di 'live action' kan menjadi drama... 'Detective Conan' 11 episod.. seperti yang kita tahu cerita Detective Conan tentang Shinichi yang menjadi kecik tapi dalam drama ni mengisahkan tentang kisah shinichi sebelum menjadi kecik, dan di penghujung cerita barulah ada scene di mana shinichi dan ran berada di taman tema bersama untuk kali yang terakhir sebelum dia menjadi kecik, siapa yang mengikuti perkembangan DC dalam manga mesti faham apa yang aku cuba sampaikan ni...hehe. Lagu soundtrack sama sahaja dari anime punya.. tapi lagu ending song tak samalah, aku try cari lagu ni, sebab best sangat2...

Live action scene ni original daripada manga time shinichi bawa ran pergi dinner kat hotel Beika, nak propose Ran tapi tak menjadi sebab badan Shinichi kembali menjadi Conan (hanya dalam manga), tapi dalam drama episode 11, pengakhiran scene ni berlainan sedikit berbanding dalam manga sebab diorang just nak kekalkan Shinichi ke bentuk asal, kat sini tak ada scene Shinichi jadi Conan... tiap-tiap episode ada satu kes, dalam drama ni pasal challenge letter untuk shinichi... dia kena ingat semua kes yang dia pernah selesaikan dahulu untuk melepaskan diri mereka daripada kurungan... nak tahu apa dia, kepada peminat Conan, kena tengoklah cerita ni...(^^)

Sekarang aku masih melayan Hana yori dango 1 & 2 dan movie, walaupun cerita ni dah lama, aku tengok balik sebab bosan... sebab bila aku nak tengok versi korea punya, aku tak berapa nak suka sebab pelakon pompoan dia tak cute macam jepun..haha...aku memang jahat... apapun, Hana yori dango versi jepun lagi best sebab lebih romantik...

P/S: Cerita korea setakat ni yang paling best aku jumpa ialah 'Brilliant Legacy/Shining Inheritance' dan 'You're Beautiful'... sebab aku lebih banyak menonton drama jepun berbanding korea... siapa yang boleh syorkan aku cerita korea/jepun yang best eh?

Sep 27, 2011

ANTASIA:SATU PERMULAAN BY NURFA A.K.A RATU BULAN


Judul: Antasia: Satu permulaan
Penulis: Nurfa a.k.a Ratu Bulan
Penerbit: One Nusantara

Novel fantasi memang antara favaourite, and novel ini memang benar-benar membuatkan kita berimaginasi, saya mulakan dengan watak-watak dalam novel ni, Lucas, Luna Lusia, Sky, Romeo & Juliet... Saya rasa watak utama dalam novel ini adalah Lucas & Luna walaupun cerita Lucas dalam novel ini tidak banyak tapi saya suka dengan watak Lucas, tidak banyak watak lucas sebab dalam novel ini kebanyakannya adalah imbas kembali dari diari Luna yang sedang di baca oleh Lucas sendiri. Permulaan cerita yang menarik, pertengahan cerita yang menarik sehinggalah ke penghabisan cerita, kita boleh imagine macam mana dunia Antasia itu, pertarungan, game, kuasa magik (power) yang ada pada mereka apabila berada di dunia Antasia, memang tidak logik kan? Tapi Fantasi adalah Fantasi, cerita adalah cerita, tak perlu pemikiran logik kalau ianya berdasarkan fantasi, bukan?(^^) Sangat-sangat teruja menantikan kesinambungan novel ni, tahu dari penulis sendiri,akan ada buku sambungan iaitu ANTASIA: PERTARUNGAN TERAKHIR, kalau tak silap sayalah tajuk dia itu... excited nak tengok Lucas beraksi pula, misi dia nak cari Luna, cantik kan nama tu? Suka dengan nama Lucas & Luna, macam dalam final fantasy plak,hehe... Selain daripada Luna & Lucas, saya juga minat dengan watak Sky, semua best...


Oh ya, saya beli novel ni terus dari penulis sendiri, siap kena sign lagi..hehe.. Anyway, Thanks Ratu Bulan! Walaupun kita tak pernah jumpa tapi saya akan sentiasa sokong novel anda...(^^) Sekarang tak sabar nak tunggu pulak novel Hikayat Cinta, rindu dengan Alex & Apy..hehe harap dapat diterbitkanlah ya...

Lupa pula, saya bagi full 5 stars! untuk novel ni...

P/s: Aku dengan hidup aku...:(

Sep 20, 2011

Aku Bukan Mistress by Acik Lana


Judul: Aku Bukan Mistress
Penulis: Acik lana
Penerbit; kaki Novel

Lagi penulis baru dari kaki novel, Aku Bukan Mistress menyingkap kisah kehidupan Mya dan Mikail yang jauh terjerumus ke lembah maksiat dan ingin kembali ke pangkal jalan apabila masing-masing saling jatuh cinta. Mya pada mulanya adalah 'mistress' kepada Mikail selama lebih dua tahun, hidup bersama seperti sapasang suami isteri yang lain tanpa cinta di hati. Mikail yang mengikat perjanjian antara dia dan Mya bahawa mereka tidak akan sesekali jatuh cinta, janji itulah yang mendiamkan Mya dan hanya mampu menurut kehendak Mikail namun jauh di sudut hati, Mya tidak ingin hidup seperti ini, Mya dijual oleh ayah saudaranya sendiri dan difitnah oleh orang kampung dan dibeli oleh Mikail. Mya dan Mika berkahwin dan ingin bahagia macam orang lain jugak namun orang-orang sepeerti suzanne,adam, datin adiba tidak suka akan perkahwinan mereka. Bahagiakah mereka nanti? Beli dan bacalah untuk tahu lebih lanjut. Pengajaran di sini, jangan kita judge orang lain dengan mata kasar, jangan kita menuduh mereka yang bukan2, selagi kita masih ada nyawa selagi itulah Allah menerima taubat hambanya... bersyukurlah dengan apa yang dianugerahkan... 4.5/5 untuk novel ni...(^^) Tahniah penulis.

Sep 19, 2011

Ku seru Rindu itu- hanni Ramsul


Judul: kuseru Rindu itu
Penulis: hanni Ramsul
Penerbit: kaki Novel

Memang tidak dinafikan Novel hanni Ramsul adalah antara karya terbaik pernah saya baca. Novel ini mengisahkan tentang Hisyam, Idayu dan Maisara. Hisyam dan Idayu adalah pasangan suami isteri yang sangat bahagia di mata orang ramai, namun jauh di hati masing-masing adalah berlainan sama sekali, Hisyam yang cuma menganggap Idayu adalah tanggungjawabnya, ibu kepada anaknya tidak pernah sekali pun mencintai isterinya itu. Lalu Hisyam menemui maisara yang diakuinya adalah cintanya. Akan tetapi, Hisyam tidak pernah pun mengabaikan Idayu dan anaknya, masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dan menyayangi mereka. Idayu sudah lama mendambakan cinta Hisyan, bertahun-tahun dia cuba mendapat cinta Hisyam, namun Hisyam tetap tidak dapat mencintai Idayu. Lantas, Idayu pasrah akan ketentuan Illahi, dia percaya suaminya amat menyayanginya seadanya, lalu Idayu merelakan hubungan hisyam dan Maisara. Maisara yang tiba-tiba tamak inginkan hisyam seorang dan tidak mahu berkongsi dengan Idayu mencadangkan supaya Hisyam menceraikan idayu. Hisyam menjadi marah dan tidak sesekali akan melepaskan idayu,isterinya. Kemunculan semula Borhan, kekasih lama Idayu menggugat hubungan idayu dan Hisyam... apakah yang akan terjadi? bacalah buku ni, memang best sangat. Secara kesuluruhannya, saya bagi 5 bintang full start untuk novel ni, tahniah sekali lagi Hanni Ramsul..(^^)