suka blog ini?(^^)

Dec 26, 2012

Venom Suria by Mazni Anita

Tajuk: Venom Suria
Penulis: Mazni Anita
Penerbit: Buku Prima

Buku ni dihadiahkan oleh Mr. Hubby, dah lama beli tapi baru nak baca baru2 ni... (^^)

Novel ni ada elemen misteri + thriller + suspen + ala2 vampire gitu (hisap darah manusia), mengisahkan seorang gadis bernama Suria Baharom, wartawan yang suka menyiasat suatu kes yang berkaitan dengan pembunuhan tragik seorang gadis,  tanpa dia ketahui bahwa kes itu ada hubung kait dengannya. Izwan seorang polis yang menyiasat kes ini dan Nazrul, bos baru Suria di pejabatnya juga mempunyai hubungan dalam kes ini, yakni kejadian masa lampau yang menghubungkan mereka bertiga sebagai watak utama dalam cerita ni. 

Tagline novel ni, 'Dia dicintai dua lelaki... satu mahu melindungi... satu lagi mahu membunuhnya...' menarik minat aku untuk membeli dan membacanya, adalah baca sikit2 dalam blog penulis Mazni Anita, nampak menarik lalu memesan Mr.Hubby untuk membelinya...hehe. 

Izwan seorang Inspektor Polis, yang sama2 menyiasat kes ini secara tidak langsung melindungi Suria kerana ada orang yang mahu membunuhnya! Nazrul punya niat tersendiri, dengan menjadi bos baru Suria, dia senang mendekati Suria... arahan ibunya yang perlu ditaati tetapi pada masa yang sama mula mencintai Suria. Begitu juga dengan Izwan. Mereka berdua sama2 mencintai Suria. Siapakah Suria sebenarnya? Mengapa Nazrul ingin membunuhnya? Dan apakah kaitan Izwan dan Nazrul? Siapa mereka bertiga? Anda kenalah membaca novel ni, sesiapa yang berminat dengan thriller fantasi dn misteri ni, jangan lepaskan peluang untuk membacanya... aku bagi 4/5 untuk novel ni...

P/S : Sayang sangat, aku suka Suria dengan lelaki ni, tapi Suria suka pula dengan lelaki yang seorang lagi tu... huhu :( 
Pernah tengok tak cerita Animasi Jepun 'Vampire knights'? dua hero dan seorang heroin, satu hero tu nak bunuh heroin, aku suka tengok hero yang nak bunuh heroin tu jika mereka bertemu lagi(ZERO), sebab chemistry antara mereka berdua sangat best, begitu juga dengan Suria dan Nazrul... so aku Team Nazrul..haha! Apapun novel ni memang best... (^^)!



Nov 6, 2012

Bisikan Kata Hati by Dila Dyna


Judul: Bisikan Kata Hati
Penulis: Dila Dyna
Penerbit: Kaki Novel

Kisah mengenail Aiman yang kehilangan tunang tersayang, Laili dan terpaksa pula mengahwini adik tunangnya iaitu Laila. Selepas sahaja diijabkabulkan, Laila menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Belanda dan hal ini tidak menjadi isu kepada suaminya, Aiman. Aiman yang amat membenci Laila saat kematian tunangnya, terus membenci dan menyalahkan Laila di atas kematian Laili. Hanya kerana sebuah diari, segalanya-galanya berubah. Benarkah Laili terlibat dalam kemalangan disebabkan telah membaca diari Laila,adiknya atau ada kisah disebaliknya? 

Selepas 4 tahun berada di Belanda, Laila tanpa sengaja telah berlanggar dengan Aiman di Airport. Masih adakah cinta Laila untuk Aiman atau telah lenyap ditelan waktu? Laila yang kembali bukan seperti seorang yang lemah lembut 4 tahun lalu tetapi terpaksa berkasar atau bersikap tidak mahu mengalah di hadapan Aiman telah menyebabkan Aiman sendiri tidak keruan. Tanpa sedar,Aiman mula menyukai Laila ynag masih isterinya itu, tetapi dapatkah Aiman mendapat cinta Laila Kembali? Anda kena baca novel ini untuk mengetahui cerita selanjutnya.

Bagi saya,penulis telah menggarap cerita ini dengan baik dan ada jalan ceritanya yang tidak berputar belit. Penggunaan ayat dan dialog yang bagus dan OK. Walaupun rata-rata cerita berdasarkan kahwin paksa, tetapi ada kelainan sedikit dalam novel ini.Saya rasa ini novel pertama penulis tetapi tidak gagal di situ. Buku yang tidak berapa berat untuk dibaca dan boleh menjadi koleksi kepada peminat novel di luar sana. Saya bagi 4/5 untuk novel ni, Tahniah Penulis(^^)

Sep 22, 2012

Botok Ikan Tenggiri (Sarawak)

Resepi makanan tengahari di rumah Tunang(^^)

Belajar bagaimana nak masak botok ikan tenggiri yang simple dan sedap... saya kongsi di sini...

Bahan-bahan:
  1. Seekor Ikan Tenggiri dipotong, (ikut suka hatilah size macam mana)
  2. Beberapa helai daun Kunyit yang dihiris halus.
  3. Beberapa helai daun mengkudu yang dihiris halus.
  4. Beberapa helai daun mengkudu lebar. (tak perlu hiris)
  5. Kelapa yang diparut.
  6. Serbuk Garam
  7. Serbuk Kunyit
  8. Serbuk Kari
  9. Beberapa helaian lebar daun pisang.
Okay, mula-mula sekali kita kita potong ikan tu, setelah dibersihkan, kita gaulkan ikan berserta serbuk kunyit dan garam. Gaulkan sehingga sama rata.

Kemudian kita buat pula bahan-bahan campurannya, gaulkan di bekas lain (Asing-asing dari ikan tadi) hirisan daun mengkudu, hirisan daun kunyit, kelapa yang diparut, garam dan serbuk kari. Gaulkan sehingga sama rata. Sekarang kita ada dua campuran kan?

Kemudian ambil Sehelai daun pisang yang lebar dan panjang, letakkan 2 atau 3 helai daun mengkudu lebar di atas daun pisang tadi. Ambil Ikan yang telah digaul sama rata tadi, letakkan beberapa potong ikan (2 atau 3 potong setiap helai daun cukuplah), lepas tu letakkan pula bahan-bahan campuran daun, kelapa dan kari tadi di atas ikan tadi (ratakan bahan-bahan itu di atas potongan ikan tadi). Kemudian bungkus ikan tu denagn menggunakan daun pisang tadi. Untuk elakkan daun pisang itu terbuka, ambil batang kayu kecil/lidi untuk klipkan daun tu. (Eh, betulkah ayat yang aku pakai ni?).

Sebelum itu, jangan lupa panaskan bekas pengukus ikan tu tau, barulah kita kukuskan ikan yang telah dibungkus tadi dalam periuk pengukus. Tunggu sehingga masak, biasanya ikan ni tak lama masak, sekejap sahaja... Bila dah siap, tengoklah hasilnya...

Sorry saya tak sempat ambik gambar tadi, ingat makan je...hehe... InsyaAllah saya akan cuba resepi ni...
Sebenarnya saya memang suka memasak kalau bab benda baru ni...hehe(^^)

Lebih kurang macam ini tapi bukan tau, (grab dari blog ni http://www.tiffinbiru.com/2011/11/botok-botok-makanan-orang-johor.html)


Sep 19, 2012

CaLON JodoH UntuK ADIK by Areila Sahimi

Tajuk: Calon Jodoh untuk Adik
Penulis: Ariela Sahimi
Penerbit: Kaki Novel

Ulas NOvel! Novel ni baru habis baca semalam, erm... ceritanya okaylah... terus-terang saya tak pernah baca novel hasil karya penulis ni, orang kata semua novelnya best2, so saya try grab yang ini, antara yang terbaru dari penulis ni. Kisah tentang adik dan abang angkat, tentang hubungan adik-beradik dan kekeluargaan, tanggungjawab juga kasih sayang. jalan cerita bagus tapi mungkin saya belum dapat menerima cara penulisan penulis ni yang sempoi..hehe. Ayat yang selalu kita dengar daripada percakapan kita seharian, kira bukan ayat formal dalam penulisan. Dan juga terlalu banyak ayat dalam kurungan, contoh (.........). Sesiapa yang baca novel ni mungkin faham apa yang saya cuba sampaikan di sini, macam tidak berapa sesuai untuk diletakkan dalam penulisan novel. Memang ada sedikit kelainan dari novel lain tapi saya masih boleh terima pakai (^^). Ini pandangan sayalah... setiap orang berbeza jadi saya juga berbeza daripada anda...hehe. Dalam penulisan saya amat menitikberatkan ayat yang tidak terlalu formal dan tidak terlalu sempoi... sederhana begitulah. 

Novel ini mengisahkan Arissa dan abang angkatnya Khairul Izlan atau abang Ee... Abang Ee diamanahkan oleh arwah abang kandung Arissa juga sebagai kawan baiknya untuk menjaga Arissa. Memang sebenarnya Abang kandung Arissa (lupa nama dia-Azmeer kot) <--- contoh yang saya cakap seperti di atas, ingin menjodohkan Ee dengan Ris tapi Ee menyukai wanita lain dan pada masa itu Ris mempunyai kekasih iaitu Fariz. Mula-mula tak sebulu, selalu bergaduh, bertekak lidah tapi setiap kali Ris dalam kesusahan, Ee lah yang datang mmbantunya... Ris dah mula sukakan Ee tapi Ee? Dia terus buang rasa suka itu jauh-jauh dan menolak cinta Ris sebab katanya dia mencintai Maisarah. Saya suka babak masa Ris meluahkan cintanya di hadapan Ee tapi Ee dengan selamba menolaknya! Apabila berjauh Ee merindui Ris juga dan bila tengok Ris mesra dengan Fariz, dia cemburu dan marah. Sweet...hahaha... ego sangatlah Ee ni. Nak tau endingnya? Kena baca sendiri novel ni... Overall memang best jugaklah cerita ni, so saya boleh bagi 3.5/5 untuk novel ni. Tahniah penulis kerana berkarya dengan cara anda sendiri...(^^)

Jul 10, 2012

SUNAN MUSAFIR By RaMLee AwG MurSyid



Allah menciptakan cinta dan cinta itu fitrah manusia…

Sukar digambarkan perasaan saya… selepas membaca karya terakhir RAM untuk Ceritera epik Thriller Laksamana Sunan ini, Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati, sudah tiba masanya sebagai peminat karya RAM, ucapan selamat tinggal untuk ‘Hero’ ini saya sampaikan dengan hati yang sangat puas.
Tidak ada watak fantasi yang benar-benar memberi kesan kepada saya melainkan Laksamana Sunan, watak yang diimaginasikan oleh Ramlee Awg Mursyid ini seakan hidup dalam dunia realiti. Bermula daripada Novel siri pertama Bagaikan Puteri sehinggalah penamat siri kedua ceritera Laksamana Sunan iaitu ‘ SUNAN MUSAFIR’. RAM bukan sahaja tertumpu pada penceritaan sebuah buku semata-mata tetapi juga tertumpu pada kesedaran dan keinsafan sebagai Hamba Allah yang hidup hanya sementara di dunia ini. Secara tidak langsung pembaca akan insaf dan sedar akan kekhilafan diri sendiri.

Tidak seperti novel-novel terdahulu, siri kali ini banyak menyentuh mengenai cinta fitrah dan cinta hakiki. Kisah Laksamana Sunan mencari isterinya, Ratna Sang Ratu Sulaman yang disangka telah meninggal dunia rupanya masih hidup tetapi hidup menderita dalam sumpahan. Cerita yang bermain dengan masa, iaitu pada tahun 1511, tahun 1531 dan masa sekarang, penceritaan yang sungguh teratur, tidak berselerak dan mudah difahami oleh pembaca seolah-olah kita sedang menonton filem. Gaya bahasa kuno pada zaman melayu, diselitkan bahasa Indonesia dan kekadang terdapat bahsa sukuan Sabah yang digunakan ini juga mudah difahami oleh pembaca tidak kira semenanjung Malaysia atau Sabah dan Sarawak.

Kisah perjuangan dan pengembaraan Laksamana Sunan yang menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan tetap akan berakhir pada penghujung cerita. Saya tersentuh mengenai Cinta yang disampaikan dalam ceritera epic popular Laksamana Sunan ini, secara tidak langsung, mesej yang ingin disampaikan oleh RAM menyentuh perasaan saya selaku pembaca tegar buku beliau.

Tidak ada novelis lain yang dapat menyentuh perasaan dan hati saya secara mendalam selain novel yang ditulis beliau. Bersyukur atas kurniaan cinta ini, kerana cinta-NYA kita bahagia dengan cinta fitrah sesama manusia, inilah suatu anugerah. Aspek keagamaan yang ditonjolkan sangat memberi kesan kepada pembaca, melalui perwatakan yang baik, doa, keburukan dan kejahatan,pengorbanan semuanya kerana Allah… dapat diamalkan secara tidak sedar selepas membaca novel beliau.

Bagi saya, novel ini merangkumi semua aspek, kekeluargaan, percintaan, suspens, thriller, pengorbanan, keagamaan, kasih sayang, kemaafan, kesabaran dan ingin mendapat cinta Allah. Sesiapa yang belum pernah menbaca novel ini, selepas menbacanya, anda akan jatuh cinta pada watak utama dalam novel ini. Anda patut berkenalan dengan Laksamana Sunan a.k.a Saifuddin Jalis, Ratna sang ratu sulaman, Indera, Luna, Dani, Haryani, Maryam, Panglima Awang Bagan, Abdul Rahman, Sadik, dan ramai lagi dari buku pertama hingga buku terakhir ini… seolah-olah menonton filem seperti Harry Potter!

P/s: Saya adalah wanita tapi saya jatuh cinta dengan watak RATNA! Sangat gembira apabila mengetahui wataknya tidak mati dalam novel kedua iaitu CINTA SANG RATU kerana saya suka akan wataknya bermula dari penghujung cerita BAGAIKAN PUTERI lagi, tidak disangka dia akan menjadi salah satu watak utama untuk novel seterusnya selepas bagaikan puteri…daripada seorang wanita yang kejam, pembunuh, bengis, pemarah… bertemu dengan Laksaman Sunan untuk menbunuhnya tetapi tatkala bertemu dan bersengketa, Allah menganugerahkannya satu perasaan cinta tanpa diduga tetapi masih menafikannya kerana egonya, dan kerana cintanya pada Laksaman Sunan jugalah… dia mengenal Allah dan mendambakan Cinta Allah…

Alhamdulillah… 

Sentiasa tersenyum pada kehijauan(^^)

May 11, 2012

ISTERI SEPARUH MASA BY SURI RYANA



Judul : Isteri separuh masa
Penulis : Suri Ryana
Penerbit : Kaki Novel

Isteri saparuh masa merupakan novel kedua daripada penulis best seller ‘MAID’. Garapan yang bersahaja daripada penulis ini adalah salah satu kenapa saya tertarik dengan novel ini, ini adalah kerana novel pertama beliau yang berjudul ‘MAID’ juga merupakan ala-ala cerita korea…(^^) Novel terbaru beliau juga ada genre sebegini. Tetapi tidak banyak konflik seperti cerita korea lain, hanya cerita watak utama sahaja… saya tidak suka cerita yang berjela-jela kerana kadang-kadang ada penulis yang lari daripada tajuk asal, bukan semua penulis berbakat untuk menyatukan semua genre untuk menjadikannya unik. Jadi, sesiapa yang mahu cerita yang agak santai dan tidak berat seperti novel Suri Ryana ini, bacalah sehingga ke muka surat terakhir. 
Kisah Medina Izwani dan Dr. Nazrin, isteri seorang pelajar dan suami seorang pensyarah, kisah hidup rumah tangga yang direstui oleh keluarga tetapi tidak bagi mereka berdua? Kenapa Medina menggelarkan dirinya isteri separuh masa? Kenapa ya? Nak tahu, kena bacanya sendiri… untuk novel ini, saya boleh bagi 4/5, because for me, MAID is still the best…hehe(^^). Apapun tahniah untuk penulis ini…

HIKAYAT CINTA BY RATU BULAN @ NURFA



Judul : Hikayat Cinta
Penulis : Ratu Bulan
Penerbit : Fajar Pakeer

Hikayat Cinta… Novel daripada penulis best seller ‘Prince Charming’ ini membawakan kelainan dalam penulisannya, tidak banyak penulis yang menulis genre sebegini, bola keranjang… siapa peminat cerita ala-ala korea, jepun, Taiwan memang akan meminati novel ini. Penulis yang sangat berbakat, saya dah mempunyai 3 buah novel hasil tulisan beliau, memang semua hasil tulisannya adalah antara kegemaran saya…
Hikayat cinta mengisahkan tentang cinta seorang jurulatih perempuan, Apy Alina dan pemain bola keranjang yang agak sombong, Adam Alexender. Tetapi ini bukan hanya sekadar cerita cinta, ini juga adalah cerita tentang perjuangan seorang jurulatih di dalam merealisasikan impiannya dan menjadikan kelab pemain bola keranjang di bawah pimpinannya adalah yang terbaik. Untuk mencapai targetnya supaya kelab ‘The Legend’ menjadi yang terbaik, dia haruslah menundukkan ketua pasukan itu iaitu, Adam atau lebih dikenali sebagai Alex. Alex yang sentiasa dalam dunianya sendiri, bergelumang dengan kemelut keluarganya walaupun punya segalanya tetapi dia terasa sangat kehilangan setelah kematian kakaknya, Melissa disebabkan satu kejadian yang tidak diduganya…. Bagaimana kerjasama dalam sepasukan bola keranjang amat penting untuk mereka terus menjadi terbaik. Betul, kadang-kadang apa yang kita impikan bukan semua yang kita dapat… tapi apa yang kita dah dapat itu adalah keperluan kita sebenarnya…
I love this couple!(^^)
Saya bagi 5/5 untuk novel ini… tahniah Ratu Bulan! 

Jan 4, 2012

FIKSYEN 302 BY RAMLEE AWANG MURSYID

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua...(^^)

Fiksyen 302... Psyco Thriller...satu lagi karya RAM yang baru keluar di pasaran pada Disember 2011 yang lalu. Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar, Farid Ja'ah... mereka ini pembunuh kejam, membunuh mangsa mereka dengan cara yang berlainan tetapi perkara yang sama mereka lakukan adalah mengukir tulisan 'Fiksyen 302' pada dahi mangsa mereka, selepas membunuh, mereka akan membuka pakaian mereka, menghubungi polis lalu menyerah diri, pelik tapi inilah yang dinamakan bermain dengan psikologi manusia...

Zonan... adalah watak halusinasi mereka berempat, dipercayai sebagai roh yang tidak berwajah! Mereka dihasut oleh halusinasi mereka sendiri... mereka takut mendengar nama Zonan. Ramai yang dibunuh, semua yang berkaitan dibunuh dengan kejam. Ramai lagi watak-watak yang terlibat yang saya suka iaitu, Norhafiza Izura (2012) , Rita Yuzalina (yang muncul pada tahun 2032).

Fiksyen 302 bukan sahaja membuatkan pembaca tertanya-tanya siapakah Zonan, tapi ia juga membuatkan kita bermain dengan psikologi manusia... percaya atau tidak? andalah yang menentukannya... Karya RAM ini berlainan sekali dengan karya beliau sebelum ini, kita terlalu banyak bermain dengan minda, tertanya-tanya malah mungkin juga kita tertipu, sebab itulah tagline Fiksyen 302, jangan percaya!

Ibarat melihat sebuah filem, kalau cerita ini difilemkan, Wah! nampak hebat sekali... Fiksyen 302, tidak mengecewakan saya, malah memberikan kepuasan hati. Tahniah Penulis Ramlee Awang Mursyid kerana telah berjaya sekali lagi membawa pembaca ke alam Fiksyen 302, kisah psyco Thriller ini... ia menjanjikan kelainan daripada novel thriller beliau sebelum ini...

Saya bagi 10/10 untuk hasil karya ini, bagi saya antara semua novel yang saya baca pada tahun 2011, inilah karya RAM yang terbaik selepas Sutera Bidadari... Tahniah!


Fiksyen 302

Terima Kasih kepada KelabRam kerana mendapatkan Tandatangan drpd Ramlee Awg Mursyid sendiri...(^^)

P/S: Saya menantikan karya beliau seterusnya iaitu SUNAN MUSAFIR, kesinambungan dan ceritera terakhir LAKSAMANA SUNAN... hmm.. tak sabar nak bertemu dengan RATNA SANG RATU- Watak yang sangat saya minati dalam ceritera Laksamana Sunan ini... (Sang Dewi dari SUTERA BIDADARI), adakah benar Ratna belum mati lagi dalam novel CINTA SANG RATU? Atau apakah Sang Dewi ini adalah jelmaan? Saya pun tak tahu... itulah tak sabar nak tahu sambungan novel SUTERA BIDADARI... tapi apa yang penting Kesemua karya RAM tidak pernah mengecewakan saya... (^^)



Dec 27, 2011

COMING SOON- RESENSI FIKSYEN 302!

Saya dah menamatkan pembacaan saya dalam Novel Thriller terbaru daripada Penulis Thriller Ramlee Awang Mursyid... Fiksyen 302...

Kepada sesiapa peminat Novel RAM di luar sana, Saya akan review novel ini pada minggu hadapan kerana buat masa sekarang mungkin tidak elok saya memecahkan rahsia di dalam Fiksyen 302 ini, tetapi walau apapun saya tidak sesekali mengambil kesuspenan anda (betul ke ayat ni..huhu) apabila saya 'review' atau buat resensi untuk novel yang ditunggu-tunggu ni... 

Saya ucapkan selamat membaca dan menelaah novel ini sampai sakit kepala anda memikirkan siapakah 'orang itu'... saya sebagai peminat kepada deduksi  pun boleh salah untuk meneka... apapun jangan sesekali percaya apabila anda sedang membaca novel ini... selamat membaca!(^_^)

Dec 20, 2011

HAti Bergetar Rindu by Dhiya ZafiRa

Judul: Hati Bergetar Rindu
Penulis: Dhiya Zafira
Penerbit: Alaf 21


It's time to review Novel! Hati bergetar Rindu oleh Dhiya zafira... Kisah Ari dan Sid, pertemuan yang ditakdirkan, percintaan yang singkat sebelum mereka memulakan kehidupan baru di negara orang. First impression: Very good Novel! Secara terus terang saya tidak pernah membaca novel karya penulis ini, tapi apabila membaca novel Hati bergetar rindu, saya teruja kerana ia bukannya kisah cinta semata-mata tapi apa yang saya mahu dalam sesebuah novel ada di sini! Penulis memasukkan elemen thriller sedikit tetapi tidak gagal, elemen itu berjaya dimasukkan dalam novel cinta ini.. sangat menarik, lebih-lebih lagi apabila babak kedua-dua watak utama bertemu semula dan tidak menyangka mereka bertemu dalam keadaan yang tidak terduga sama-sekali... Akibat salah faham mereka berpisah begitu sahaja sehinggalah terjadinya satu kes pembunuhan bersiri dan kesemua mangsanya adalah wanita, mereka berdua bertemu semula. Sangat menyentuh perasaan kisah ini, ternyata cinta mereka tidak pernah berubah dan saya sangat menyukai watak Sid sebagai watak lelaki utama dalam cerita ini... Saya sebagai peminat novel bergenre Thriller sesekali terlihat ada sedikit kekurangan di sini, tapi cuma sedikit dan tidak menjejaskan seluruh cerita. Novel yang sangat menarik, anda yang meminati novel cinta + thriller mesti baca novel ni. Dari awal sampai akhir memang tidak membosankan...Nak tahu selanjutnya tentang novel ini, kena baca sendiri. Saya bagi 4.5/5 untuk novel ini. Tahniah penulis Dhiya Zafira!

Nov 23, 2011

LaYan DraMa JePUN!!!

Wah, rasanya dah lama aku tak update blog ni, busy memanjang dengan kerja yang entah bila nak siap projek tu, hopefully dapat siapkan projek ni hujung tahun ni, sebab aku nak tukar kerja p consultant pulak. Masalahnya dah dapat offer dari consultant kat Kuching tapi BF aku tak setuju pula coz banyak sangat traveling sana sini, dapat accomodation tinggal kat Riverine Condo lagi tu, lagilah dia tak suka, bahaya katanya, kalau lelaki tak apa, ini perempuan...hmm.. tak apalah, sekarang aku tengah apply kerja consultant kat Sabah ni sahajalah... sebagai pertukaran, aku suruh dia beli tiket datang sini jumpa aku, baru padan muka...hehe. Sapa suruh, dah bagus aku dapat offer kerja kat sarawak dekat dengan dia, tak nak pula.. tak apalah...:(

Okay, sekarang ni memang ramai kawan-kawan aku yang suka layan Drama Korea, tapi aku lebih suka layan Drama Jepun ni berbanding korea, mungkin aku minat sangat dengan bahasa jepun kot..(^^) Ini senarai drama jepun yang best untuk ditonton...

First sekali, lepas aku layan cerita korea 'You're Beautiful', aku try cari pula Japanese Version punya, tajuknya 'Ikemen Desu ne', jalan cerita sama tapi ada yang berlainan jugak lah sebab yelah cerita korea panjang sampai 16 episod macam tu, tapi kalau tengok jepun, diorang kena pendekkan jalan ceritanya jadi 11 episod sahaja... masing-masing ada kelebihan dan kelemahan... tapi jujurnya aku lebih suka tengok version jepun... jangan salahkan aku, masing-masing ada pendapatnya tersendiri...

Lagu 'Alone' daripada Mio adalah antara lagu yang best sangat dalam Ikemen desu ne, original from Korean Song.

Lepas habis cerita ni, aku layan pulak drama terbaru 2011 iaitu 'Ouran High School Host Club', siapa yang tengok anime atau baca manga Ouran High School Club mesti tengok version drama live action pulak, watak Tamaki dalam cerita OHSHC memang sebijik sama macam dalam anime/manga...lawak sangat, gila-gila bodoh pun ada juga tapi tetap ada pengajaran dalam cerita ni, aku suka watak Tamaki, walaupun dia banyak problem dengan Family dia yang kaya-raya tu, tapi dia tak sombong, suka gembirakan kawan-kawan dia, perangai dia yang gila-gila tapi sangat mengambil berat tentang orang lain menyebabkan Haruhi (Main character-female) tanpa disedari telah jatuh cinta padanya (Tamaki).. cerita ni ada 11 episod jugak..

'Kiss Kiss Fall in Love' Soundtrack drama ni.. sangat kelakar dan tak bosan menonton cerita ni...(^^) Ouran High School Host Club...

Selepas itu, aku layan pula cerita anime/manga kesukaan aku yang telah di 'live action' kan menjadi drama... 'Detective Conan' 11 episod.. seperti yang kita tahu cerita Detective Conan tentang Shinichi yang menjadi kecik tapi dalam drama ni mengisahkan tentang kisah shinichi sebelum menjadi kecik, dan di penghujung cerita barulah ada scene di mana shinichi dan ran berada di taman tema bersama untuk kali yang terakhir sebelum dia menjadi kecik, siapa yang mengikuti perkembangan DC dalam manga mesti faham apa yang aku cuba sampaikan ni...hehe. Lagu soundtrack sama sahaja dari anime punya.. tapi lagu ending song tak samalah, aku try cari lagu ni, sebab best sangat2...

Live action scene ni original daripada manga time shinichi bawa ran pergi dinner kat hotel Beika, nak propose Ran tapi tak menjadi sebab badan Shinichi kembali menjadi Conan (hanya dalam manga), tapi dalam drama episode 11, pengakhiran scene ni berlainan sedikit berbanding dalam manga sebab diorang just nak kekalkan Shinichi ke bentuk asal, kat sini tak ada scene Shinichi jadi Conan... tiap-tiap episode ada satu kes, dalam drama ni pasal challenge letter untuk shinichi... dia kena ingat semua kes yang dia pernah selesaikan dahulu untuk melepaskan diri mereka daripada kurungan... nak tahu apa dia, kepada peminat Conan, kena tengoklah cerita ni...(^^)

Sekarang aku masih melayan Hana yori dango 1 & 2 dan movie, walaupun cerita ni dah lama, aku tengok balik sebab bosan... sebab bila aku nak tengok versi korea punya, aku tak berapa nak suka sebab pelakon pompoan dia tak cute macam jepun..haha...aku memang jahat... apapun, Hana yori dango versi jepun lagi best sebab lebih romantik...

P/S: Cerita korea setakat ni yang paling best aku jumpa ialah 'Brilliant Legacy/Shining Inheritance' dan 'You're Beautiful'... sebab aku lebih banyak menonton drama jepun berbanding korea... siapa yang boleh syorkan aku cerita korea/jepun yang best eh?

Sep 27, 2011

ANTASIA:SATU PERMULAAN BY NURFA A.K.A RATU BULAN


Judul: Antasia: Satu permulaan
Penulis: Nurfa a.k.a Ratu Bulan
Penerbit: One Nusantara

Novel fantasi memang antara favaourite, and novel ini memang benar-benar membuatkan kita berimaginasi, saya mulakan dengan watak-watak dalam novel ni, Lucas, Luna Lusia, Sky, Romeo & Juliet... Saya rasa watak utama dalam novel ini adalah Lucas & Luna walaupun cerita Lucas dalam novel ini tidak banyak tapi saya suka dengan watak Lucas, tidak banyak watak lucas sebab dalam novel ini kebanyakannya adalah imbas kembali dari diari Luna yang sedang di baca oleh Lucas sendiri. Permulaan cerita yang menarik, pertengahan cerita yang menarik sehinggalah ke penghabisan cerita, kita boleh imagine macam mana dunia Antasia itu, pertarungan, game, kuasa magik (power) yang ada pada mereka apabila berada di dunia Antasia, memang tidak logik kan? Tapi Fantasi adalah Fantasi, cerita adalah cerita, tak perlu pemikiran logik kalau ianya berdasarkan fantasi, bukan?(^^) Sangat-sangat teruja menantikan kesinambungan novel ni, tahu dari penulis sendiri,akan ada buku sambungan iaitu ANTASIA: PERTARUNGAN TERAKHIR, kalau tak silap sayalah tajuk dia itu... excited nak tengok Lucas beraksi pula, misi dia nak cari Luna, cantik kan nama tu? Suka dengan nama Lucas & Luna, macam dalam final fantasy plak,hehe... Selain daripada Luna & Lucas, saya juga minat dengan watak Sky, semua best...


Oh ya, saya beli novel ni terus dari penulis sendiri, siap kena sign lagi..hehe.. Anyway, Thanks Ratu Bulan! Walaupun kita tak pernah jumpa tapi saya akan sentiasa sokong novel anda...(^^) Sekarang tak sabar nak tunggu pulak novel Hikayat Cinta, rindu dengan Alex & Apy..hehe harap dapat diterbitkanlah ya...

Lupa pula, saya bagi full 5 stars! untuk novel ni...

P/s: Aku dengan hidup aku...:(

Sep 20, 2011

Aku Bukan Mistress by Acik Lana


Judul: Aku Bukan Mistress
Penulis: Acik lana
Penerbit; kaki Novel

Lagi penulis baru dari kaki novel, Aku Bukan Mistress menyingkap kisah kehidupan Mya dan Mikail yang jauh terjerumus ke lembah maksiat dan ingin kembali ke pangkal jalan apabila masing-masing saling jatuh cinta. Mya pada mulanya adalah 'mistress' kepada Mikail selama lebih dua tahun, hidup bersama seperti sapasang suami isteri yang lain tanpa cinta di hati. Mikail yang mengikat perjanjian antara dia dan Mya bahawa mereka tidak akan sesekali jatuh cinta, janji itulah yang mendiamkan Mya dan hanya mampu menurut kehendak Mikail namun jauh di sudut hati, Mya tidak ingin hidup seperti ini, Mya dijual oleh ayah saudaranya sendiri dan difitnah oleh orang kampung dan dibeli oleh Mikail. Mya dan Mika berkahwin dan ingin bahagia macam orang lain jugak namun orang-orang sepeerti suzanne,adam, datin adiba tidak suka akan perkahwinan mereka. Bahagiakah mereka nanti? Beli dan bacalah untuk tahu lebih lanjut. Pengajaran di sini, jangan kita judge orang lain dengan mata kasar, jangan kita menuduh mereka yang bukan2, selagi kita masih ada nyawa selagi itulah Allah menerima taubat hambanya... bersyukurlah dengan apa yang dianugerahkan... 4.5/5 untuk novel ni...(^^) Tahniah penulis.

Sep 19, 2011

Ku seru Rindu itu- hanni Ramsul


Judul: kuseru Rindu itu
Penulis: hanni Ramsul
Penerbit: kaki Novel

Memang tidak dinafikan Novel hanni Ramsul adalah antara karya terbaik pernah saya baca. Novel ini mengisahkan tentang Hisyam, Idayu dan Maisara. Hisyam dan Idayu adalah pasangan suami isteri yang sangat bahagia di mata orang ramai, namun jauh di hati masing-masing adalah berlainan sama sekali, Hisyam yang cuma menganggap Idayu adalah tanggungjawabnya, ibu kepada anaknya tidak pernah sekali pun mencintai isterinya itu. Lalu Hisyam menemui maisara yang diakuinya adalah cintanya. Akan tetapi, Hisyam tidak pernah pun mengabaikan Idayu dan anaknya, masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dan menyayangi mereka. Idayu sudah lama mendambakan cinta Hisyan, bertahun-tahun dia cuba mendapat cinta Hisyam, namun Hisyam tetap tidak dapat mencintai Idayu. Lantas, Idayu pasrah akan ketentuan Illahi, dia percaya suaminya amat menyayanginya seadanya, lalu Idayu merelakan hubungan hisyam dan Maisara. Maisara yang tiba-tiba tamak inginkan hisyam seorang dan tidak mahu berkongsi dengan Idayu mencadangkan supaya Hisyam menceraikan idayu. Hisyam menjadi marah dan tidak sesekali akan melepaskan idayu,isterinya. Kemunculan semula Borhan, kekasih lama Idayu menggugat hubungan idayu dan Hisyam... apakah yang akan terjadi? bacalah buku ni, memang best sangat. Secara kesuluruhannya, saya bagi 5 bintang full start untuk novel ni, tahniah sekali lagi Hanni Ramsul..(^^)

Aug 5, 2011

Syurga di Wajahmu by Laila Hanni

Judul: Syurga Di Wajahmu
Penulis: Laila Hanni
Penerbit: Kaki Novel

Okay, baru habis baca novel ni malam tadi, kira-kira ambik masa seminggu juga untuk baca novel dek kerana terlalu busy dengan kerja-kerja lain. Kisah tentang Idayu, Engku Lokman dan Hairi. First of all, jalan cerita ni memang best, tentang seorang isteri yang tidak putus asa membimbing suaminya ke jalan yang benar. Walaupun si isteri ini pernah hampir berputus asa tetapi atas cintanya kepada Allah, dia cuba untuk mengubah suaminya untuk lebih mengenali islam. Engku lokman seorang lelaki yang kurang didikan agama dan hanyut dengan duniawi, Idayu sebagai isteri cuba berusaha untuk memperbaiki si suami. Hairi adalah cinta pertama Idayu, atas sebab tertentu Idayu tekad memutuskan pertunangan mereka, selepas 6 tahun dia bertemu dengan Engku Lokman sebagai seorang jururawat kepada nenda Engku Lokman. Bagaimana mereka boleh berkahwin? Anda kena baca novel ni untuk mengetahui cerita selanjutnya. Overall best tapi ada beberapa perkara yang aku nak komen sedikit tentang novel ni, pertama: ayat penyata terlalu banyak sehingga menenggelamkan dialog itu sendiri, kedua: ayat yang sama kerap berulang, mungkin penulis ingin mengetengahkan motif sebenar cerita ini tetapi aku rasa dua atau tiga kali dah cukup untuk pembaca memahaminya dan ketiga: ada kata pengganti diri yang tak berapa sesuai kot. ( Perkataan 'kau' mungkin lebih sesuai dan 'padan' dibaca berbanding 'engkau') Ini bagi akulah, siapa2 pun berhak untuk mengomen. Tetapi overall ceritanya dah cukup best. Tahniah kepada penulis walaupun masih baru dalam dunia penulisan, aku bagi 4/5 bintang. (^^)

Jul 15, 2011

Tanpa kata Cinta by Ratu Bulan & Qaseh

Judul: Tanpa kata Cinta
Penulis: Ratu Bulan & Qaseh Qaisara
Penerbit: Fajar Pakeer

Lama dah aku tak ulas novel... yalah, ada novel, lama dah beli tapi belum lagi habis dibaca... Jadi aku nak ulas pasal novel ni sebab aku dah baca habis novel ni. Dalam buku ni ada dua buah cerita tetapi di tempat yang sama. Maksud aku, dalam Kolej yang sama tetapi watak yang berlainan dan tidak ada hubung kait. First, aku nak ulas cerita daripada penulis Qaseh, watak utama adalah Isqandar & Kamelia, Is seorang pelajar akhir di koej tu manakalan Lia adalah fresh student kat kolej tu, kali pertama pandang Lia, Is dah jatuh suka, Is ni adalah salah satu pelajar top 10 paling popular kat kolej ni, jadi ramai pompoan tergila-gilakannya, tambahan lagi datuknya dan pakciknya ingin menjodohkan dia dengan Alina, anak datuk tapi Is tak nak, dia benci kat Alina. Untuk mengelak gangguan2 dari Alina dan pelajar pompoan lain, dia menawarkan Lia untuk menjadi kekasih olok-oloknya dengan bayaran RM500 sebulan, apalagi Lia yang memang nakkan duit tu, dia pun terimalah tawaran tu tanpa berfikir panjang, yang dia fikir apa nak buat eh dengan duit tu?lols. Lawak lah cerita ni. Aku memang gelak baca cerita ni... ingin tau cerita selanjutnya... kena beli novel ni...overall best walaupun ada typing error, dan agak kebudakan sedikit penulisannya... apapun cerita memang best, aku bagi 3.5/5.0

Sekarang aku nak ulas cerita daripada penulis Ratu Bulan pulak, aku mengaku yang aku beli novel ni pun sebab nak baca Tanpa kata cinta daripada Ratu Bulan, nak tau ending cerita dia, yalah aku ni memang ari2 jenguk blog Ratu Bulan semata2 nak baca novel ni... Okay, aku straight to the point je lah... watak utama adalah Sakinah dan Zaquan... Zaquan adalah Tuan muda Sakinah sejak kecil lagi, masa kecik seorang yang gemuk dan kuat memerintah, tapi dia ambil berat pasal Sakinah dalam diam.. disebabkan sesuatu hal terjadi mereka terpisah dan selepas 10 tahun, Zaquan datang ke Malaysia semula, mereka ditakdirkan bertemu semula, kenapa tiba-tiba Zaquan datang ke Malaysia? ada sesuatu yang dia cuba sampaikan kepada Sakinah tetapi takut Sakinah akan membencinya seperti mana dia membenci Sakinah pada mulanya... tetapi apa yang paling best adalah Zaquan terlalu ambil berat pasal Sakinah tetapi tidak mahu menunjukkannya, mungkin ego sebanarnya..hehe. Suka baca bab diorang berdua.Tapi memang best cerita ni... aku boleh bagi 4/5...

Jun 10, 2011

My boss My Hero

 I Hate school, why people must  learn everything?
"Love"
"Romance"
"Friendship"

WATER!!!!WATER!!! Gakko wa omoshiroi desu ne...!!!

From zero to be a boss...
"He is my Hero..."
"No! he is my Boss!!"
"Makky!!!
"Aniki!"


Sakaki makio as a student/yakuza
Intro untuk post ni, My Boss My Hero, memang story ni dah lama, tahun 2006 lagi, aku pun dah lama tengok tapi oleh kerana ada waktu terluang, aku pun tengok balik drama ni... Cerita yang sangat kelakar, aku tengok banyak kali pun tak bosan. Japanese drama is always give me a satisfaction, ya know? Cerita ini mengisahkan tentang seorang Yakuza yang digelar "tornado" kerana kekuatannya tapi sebenarnya dia tak tahu apa-apa pun! Tak Habis belajar sebab malas dan memang tak dapat masuk pun dalam otak dia walaupun dia belajar, ayah dia cuma ajar dia cara berlawan , mempertahankan diri saja, pasal lainnya, dia tak tahu. Baka!(Stupid)hehe.. dialah SAKAKI MAKIO (Nagase Tomoya)


Makio dan sakurakoji (kawan baik)    

So, untuk mendapatkan status ketua dalam kumpulannya, si Ayah terpaksa suruh makio pergi high school, at least biarlah sampai graduate and dapat sijil diploma pun jadilah. Makio yang memang nak jadi ketua Yakuza ni terpaksalah ikut arahan ayah dia pergi sambung belajar. Kawan ayah dia ni kebetulan adalah Pricipal tempat Makio belajar ni jadi dapatlah dia sembunyikan identiti Makio sebenar. Bila Makio dah enter sekolah tu, pada mulanya dia sangat benci dengan sekolah, benci dengan orang sekeliling dia dan cikgu dia, tapi nasib baiklah  satu-satunya tarikan pada sekolah itu ialah Kesedapan Puding yang cuma dijual 12 gelas sehari? Banyangkan dari beratus student, cuma 12 gelas sahaja yang dijual. Pelbagai ragam student untuk mendapatkan segelas puding tu, jadi Makio dengan bantuan 'kawannya' (baru kenal dan kawan ni pernah tersalah anggap kononnya Makio selamatkannya dari dibuli padahal dia terambil dompet Makio, nasib baiklah Makio sempat mendapatkan balik dompet dia, kalau tidak habis identiti dia terbongkar..^^), mereka pun dapat puding satu gelas... kalau nak tahu bagaimana mereka cuba mendapatkan puding tu, kenalah tengok cerita best ni..sapa dah tengok baguslah sebab cerita ni banyak bagi inspirasi pada diri kita sendiri. 

Makio cuba menakutkan guru dia...(funny scene)
Dari benci dia mula sayangkan sekolah ni sebab di sekolah lah dari otak kosong jadi pandai, bukan sahaja belajar untuk masuk U semata-mata tetapi belajar tentang 'love', 'romance' dan 'friendship'. Itu yang Makio belajar, protect and believe your nakama! Kedatangan Makio ke kelas 3-A bukan sahaja merubah 'life' Makio tetapi juga merubah 'life' pelajar-pelajar yang berada di kelas itu. Banyak kita boleh belajar dalam cerita ni, semuanya tentang usaha, tidak berputus asa, tolong-menolong,  dan banyak lagi perkara positif yang boleh kita ambil. Bukan aku ajak korang jadi Yakuza tapi ambik apa yang baik dari drama ni, drama jepun selalu bagi kita inspirasi supaya jangan berputus asa, Oh, I just love that words!

Setelah Makio belajar banyak perkara di sekolah, dapatkah Makio merealisasikan impiannya untuk graduate? Dan untuk mendapatkan 3rd seat dalam kumpulan Yakuza ayahnya? Apakah agaknya reaksi kawan-kawannya setelah mereka mendapat tahu bahawa Makio adalah Yakuza? Apa akan terjadi akhirnya apabila semuanya terbongkar? Tengoklah cerita ni untuk tahu endingnya....

So, why people must learn???? Think about it...

"Daripada tidak tahu, kita jadi tahu segalanya..."

10 stars

May 31, 2011

Sutera BiDadari by RamLee Awg Mursyid

Judul: Sutera Bidadari
Penulis: RAM
Penerbit: Alaf 21

'Kehidupan selepas mati adalah lagi panjang berbanding kehidupan sebelum mati'
Novel yang saya nanti-nantikan setiap tahun (2 kali setahun gak), novel RAM memang tidak pernah mengecewakan saya setiap kali membacanya. Tajuk yang amat menarik dan cantik, dalam kesinambungan Bagaikan Puteri ini, RAM suka menggunakan 'title' untuk wanita seperti 'puteri', 'ratu', 'bidadari' selain daripada 'Sang pencinta' dan 'Cinta Sufi'... sangat cantik dengan cover wanita yang seakan memakai purdah tapi tetap cantik dan menawan. Cerita mengenai Laksamana Sunan / Saifuddin Jalis, kisah pengembaraanya, pertarungannya, cintanya pada Allah dan RAsul serta cinta fitrah yang Allah kurniakan kepadanya, sangat bertuah wanita yang memilikinya....----> RATNA SANG RATU. Antara Novel-novel bagaikan puteri ini, Sutera Bidadari adalah yang paling best selepas Cinta Sang Ratu, seperti biasa RAM suka membuatkan kita tertanya-tanya siapakah 'Saifullah' pada abad 21 dan siapakah sebenarnya 'Sang Dewi' itu, saya rasa tidak sabar sehingga sanggup melompat untuk mengetahui siapa mereka ini, sesuatu yang amat menggembirakan saya akhirnya... (Selepas ini saya akan ulang baca buku ni betol2)hehe... Jalan cerita yang menarik, thriller dan suspen pasti tidak akan lari dari tema RAM pada setiap bukunya, sebab itulah...kita tidak sabar untuk mengetahuinya, biasanya jawapan ada di penghujung cerita... Apa yang pasti selepas membaca novel ini, saya benar-benar tidak sabar untuk membaca buku beliau seterusnya (sambungan Sutera Bidadari), novel beliau selepas ini? Pastilah ada..Fiksyen 302, hmm... saya dapat agak mesti pembunuhan akan berlaku lagi... Semoga Allah melanjutkan usia RAM dan dapat menghasilkan karya-karya yang terbaik dan unik... untuk Novel Sutera Bidadari ini, saya bagi 5/5. Terbaik!!! Tahniah RAM!!

May 16, 2011

Antara Puteri & Ratu

Seorang Puteri yang mendambakan Puteranya...
Seorang Ratu yang menginginkan Rajanya...

Jangan salah faham, saya cuma mengulas watak dari 2 buah Novel Ramlee Awang Mursyid (Bagaikan Puteri & Cinta Sang Ratu) iaitu Haryani (Si Puteri) dan Ratna (Sang Ratu). Dua watak dari dua dunia yang berbeza, dua kehidupan yang sangat berbeza... tetapi menyintai seorang Lelaki yang sama. Tiba-tiba terlintas di fikiran saya untuk mengulas kedua-dua watak ini, sabagai peminat novel RAM, saya memang suka membandingkan watak dalam semua novelnya namun antara kesemua watak dalam novel RAM, watak yang paling popular adalah Ratna dan Haryani, malahan apabila saya memasuki group RAM kat facebook and fanpage buku RAM, saya mendapati ramai yang cuba membandingkan kedua watak ini termasuk saya.(^^)Team RATNA or Team HARYANI? atau tidak memilih mana-mana team? mari kita banding daripada perspektif nani jurainie..(^^)

Haryani, watak utama yang muncul pada permulaan cerita Bagaikan Puteri, seorang yang lasak, berani, feminin, dan cantik (Laksamana Sunan menggelar Haryani Puteri). Mungkin Haryani adalah cinta pertama Sunan tapi malangnya mereka dari zaman yang berbeza, jadi ada halangan di situ, penulis sendiri menggambarkan cinta ini amat mustahil berlaku. Rentetan daripada itu, dalam buku ketiga RAM berjudul 'Hijab Sang Pencinta', RAM menemukan kembali Sunan & Haryani pada abad ke-21 iaitu masa sekarang berbeza pada buku pertama dimana Haryani bertemu dengan Sunan pada kurun ke-15. Haryani seorang yang begitu setia rupanya masih mengharapkan kasih Sunan walaupun pada masa itu Sunan baru kehilangan Ratna, isterinya. Namun pada pengakhiran cerita, RAM menoktahkan yang Haryani dan Sunan tetap tidak dapat bersama pada akhirnya apabila Sunan telah 'Mati' pada zaman tersebut. Haryani yang sangat cintakan Sunan sanggup menolak Dani yang mencintainya sepenuh hati, keikhlasan Dani masih tidak dapat menandingi Sunan di hati HAryani namun takdir telah tertulis Haryani dan Sunan tidak boleh bersama. Dan akhirnya, Haryani sendiri kehilangan Dani. Bak kata orang yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran...betul kan?
Saya cuma tertarik pada akhir cerita, Haryani walaupun telah kehilangan Sunan namun dia tetap berubah dari free hair kepada wanita bertudung, cuma kasihan kerana Haryani kehilangan cinta yang amat didambakannya. Daripada perlakuan HAryani yang saya baca, dia agak obses dengan Sunan, cintanya sangat setia, terlalu mengharap Sunan menjadi suaminya. Conclusion, lebih banyak Haryani ----> Sunan berbanding Sunan----> Haryani walaupun saya sedar Sunan terlebih dahulu menyintai Haryani sebelum datangnya Ratna.

Ratna, watak yang muncul pada pengakhiran cerita 'Bagaikan Puteri' dan menjadi antara watak utama dalam 'Cinta Sang Ratu' (Tajuk novel ini pun lebih menjurus kepada Ratna sendiri). Ratna sebenarnya watak negatif dalam cerita ini, misinya adalah ingin membunuh Sunan, pertemuan kali pertama di pinggir pantai telah membuahkan satu perasaan halus lahir dari jiwa tatkala Sunan mengatakan 'Sebagai manusia, aku sayang padamu', kata-kata hikmat yang akhirnya mencairkan hati Ratna sehingga dia jatuh cinta pada Sunan. Ratna sedar dia telah jatuh cinta namun kerana egonya dan bisikan jahat serta ajaran bondanya, Ratna cuba menepikan perasaan itu. Sebagai wanita Ratna sendiri tewas dengan kebaikan Sunan. Lantas, kerana cintanya kepada Sunanlah, dia mengenal penciptanya, Allah. Satu kisah cinta sangat suci dan meruntun jiwa. Dan, pada akhir ceritanya dalam 'Cinta Sang Ratu', Ratna terkorban demi melindungi suami tercinta, pada saat Ratna kembali kepada Allah, Sunan seakan kehilangan separuh nyawanya, lemah tersungkur di sebelah jasad isterinya...sehingga kedengaran suara halus isterinya berbisik 'mati dan hiduplah kerana Allah, kanda...'. Sungguh menyayat hati, saya sebagai pembaca turut mengalirkan air mata betapa Cinta Sang Ratu sungguh indah.

Setelah saya membandingkan keduanya, saya lebih suka dengan watak Ratna, walaupun kebanyakan wataknya cuma dalam buku 'Cinta Sang Ratu' tapi cukup memberi kesan, watak yang menghidupka cerita. Kisah cinta Laksamana Sunan dan Ratna siang Ratu benar-benar memberi kesan lebih daripada kisah cinta Haryani dan Sunan. Bukan saya berat sebelah tapi itulah kenyataannya. Haryani jelas watak utama namun kemunculan Ratna menggugat Haryani sebagai watak utama, nasib baiklah watak Ratna dimatikan penghujung cerita, jika tidak Ratna lah yang lebih menguasai cerita bagaikan puteri ini. Ini adalah kerana watak Ratna adalah heroin idaman kebanyakan wanita seperti saya.(^^) Sunan <-----> Ratna  , pertemuan yang telah direncanakan Tuhan, jodoh yang telah ditentukan sejak azali lagi... walau Ratna telah tiada namun sentiasa ada di hati Sunan.


"Semoga Allah mempertemukan kita semula di alam akhirat, InsyaAllah...dan cinta sang ratu itu akan tetap subur di jiwa Saifuddin walaupun tidak dikurniakan keturunan....-Saifudin to Ratna -" RAMLEE AWANG MURSYID

p/s: All of this is just my POV... so, how 'bout you guys?

Apr 24, 2011

Aku yang kau Tinggalkan by Alina Haizar

Judul: AYKT
Penulis: Alina Haizar
Penerbit: Kaki novel

Ni Novel bulan 3 aku beli, kisah tentang Nia dan Zaril Ikhwan, tak ada masa nak komen pasal novel ni kat blog, baru sekarang aku nak komen.hehe. Novel ni not bad, tak boring and best gaklah..hehe. Pertemuan semula setelah 4 tahun? lama gak tu, masih suami isteri plak tu tapi best coz ada elemen sakit otak gitu, si hero yang pandai tu bleh jadi tak pandai, dalam erti kata lain, hilang ingatan macam tulah, and then si heroin terpaksa berkahwin dengan si hero sebab dia benar-benar perlukan duit untuk family dia dan pada masa yang sama kena jaga si Zaril yang sakit and macam budak-budak ni. Tapi apa yang paling best sekali, kesabaran Nia menjaga suaminya dan jatuh cinta kepada suaminya walaupun suaminya 'tak betul' and sakit..he. Dan, selepas suaminya dah sihat.....ada sebab yang menyebabkan mereka ni berpisah....salah faham.... and tak berterus terang , and ego punca perpisahan mereka ni..bagi pandangan akulah..(^^) Dan, selepas 4 tahun mereka bertemu kembali....jeng2...apa yang berlaku selepas itu? Bacalah ya... aku bagi 4.5/5 untuk novel ni... 

P/S: cuma yang masih kurang lah, aku rasa si hero ni kurang sikit rasa menyesal dia tu, yalah, dah lah tinggalkan isteri pastu buat isteri macam tu pulak..hish..tak patut, tak patut. penulis perlu tambahkan lagi emosi si hero ni, barulah mengancam skit..anyway, overall..best!