suka blog ini?(^^)

Dec 27, 2011

COMING SOON- RESENSI FIKSYEN 302!

Saya dah menamatkan pembacaan saya dalam Novel Thriller terbaru daripada Penulis Thriller Ramlee Awang Mursyid... Fiksyen 302...

Kepada sesiapa peminat Novel RAM di luar sana, Saya akan review novel ini pada minggu hadapan kerana buat masa sekarang mungkin tidak elok saya memecahkan rahsia di dalam Fiksyen 302 ini, tetapi walau apapun saya tidak sesekali mengambil kesuspenan anda (betul ke ayat ni..huhu) apabila saya 'review' atau buat resensi untuk novel yang ditunggu-tunggu ni... 

Saya ucapkan selamat membaca dan menelaah novel ini sampai sakit kepala anda memikirkan siapakah 'orang itu'... saya sebagai peminat kepada deduksi  pun boleh salah untuk meneka... apapun jangan sesekali percaya apabila anda sedang membaca novel ini... selamat membaca!(^_^)

Dec 20, 2011

HAti Bergetar Rindu by Dhiya ZafiRa

Judul: Hati Bergetar Rindu
Penulis: Dhiya Zafira
Penerbit: Alaf 21


It's time to review Novel! Hati bergetar Rindu oleh Dhiya zafira... Kisah Ari dan Sid, pertemuan yang ditakdirkan, percintaan yang singkat sebelum mereka memulakan kehidupan baru di negara orang. First impression: Very good Novel! Secara terus terang saya tidak pernah membaca novel karya penulis ini, tapi apabila membaca novel Hati bergetar rindu, saya teruja kerana ia bukannya kisah cinta semata-mata tapi apa yang saya mahu dalam sesebuah novel ada di sini! Penulis memasukkan elemen thriller sedikit tetapi tidak gagal, elemen itu berjaya dimasukkan dalam novel cinta ini.. sangat menarik, lebih-lebih lagi apabila babak kedua-dua watak utama bertemu semula dan tidak menyangka mereka bertemu dalam keadaan yang tidak terduga sama-sekali... Akibat salah faham mereka berpisah begitu sahaja sehinggalah terjadinya satu kes pembunuhan bersiri dan kesemua mangsanya adalah wanita, mereka berdua bertemu semula. Sangat menyentuh perasaan kisah ini, ternyata cinta mereka tidak pernah berubah dan saya sangat menyukai watak Sid sebagai watak lelaki utama dalam cerita ini... Saya sebagai peminat novel bergenre Thriller sesekali terlihat ada sedikit kekurangan di sini, tapi cuma sedikit dan tidak menjejaskan seluruh cerita. Novel yang sangat menarik, anda yang meminati novel cinta + thriller mesti baca novel ni. Dari awal sampai akhir memang tidak membosankan...Nak tahu selanjutnya tentang novel ini, kena baca sendiri. Saya bagi 4.5/5 untuk novel ini. Tahniah penulis Dhiya Zafira!

Nov 23, 2011

LaYan DraMa JePUN!!!

Wah, rasanya dah lama aku tak update blog ni, busy memanjang dengan kerja yang entah bila nak siap projek tu, hopefully dapat siapkan projek ni hujung tahun ni, sebab aku nak tukar kerja p consultant pulak. Masalahnya dah dapat offer dari consultant kat Kuching tapi BF aku tak setuju pula coz banyak sangat traveling sana sini, dapat accomodation tinggal kat Riverine Condo lagi tu, lagilah dia tak suka, bahaya katanya, kalau lelaki tak apa, ini perempuan...hmm.. tak apalah, sekarang aku tengah apply kerja consultant kat Sabah ni sahajalah... sebagai pertukaran, aku suruh dia beli tiket datang sini jumpa aku, baru padan muka...hehe. Sapa suruh, dah bagus aku dapat offer kerja kat sarawak dekat dengan dia, tak nak pula.. tak apalah...:(

Okay, sekarang ni memang ramai kawan-kawan aku yang suka layan Drama Korea, tapi aku lebih suka layan Drama Jepun ni berbanding korea, mungkin aku minat sangat dengan bahasa jepun kot..(^^) Ini senarai drama jepun yang best untuk ditonton...

First sekali, lepas aku layan cerita korea 'You're Beautiful', aku try cari pula Japanese Version punya, tajuknya 'Ikemen Desu ne', jalan cerita sama tapi ada yang berlainan jugak lah sebab yelah cerita korea panjang sampai 16 episod macam tu, tapi kalau tengok jepun, diorang kena pendekkan jalan ceritanya jadi 11 episod sahaja... masing-masing ada kelebihan dan kelemahan... tapi jujurnya aku lebih suka tengok version jepun... jangan salahkan aku, masing-masing ada pendapatnya tersendiri...

Lagu 'Alone' daripada Mio adalah antara lagu yang best sangat dalam Ikemen desu ne, original from Korean Song.

Lepas habis cerita ni, aku layan pulak drama terbaru 2011 iaitu 'Ouran High School Host Club', siapa yang tengok anime atau baca manga Ouran High School Club mesti tengok version drama live action pulak, watak Tamaki dalam cerita OHSHC memang sebijik sama macam dalam anime/manga...lawak sangat, gila-gila bodoh pun ada juga tapi tetap ada pengajaran dalam cerita ni, aku suka watak Tamaki, walaupun dia banyak problem dengan Family dia yang kaya-raya tu, tapi dia tak sombong, suka gembirakan kawan-kawan dia, perangai dia yang gila-gila tapi sangat mengambil berat tentang orang lain menyebabkan Haruhi (Main character-female) tanpa disedari telah jatuh cinta padanya (Tamaki).. cerita ni ada 11 episod jugak..

'Kiss Kiss Fall in Love' Soundtrack drama ni.. sangat kelakar dan tak bosan menonton cerita ni...(^^) Ouran High School Host Club...

Selepas itu, aku layan pula cerita anime/manga kesukaan aku yang telah di 'live action' kan menjadi drama... 'Detective Conan' 11 episod.. seperti yang kita tahu cerita Detective Conan tentang Shinichi yang menjadi kecik tapi dalam drama ni mengisahkan tentang kisah shinichi sebelum menjadi kecik, dan di penghujung cerita barulah ada scene di mana shinichi dan ran berada di taman tema bersama untuk kali yang terakhir sebelum dia menjadi kecik, siapa yang mengikuti perkembangan DC dalam manga mesti faham apa yang aku cuba sampaikan ni...hehe. Lagu soundtrack sama sahaja dari anime punya.. tapi lagu ending song tak samalah, aku try cari lagu ni, sebab best sangat2...

Live action scene ni original daripada manga time shinichi bawa ran pergi dinner kat hotel Beika, nak propose Ran tapi tak menjadi sebab badan Shinichi kembali menjadi Conan (hanya dalam manga), tapi dalam drama episode 11, pengakhiran scene ni berlainan sedikit berbanding dalam manga sebab diorang just nak kekalkan Shinichi ke bentuk asal, kat sini tak ada scene Shinichi jadi Conan... tiap-tiap episode ada satu kes, dalam drama ni pasal challenge letter untuk shinichi... dia kena ingat semua kes yang dia pernah selesaikan dahulu untuk melepaskan diri mereka daripada kurungan... nak tahu apa dia, kepada peminat Conan, kena tengoklah cerita ni...(^^)

Sekarang aku masih melayan Hana yori dango 1 & 2 dan movie, walaupun cerita ni dah lama, aku tengok balik sebab bosan... sebab bila aku nak tengok versi korea punya, aku tak berapa nak suka sebab pelakon pompoan dia tak cute macam jepun..haha...aku memang jahat... apapun, Hana yori dango versi jepun lagi best sebab lebih romantik...

P/S: Cerita korea setakat ni yang paling best aku jumpa ialah 'Brilliant Legacy/Shining Inheritance' dan 'You're Beautiful'... sebab aku lebih banyak menonton drama jepun berbanding korea... siapa yang boleh syorkan aku cerita korea/jepun yang best eh?

Sep 27, 2011

ANTASIA:SATU PERMULAAN BY NURFA A.K.A RATU BULAN


Judul: Antasia: Satu permulaan
Penulis: Nurfa a.k.a Ratu Bulan
Penerbit: One Nusantara

Novel fantasi memang antara favaourite, and novel ini memang benar-benar membuatkan kita berimaginasi, saya mulakan dengan watak-watak dalam novel ni, Lucas, Luna Lusia, Sky, Romeo & Juliet... Saya rasa watak utama dalam novel ini adalah Lucas & Luna walaupun cerita Lucas dalam novel ini tidak banyak tapi saya suka dengan watak Lucas, tidak banyak watak lucas sebab dalam novel ini kebanyakannya adalah imbas kembali dari diari Luna yang sedang di baca oleh Lucas sendiri. Permulaan cerita yang menarik, pertengahan cerita yang menarik sehinggalah ke penghabisan cerita, kita boleh imagine macam mana dunia Antasia itu, pertarungan, game, kuasa magik (power) yang ada pada mereka apabila berada di dunia Antasia, memang tidak logik kan? Tapi Fantasi adalah Fantasi, cerita adalah cerita, tak perlu pemikiran logik kalau ianya berdasarkan fantasi, bukan?(^^) Sangat-sangat teruja menantikan kesinambungan novel ni, tahu dari penulis sendiri,akan ada buku sambungan iaitu ANTASIA: PERTARUNGAN TERAKHIR, kalau tak silap sayalah tajuk dia itu... excited nak tengok Lucas beraksi pula, misi dia nak cari Luna, cantik kan nama tu? Suka dengan nama Lucas & Luna, macam dalam final fantasy plak,hehe... Selain daripada Luna & Lucas, saya juga minat dengan watak Sky, semua best...


Oh ya, saya beli novel ni terus dari penulis sendiri, siap kena sign lagi..hehe.. Anyway, Thanks Ratu Bulan! Walaupun kita tak pernah jumpa tapi saya akan sentiasa sokong novel anda...(^^) Sekarang tak sabar nak tunggu pulak novel Hikayat Cinta, rindu dengan Alex & Apy..hehe harap dapat diterbitkanlah ya...

Lupa pula, saya bagi full 5 stars! untuk novel ni...

P/s: Aku dengan hidup aku...:(

Sep 20, 2011

Aku Bukan Mistress by Acik Lana


Judul: Aku Bukan Mistress
Penulis: Acik lana
Penerbit; kaki Novel

Lagi penulis baru dari kaki novel, Aku Bukan Mistress menyingkap kisah kehidupan Mya dan Mikail yang jauh terjerumus ke lembah maksiat dan ingin kembali ke pangkal jalan apabila masing-masing saling jatuh cinta. Mya pada mulanya adalah 'mistress' kepada Mikail selama lebih dua tahun, hidup bersama seperti sapasang suami isteri yang lain tanpa cinta di hati. Mikail yang mengikat perjanjian antara dia dan Mya bahawa mereka tidak akan sesekali jatuh cinta, janji itulah yang mendiamkan Mya dan hanya mampu menurut kehendak Mikail namun jauh di sudut hati, Mya tidak ingin hidup seperti ini, Mya dijual oleh ayah saudaranya sendiri dan difitnah oleh orang kampung dan dibeli oleh Mikail. Mya dan Mika berkahwin dan ingin bahagia macam orang lain jugak namun orang-orang sepeerti suzanne,adam, datin adiba tidak suka akan perkahwinan mereka. Bahagiakah mereka nanti? Beli dan bacalah untuk tahu lebih lanjut. Pengajaran di sini, jangan kita judge orang lain dengan mata kasar, jangan kita menuduh mereka yang bukan2, selagi kita masih ada nyawa selagi itulah Allah menerima taubat hambanya... bersyukurlah dengan apa yang dianugerahkan... 4.5/5 untuk novel ni...(^^) Tahniah penulis.

Sep 19, 2011

Ku seru Rindu itu- hanni Ramsul


Judul: kuseru Rindu itu
Penulis: hanni Ramsul
Penerbit: kaki Novel

Memang tidak dinafikan Novel hanni Ramsul adalah antara karya terbaik pernah saya baca. Novel ini mengisahkan tentang Hisyam, Idayu dan Maisara. Hisyam dan Idayu adalah pasangan suami isteri yang sangat bahagia di mata orang ramai, namun jauh di hati masing-masing adalah berlainan sama sekali, Hisyam yang cuma menganggap Idayu adalah tanggungjawabnya, ibu kepada anaknya tidak pernah sekali pun mencintai isterinya itu. Lalu Hisyam menemui maisara yang diakuinya adalah cintanya. Akan tetapi, Hisyam tidak pernah pun mengabaikan Idayu dan anaknya, masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dan menyayangi mereka. Idayu sudah lama mendambakan cinta Hisyan, bertahun-tahun dia cuba mendapat cinta Hisyam, namun Hisyam tetap tidak dapat mencintai Idayu. Lantas, Idayu pasrah akan ketentuan Illahi, dia percaya suaminya amat menyayanginya seadanya, lalu Idayu merelakan hubungan hisyam dan Maisara. Maisara yang tiba-tiba tamak inginkan hisyam seorang dan tidak mahu berkongsi dengan Idayu mencadangkan supaya Hisyam menceraikan idayu. Hisyam menjadi marah dan tidak sesekali akan melepaskan idayu,isterinya. Kemunculan semula Borhan, kekasih lama Idayu menggugat hubungan idayu dan Hisyam... apakah yang akan terjadi? bacalah buku ni, memang best sangat. Secara kesuluruhannya, saya bagi 5 bintang full start untuk novel ni, tahniah sekali lagi Hanni Ramsul..(^^)

Aug 5, 2011

Syurga di Wajahmu by Laila Hanni

Judul: Syurga Di Wajahmu
Penulis: Laila Hanni
Penerbit: Kaki Novel

Okay, baru habis baca novel ni malam tadi, kira-kira ambik masa seminggu juga untuk baca novel dek kerana terlalu busy dengan kerja-kerja lain. Kisah tentang Idayu, Engku Lokman dan Hairi. First of all, jalan cerita ni memang best, tentang seorang isteri yang tidak putus asa membimbing suaminya ke jalan yang benar. Walaupun si isteri ini pernah hampir berputus asa tetapi atas cintanya kepada Allah, dia cuba untuk mengubah suaminya untuk lebih mengenali islam. Engku lokman seorang lelaki yang kurang didikan agama dan hanyut dengan duniawi, Idayu sebagai isteri cuba berusaha untuk memperbaiki si suami. Hairi adalah cinta pertama Idayu, atas sebab tertentu Idayu tekad memutuskan pertunangan mereka, selepas 6 tahun dia bertemu dengan Engku Lokman sebagai seorang jururawat kepada nenda Engku Lokman. Bagaimana mereka boleh berkahwin? Anda kena baca novel ni untuk mengetahui cerita selanjutnya. Overall best tapi ada beberapa perkara yang aku nak komen sedikit tentang novel ni, pertama: ayat penyata terlalu banyak sehingga menenggelamkan dialog itu sendiri, kedua: ayat yang sama kerap berulang, mungkin penulis ingin mengetengahkan motif sebenar cerita ini tetapi aku rasa dua atau tiga kali dah cukup untuk pembaca memahaminya dan ketiga: ada kata pengganti diri yang tak berapa sesuai kot. ( Perkataan 'kau' mungkin lebih sesuai dan 'padan' dibaca berbanding 'engkau') Ini bagi akulah, siapa2 pun berhak untuk mengomen. Tetapi overall ceritanya dah cukup best. Tahniah kepada penulis walaupun masih baru dalam dunia penulisan, aku bagi 4/5 bintang. (^^)

Jul 15, 2011

Tanpa kata Cinta by Ratu Bulan & Qaseh

Judul: Tanpa kata Cinta
Penulis: Ratu Bulan & Qaseh Qaisara
Penerbit: Fajar Pakeer

Lama dah aku tak ulas novel... yalah, ada novel, lama dah beli tapi belum lagi habis dibaca... Jadi aku nak ulas pasal novel ni sebab aku dah baca habis novel ni. Dalam buku ni ada dua buah cerita tetapi di tempat yang sama. Maksud aku, dalam Kolej yang sama tetapi watak yang berlainan dan tidak ada hubung kait. First, aku nak ulas cerita daripada penulis Qaseh, watak utama adalah Isqandar & Kamelia, Is seorang pelajar akhir di koej tu manakalan Lia adalah fresh student kat kolej tu, kali pertama pandang Lia, Is dah jatuh suka, Is ni adalah salah satu pelajar top 10 paling popular kat kolej ni, jadi ramai pompoan tergila-gilakannya, tambahan lagi datuknya dan pakciknya ingin menjodohkan dia dengan Alina, anak datuk tapi Is tak nak, dia benci kat Alina. Untuk mengelak gangguan2 dari Alina dan pelajar pompoan lain, dia menawarkan Lia untuk menjadi kekasih olok-oloknya dengan bayaran RM500 sebulan, apalagi Lia yang memang nakkan duit tu, dia pun terimalah tawaran tu tanpa berfikir panjang, yang dia fikir apa nak buat eh dengan duit tu?lols. Lawak lah cerita ni. Aku memang gelak baca cerita ni... ingin tau cerita selanjutnya... kena beli novel ni...overall best walaupun ada typing error, dan agak kebudakan sedikit penulisannya... apapun cerita memang best, aku bagi 3.5/5.0

Sekarang aku nak ulas cerita daripada penulis Ratu Bulan pulak, aku mengaku yang aku beli novel ni pun sebab nak baca Tanpa kata cinta daripada Ratu Bulan, nak tau ending cerita dia, yalah aku ni memang ari2 jenguk blog Ratu Bulan semata2 nak baca novel ni... Okay, aku straight to the point je lah... watak utama adalah Sakinah dan Zaquan... Zaquan adalah Tuan muda Sakinah sejak kecil lagi, masa kecik seorang yang gemuk dan kuat memerintah, tapi dia ambil berat pasal Sakinah dalam diam.. disebabkan sesuatu hal terjadi mereka terpisah dan selepas 10 tahun, Zaquan datang ke Malaysia semula, mereka ditakdirkan bertemu semula, kenapa tiba-tiba Zaquan datang ke Malaysia? ada sesuatu yang dia cuba sampaikan kepada Sakinah tetapi takut Sakinah akan membencinya seperti mana dia membenci Sakinah pada mulanya... tetapi apa yang paling best adalah Zaquan terlalu ambil berat pasal Sakinah tetapi tidak mahu menunjukkannya, mungkin ego sebanarnya..hehe. Suka baca bab diorang berdua.Tapi memang best cerita ni... aku boleh bagi 4/5...

Jun 10, 2011

My boss My Hero

 I Hate school, why people must  learn everything?
"Love"
"Romance"
"Friendship"

WATER!!!!WATER!!! Gakko wa omoshiroi desu ne...!!!

From zero to be a boss...
"He is my Hero..."
"No! he is my Boss!!"
"Makky!!!
"Aniki!"


Sakaki makio as a student/yakuza
Intro untuk post ni, My Boss My Hero, memang story ni dah lama, tahun 2006 lagi, aku pun dah lama tengok tapi oleh kerana ada waktu terluang, aku pun tengok balik drama ni... Cerita yang sangat kelakar, aku tengok banyak kali pun tak bosan. Japanese drama is always give me a satisfaction, ya know? Cerita ini mengisahkan tentang seorang Yakuza yang digelar "tornado" kerana kekuatannya tapi sebenarnya dia tak tahu apa-apa pun! Tak Habis belajar sebab malas dan memang tak dapat masuk pun dalam otak dia walaupun dia belajar, ayah dia cuma ajar dia cara berlawan , mempertahankan diri saja, pasal lainnya, dia tak tahu. Baka!(Stupid)hehe.. dialah SAKAKI MAKIO (Nagase Tomoya)


Makio dan sakurakoji (kawan baik)    

So, untuk mendapatkan status ketua dalam kumpulannya, si Ayah terpaksa suruh makio pergi high school, at least biarlah sampai graduate and dapat sijil diploma pun jadilah. Makio yang memang nak jadi ketua Yakuza ni terpaksalah ikut arahan ayah dia pergi sambung belajar. Kawan ayah dia ni kebetulan adalah Pricipal tempat Makio belajar ni jadi dapatlah dia sembunyikan identiti Makio sebenar. Bila Makio dah enter sekolah tu, pada mulanya dia sangat benci dengan sekolah, benci dengan orang sekeliling dia dan cikgu dia, tapi nasib baiklah  satu-satunya tarikan pada sekolah itu ialah Kesedapan Puding yang cuma dijual 12 gelas sehari? Banyangkan dari beratus student, cuma 12 gelas sahaja yang dijual. Pelbagai ragam student untuk mendapatkan segelas puding tu, jadi Makio dengan bantuan 'kawannya' (baru kenal dan kawan ni pernah tersalah anggap kononnya Makio selamatkannya dari dibuli padahal dia terambil dompet Makio, nasib baiklah Makio sempat mendapatkan balik dompet dia, kalau tidak habis identiti dia terbongkar..^^), mereka pun dapat puding satu gelas... kalau nak tahu bagaimana mereka cuba mendapatkan puding tu, kenalah tengok cerita best ni..sapa dah tengok baguslah sebab cerita ni banyak bagi inspirasi pada diri kita sendiri. 

Makio cuba menakutkan guru dia...(funny scene)
Dari benci dia mula sayangkan sekolah ni sebab di sekolah lah dari otak kosong jadi pandai, bukan sahaja belajar untuk masuk U semata-mata tetapi belajar tentang 'love', 'romance' dan 'friendship'. Itu yang Makio belajar, protect and believe your nakama! Kedatangan Makio ke kelas 3-A bukan sahaja merubah 'life' Makio tetapi juga merubah 'life' pelajar-pelajar yang berada di kelas itu. Banyak kita boleh belajar dalam cerita ni, semuanya tentang usaha, tidak berputus asa, tolong-menolong,  dan banyak lagi perkara positif yang boleh kita ambil. Bukan aku ajak korang jadi Yakuza tapi ambik apa yang baik dari drama ni, drama jepun selalu bagi kita inspirasi supaya jangan berputus asa, Oh, I just love that words!

Setelah Makio belajar banyak perkara di sekolah, dapatkah Makio merealisasikan impiannya untuk graduate? Dan untuk mendapatkan 3rd seat dalam kumpulan Yakuza ayahnya? Apakah agaknya reaksi kawan-kawannya setelah mereka mendapat tahu bahawa Makio adalah Yakuza? Apa akan terjadi akhirnya apabila semuanya terbongkar? Tengoklah cerita ni untuk tahu endingnya....

So, why people must learn???? Think about it...

"Daripada tidak tahu, kita jadi tahu segalanya..."

10 stars

May 31, 2011

Sutera BiDadari by RamLee Awg Mursyid

Judul: Sutera Bidadari
Penulis: RAM
Penerbit: Alaf 21

'Kehidupan selepas mati adalah lagi panjang berbanding kehidupan sebelum mati'
Novel yang saya nanti-nantikan setiap tahun (2 kali setahun gak), novel RAM memang tidak pernah mengecewakan saya setiap kali membacanya. Tajuk yang amat menarik dan cantik, dalam kesinambungan Bagaikan Puteri ini, RAM suka menggunakan 'title' untuk wanita seperti 'puteri', 'ratu', 'bidadari' selain daripada 'Sang pencinta' dan 'Cinta Sufi'... sangat cantik dengan cover wanita yang seakan memakai purdah tapi tetap cantik dan menawan. Cerita mengenai Laksamana Sunan / Saifuddin Jalis, kisah pengembaraanya, pertarungannya, cintanya pada Allah dan RAsul serta cinta fitrah yang Allah kurniakan kepadanya, sangat bertuah wanita yang memilikinya....----> RATNA SANG RATU. Antara Novel-novel bagaikan puteri ini, Sutera Bidadari adalah yang paling best selepas Cinta Sang Ratu, seperti biasa RAM suka membuatkan kita tertanya-tanya siapakah 'Saifullah' pada abad 21 dan siapakah sebenarnya 'Sang Dewi' itu, saya rasa tidak sabar sehingga sanggup melompat untuk mengetahui siapa mereka ini, sesuatu yang amat menggembirakan saya akhirnya... (Selepas ini saya akan ulang baca buku ni betol2)hehe... Jalan cerita yang menarik, thriller dan suspen pasti tidak akan lari dari tema RAM pada setiap bukunya, sebab itulah...kita tidak sabar untuk mengetahuinya, biasanya jawapan ada di penghujung cerita... Apa yang pasti selepas membaca novel ini, saya benar-benar tidak sabar untuk membaca buku beliau seterusnya (sambungan Sutera Bidadari), novel beliau selepas ini? Pastilah ada..Fiksyen 302, hmm... saya dapat agak mesti pembunuhan akan berlaku lagi... Semoga Allah melanjutkan usia RAM dan dapat menghasilkan karya-karya yang terbaik dan unik... untuk Novel Sutera Bidadari ini, saya bagi 5/5. Terbaik!!! Tahniah RAM!!

May 16, 2011

Antara Puteri & Ratu

Seorang Puteri yang mendambakan Puteranya...
Seorang Ratu yang menginginkan Rajanya...

Jangan salah faham, saya cuma mengulas watak dari 2 buah Novel Ramlee Awang Mursyid (Bagaikan Puteri & Cinta Sang Ratu) iaitu Haryani (Si Puteri) dan Ratna (Sang Ratu). Dua watak dari dua dunia yang berbeza, dua kehidupan yang sangat berbeza... tetapi menyintai seorang Lelaki yang sama. Tiba-tiba terlintas di fikiran saya untuk mengulas kedua-dua watak ini, sabagai peminat novel RAM, saya memang suka membandingkan watak dalam semua novelnya namun antara kesemua watak dalam novel RAM, watak yang paling popular adalah Ratna dan Haryani, malahan apabila saya memasuki group RAM kat facebook and fanpage buku RAM, saya mendapati ramai yang cuba membandingkan kedua watak ini termasuk saya.(^^)Team RATNA or Team HARYANI? atau tidak memilih mana-mana team? mari kita banding daripada perspektif nani jurainie..(^^)

Haryani, watak utama yang muncul pada permulaan cerita Bagaikan Puteri, seorang yang lasak, berani, feminin, dan cantik (Laksamana Sunan menggelar Haryani Puteri). Mungkin Haryani adalah cinta pertama Sunan tapi malangnya mereka dari zaman yang berbeza, jadi ada halangan di situ, penulis sendiri menggambarkan cinta ini amat mustahil berlaku. Rentetan daripada itu, dalam buku ketiga RAM berjudul 'Hijab Sang Pencinta', RAM menemukan kembali Sunan & Haryani pada abad ke-21 iaitu masa sekarang berbeza pada buku pertama dimana Haryani bertemu dengan Sunan pada kurun ke-15. Haryani seorang yang begitu setia rupanya masih mengharapkan kasih Sunan walaupun pada masa itu Sunan baru kehilangan Ratna, isterinya. Namun pada pengakhiran cerita, RAM menoktahkan yang Haryani dan Sunan tetap tidak dapat bersama pada akhirnya apabila Sunan telah 'Mati' pada zaman tersebut. Haryani yang sangat cintakan Sunan sanggup menolak Dani yang mencintainya sepenuh hati, keikhlasan Dani masih tidak dapat menandingi Sunan di hati HAryani namun takdir telah tertulis Haryani dan Sunan tidak boleh bersama. Dan akhirnya, Haryani sendiri kehilangan Dani. Bak kata orang yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran...betul kan?
Saya cuma tertarik pada akhir cerita, Haryani walaupun telah kehilangan Sunan namun dia tetap berubah dari free hair kepada wanita bertudung, cuma kasihan kerana Haryani kehilangan cinta yang amat didambakannya. Daripada perlakuan HAryani yang saya baca, dia agak obses dengan Sunan, cintanya sangat setia, terlalu mengharap Sunan menjadi suaminya. Conclusion, lebih banyak Haryani ----> Sunan berbanding Sunan----> Haryani walaupun saya sedar Sunan terlebih dahulu menyintai Haryani sebelum datangnya Ratna.

Ratna, watak yang muncul pada pengakhiran cerita 'Bagaikan Puteri' dan menjadi antara watak utama dalam 'Cinta Sang Ratu' (Tajuk novel ini pun lebih menjurus kepada Ratna sendiri). Ratna sebenarnya watak negatif dalam cerita ini, misinya adalah ingin membunuh Sunan, pertemuan kali pertama di pinggir pantai telah membuahkan satu perasaan halus lahir dari jiwa tatkala Sunan mengatakan 'Sebagai manusia, aku sayang padamu', kata-kata hikmat yang akhirnya mencairkan hati Ratna sehingga dia jatuh cinta pada Sunan. Ratna sedar dia telah jatuh cinta namun kerana egonya dan bisikan jahat serta ajaran bondanya, Ratna cuba menepikan perasaan itu. Sebagai wanita Ratna sendiri tewas dengan kebaikan Sunan. Lantas, kerana cintanya kepada Sunanlah, dia mengenal penciptanya, Allah. Satu kisah cinta sangat suci dan meruntun jiwa. Dan, pada akhir ceritanya dalam 'Cinta Sang Ratu', Ratna terkorban demi melindungi suami tercinta, pada saat Ratna kembali kepada Allah, Sunan seakan kehilangan separuh nyawanya, lemah tersungkur di sebelah jasad isterinya...sehingga kedengaran suara halus isterinya berbisik 'mati dan hiduplah kerana Allah, kanda...'. Sungguh menyayat hati, saya sebagai pembaca turut mengalirkan air mata betapa Cinta Sang Ratu sungguh indah.

Setelah saya membandingkan keduanya, saya lebih suka dengan watak Ratna, walaupun kebanyakan wataknya cuma dalam buku 'Cinta Sang Ratu' tapi cukup memberi kesan, watak yang menghidupka cerita. Kisah cinta Laksamana Sunan dan Ratna siang Ratu benar-benar memberi kesan lebih daripada kisah cinta Haryani dan Sunan. Bukan saya berat sebelah tapi itulah kenyataannya. Haryani jelas watak utama namun kemunculan Ratna menggugat Haryani sebagai watak utama, nasib baiklah watak Ratna dimatikan penghujung cerita, jika tidak Ratna lah yang lebih menguasai cerita bagaikan puteri ini. Ini adalah kerana watak Ratna adalah heroin idaman kebanyakan wanita seperti saya.(^^) Sunan <-----> Ratna  , pertemuan yang telah direncanakan Tuhan, jodoh yang telah ditentukan sejak azali lagi... walau Ratna telah tiada namun sentiasa ada di hati Sunan.


"Semoga Allah mempertemukan kita semula di alam akhirat, InsyaAllah...dan cinta sang ratu itu akan tetap subur di jiwa Saifuddin walaupun tidak dikurniakan keturunan....-Saifudin to Ratna -" RAMLEE AWANG MURSYID

p/s: All of this is just my POV... so, how 'bout you guys?

Apr 24, 2011

Aku yang kau Tinggalkan by Alina Haizar

Judul: AYKT
Penulis: Alina Haizar
Penerbit: Kaki novel

Ni Novel bulan 3 aku beli, kisah tentang Nia dan Zaril Ikhwan, tak ada masa nak komen pasal novel ni kat blog, baru sekarang aku nak komen.hehe. Novel ni not bad, tak boring and best gaklah..hehe. Pertemuan semula setelah 4 tahun? lama gak tu, masih suami isteri plak tu tapi best coz ada elemen sakit otak gitu, si hero yang pandai tu bleh jadi tak pandai, dalam erti kata lain, hilang ingatan macam tulah, and then si heroin terpaksa berkahwin dengan si hero sebab dia benar-benar perlukan duit untuk family dia dan pada masa yang sama kena jaga si Zaril yang sakit and macam budak-budak ni. Tapi apa yang paling best sekali, kesabaran Nia menjaga suaminya dan jatuh cinta kepada suaminya walaupun suaminya 'tak betul' and sakit..he. Dan, selepas suaminya dah sihat.....ada sebab yang menyebabkan mereka ni berpisah....salah faham.... and tak berterus terang , and ego punca perpisahan mereka ni..bagi pandangan akulah..(^^) Dan, selepas 4 tahun mereka bertemu kembali....jeng2...apa yang berlaku selepas itu? Bacalah ya... aku bagi 4.5/5 untuk novel ni... 

P/S: cuma yang masih kurang lah, aku rasa si hero ni kurang sikit rasa menyesal dia tu, yalah, dah lah tinggalkan isteri pastu buat isteri macam tu pulak..hish..tak patut, tak patut. penulis perlu tambahkan lagi emosi si hero ni, barulah mengancam skit..anyway, overall..best!


M.A.I.D by Sury Ryana

Judul: Maid
Penulis: Suri ryana
Penerbit: Kaki Novel
Novel 'love story' terbaik tahun ini yang aku baca setakat ini lah... Novel ini mengisahkan tentang Noorul dan Harris, very sweet couple(^^). Noorul jadi Maid kat kediaman Harris then oleh kerana fitnah seseorang mereka terpaksa kahwin.. Lucu and Romantik lah cerita ni, tak bosan langsung, baca 2 3 kali pun tak bosan. Tak banyak sangat konflik, konflik pun dah nak penghujung cerita. Penulis ni masih baru lagi, ini first novel dia tapi tahniah kerana novel anda berjaya menarik minat pembaca/ peminat novel macam aku. Novel yang tebal tapi cukup santai. Kepada yang belum baca MAID, bacalah, pasti anda terhibur..hehe..promote sket.. aku bagi 4.999 out 5.... (^^)

Mar 10, 2011

TOP 10 CHARACTERS IN ANIME AND MANGA

Lol, First of all, this is just my TOP  10 FAVOURITE characters in manga and anime personally. I just LOVE them so much. How lucky i am to be with them.hehe. I'm addicting in ANIME and MANGA. SO, here i listed down my favourite characters so far:

Rukia
1) Kuchiki Rukia (Bleach)- yeah, I'm not biased but she's the one why i watch bleach and read manga. Very strong girl, kind-hearted, selfless, smart and cutest person in bleach. And Ichigo's future wife(^^)


Ichigo
2) Kurosaki Ichigo (Bleach) - Haha, surely bleach is no.1 anime in my heart. Shonen manga still no.1 although i'm a fangirl (Shojo manga prefer). He's young, strong desire to protect people around him. That's why i like his character. 



Shinichi
3) Shinichi Kudo/ Detective Conan - Yup, definitely, i really love this character since i'm in the middle school, he's very smart person, his deduction is very logical and his strong desires to protect people especially Ran mouri...(^^)

Ran




   
4) Mouri Ran (Detective Conan) - Love this girl, strong, smart, lovely, and understanding...very faithful woman.heh.



Tomoya
5) Okazaki Tomoya (Clannad)- BTW, he's such a very lovely 'Otoko'. He's kind but sometimes need someone to support him, he need someone who is very understand him. He's also helping people to find new life, and a very handsome guy. Really... I love him..heh.

Nagisa 
6) Furukawa Nagisa (Clannad) - Yes, she's Tomoya's wife. I admired her because she's the one who support Tomoya-kun(^^). Whenever Tomoya is at difficult situation, she was there to help him. Honestly, she's the kind person who perfect for Tomoya. Wow, Clannad is the best Shoujo anime forever!!!

Byakuya
7) Kuchiki Byakuya (Bleach) - Yeay!! Byakuya-sama! He's a very coolest person in Bleach but very protecting person, you know who? Rukia?(^^). That's why i like his character.

Renji
8) Abarai Renji (Bleach) - Because he is Rukia's Childhood friend!! lol! I mentioned Rukia again.


Zero
9) Kiryuu Zero (Vampire Knight)- I just love him, and I hate Kanami Senpai in Vampire Knight.lol.





heero
10) Heero Yuy (Gundam Wing) - He's cool huh? Yup, Gundam Wing is my favourite character in this Anime along with Relena. But, i'd decided just to choose only top 10 my favaourite characters so far till now...

P/S: Maybe this lists would change someday if i read or watch another animes? who knows?..
Hmm.. Right now, I'm watching Code Geas and Gosick (New anime 2010-2011).
GOSICK is like a detective story, full of mystery but Omoshiroi desu ne.... so, i keep watching this till now since I'm very excited about investigation and deduction stuff.(^^)

Ja, mata kimasu... 
Soshite, Arigatou Gozaimasu...

Jan 23, 2011

SALADIN: The Animated series…(Animasi sejarah terhebat di TV1)



Pernah dengar tak anime yang sekarang ini disiarkan di TV1 setiap hari Sabtu, pukul 7.30 malam? Siaran Ulangan pula pada hari Ahad, pukul 9.30 malam. Kalau orang yang tak tengok Tv1 confirm tak dapat tengok siri Kartun yang hebat ini, rugi korang. Kisah ini adalah kisah pengembaraan Salahudin dan kawan-kawannya untuk menegakkan keadilan pada zaman remajanya. Kali pertama tengok cerita ini saya telah terpikat sekaligus menyebabkan saya berhadapan dengan tv 1 setiap kali kartun itu disiarkan. Kisah Salahudin, Tariq, Duncan dan Anisa… Sangat best umpama kita tengok cerita kartun jepun pula. Well, memang tidak dinafikan saya sangat meminati anime sehingga saya terlalu addict sekali. Sangat teruja melihat Siri Animasi Salahudin ini, ia kisah perjuangan islam, Sapa yang tak kenal Pejuang Islam Salahudin? Memang sejarah tidak dapat menafikannya.
Animasi ini membuatkan saya jatuh cinta dengan Salahudin,he. Sepanjang menonton animasi ini, saya sentiasa jatuh cinta dengan perwatakan Salahudin, cerita ini tidak bosan, malah banyak diselitkan babak komedi. Salahudin sentiasa melindungi kawan-kawannya walau apa cara sekalipun, menentang kejahilan dan kejahatan manusia. Ia menceritakan zaman remajanya yang penuh dengan pengembaraan, di mana satu hari nanti dia akan menjadi pejuang islam.
Belajarlah sejarah kerana dari sejarahlah kita dapat belajar mana baik dan buruk, dari sejarahlah kita dapat menilai siapa kita sebenarnya, jati diri kita yang sebenarnya. Untuk sesiapa yang belum mengikuti siri kartun yang hebat ini, tontonlah dan reviewlah dengan sendiri. Saya menarik kepada semua orang, kartun tidak semestinya untuk kanak-kanak tetapi ia bersesuaian juga dengan kehendak orang dewasa dan remaja. Banyak diselitkan nilai-nilai murni yang kita tidak nampak, yang boleh menaikkan semangat kita supaya tidak berputus asa, fikir yang positif, ambil yang baik, buang yang jahat. Oleh itu, Siri kartun Salahudin ini amat sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.
Watak Utama:
Salahudin: Seorang pemuda yang bukan sahaja memiliki semangat juang yang tinggi tapi juga tampan, suka membantu kawan-kawannya, bijak, kadang-kadang kelakar, amat pandai bermain pedang dan seni mempertahankan diri.
Tariq: Teman rapat Salahudin semenjak kecil, seorang yang kelakar, gila-gila tapi juga pandai, sentiasa membantu Salahudin dan pandai bermain panah (Mempunyai busur dan anak panah dan sentiasa membawanya ketika pertarungan)
Duncan: Seorang lelaki yang kristian tapi juga pernah dibantu oleh Salahudin ketika mereka hampir menjadi hamba. Seorang kelakar dan juga berperangai seperti tariq, pandai seni mempertahankan diri, dan sekarang sentisan bersama dengan Salahudin dan Tariq ketika pengembaraan. 
Salahudin, Tariq dan Duncan menjadi sahabat baik tidak kira susah dan senang, dan watak ANisa kadang-kadang diselitkan dalam cerita ini. Gabungan keempat mereka sangat seronok untuk ditonton..(^^)
P/S: Tergelak sendiri ketika menonton kartun ini..(^^), ***** untuk animasi ini.

Jan 19, 2011

Bunga Syurga Oleh Anita Aruszi~

Baru habis baca pada hari ini, saya cuma menghabiskannya dalam masa 2 hari sebab saya tak sabar tahu di akhir cerita...Bunga Syurga, memang dah lama saya nak baca buku ni, order dari penulis sendiri sebab Stok dah habis kat Kaki Novel. Memang tidak dinafikan yang saya memang minat hasil tulisan penulis ni. Baca macam tengok drama, saya memang suka buku tebal mcm ni, lagi tebal lagi bagus. Buku ni dah tebal tapi masih tak puas..harap ada Bunga Syurga 2 pulak.. Cerita mengenai Nurul Hijjaz dan Riffki Aidan, dua watak yang saya suka, tidak ketinggalan juga watak Daniel Iqbal. Tiga watak utama tapi cukup puas hati, diadunkan menjadi satu cerita, satu peristiwa, satu masalah yang berhubungkait. Banyak persoalan dan kita cuma dapat jawapan di pengakhiran cerita. Semua rahsia terungkai. Pertemuan Hijjaz dan Riffki takdir Tuhan yang telah menyatukan dua keluarga. Sarat dengan permasalahn Cinta 3 segi dan keluarga, kedua-dua watak lelaki berbeza tapi menyintai satu wanita yang sama, dendam seorang Ayah, pengorbanan seorang Ibu, kekecewaan seorang datuk, keliru tentang perasaan yang tidak terluah, takut dikecewakan, kasih sayang, pengorbanan seorang adik... dan dua hati yang saling memendam perasaan... semua bersatu dalam Bunga Syurga... Saya bagi 4.999 untuk novel ni... Nak tahu kenapa tak bagi 5? Sebab saya tak puas baca buku ni, saya nak sambungan lagi..hehe. Tahniah Anita Aruszi! Teruskan berkarya...

P/S: Today is my 24th birthday, syukur pada Allah..Alhamdulillah... hmm..lepas ni nak baca apa lagi erk?

Jan 11, 2011

The Last Juror by John Grisham


Pada mulanya saya agak susah menerima novel ini, tetapi saya tidak akan biarkan novel ni menghiasi rak tanpa dibaca, ini pun kepunyaan kakak bukan saya, tapi minat saya yang mendalam pasal bacaan dan buku yang menguatkan hati saya untuk baca buku ni. Pertama kali saya baca biasa sahaja tapi saya tidak pernah skip untuk membacanya, setiap patah perkataan saya baca supaya saya faham setiap ayatnya. Kadang2 saya baca ayat sampai 2 3 kali sebab tak faham, 'Legal Thriller' ini membataskan pemahaman saya kerna saya tidak begitu memahami ayat orang2 yang ambik Law ni. Tapi saya teruskan pembacaan, ambil masa yang sangat lama untuk baca novel ni sedangkan ianya tidaklah begitu tebal.

Akan tetapi, cerita ni nampak semakin menarik, ia mengisahkan seorang pemuda yang baru berusia 23 tahun yang tidak pernah habis belajar tapi mampu memiliki sebuah company akhbar di mana dia bertindak sebagai penulis, wartawan, dan penerbit, pekerja bawahannya tidaklah begitu ramai, dia mampu membeli company tu yang hampir muflis atas pertolongan neneknya yang kaya, membeli dgn harga 50 000 dollar. Pemuda itu bernama Willie Traynor.

Berlaku satu pembunuhan yang kejam pertama kali berlaku di Clanton, Willie dan pekerjanya bertindak menulis berita tntang pembunuhan itu. Rupanya pembunuh itu adalah Danny Padgit, seorang yang paling berpengaruh dan ditakuti oleh penduduk di sana. Biasalah, mereka merasuah syerif, dan banyak lagi pegawai kerajaan dibawah pengaruh mereka. Saya suka watak Willie Traynor, muda tapi bersemangat, walaupun agak takut dengan ugutan keluarga Padgit, dia tetap teruskan dan membongkar kebenaran. Kalau ada seorang macam saya, saya mahu dia jadi seperti Willie, seorang wartawan.hehe. Willie dilihat sebagai hero di bandar itu, akhbarnya semakin hari semakin laris, banyak untung, jualan meningkat, cerita yang dia terbitkan bukan pasal pembunuh kejam shj, tp juga tentang perikemanuasiaan, tentang isu perkauman, ketenteraan yang nyata melariskan jualannya lantas menghidupkan bandar itu. Selepas kejadian yg berlaku ke atas wanita yang dirogol dan dbunuh Padgit, rata-rata penduduk Clanton bersatu menentang rasuah dan kekejaman.

Kadang-kadang ketika membacanya, saya nyata lebih bersemangat, kalau saya seornag wartawan dan penulis, saya akan dedahkan rahsia mereka yang terlibat dlm coruption, bandar kan bermasalah jika adanya rasuah. Sebab tu, saya suka buku ni.  Jalan penceritaan menarik dan tidak memberat, undang-undang dibuat oleh manusia, manusia juga boleh menggubal, mengubah, memansuh, meminda undang-undang. Apa yang nyata, undang-undang itu perlu adil di mata rakyat dan semestinya tanpa RASUAH! Gejala rasuah sebenarnya berleluasa di negara kita, apakah kita sedari setiap darinya?

Ternyata John Grisham seorang penulis yang benar2 peka dengan masalah yg berlaku, saya suka pada satu ayat dalam buku ni, lebih kurang begini, 'Kalau kita tidak layak mengadili seseorang manusia yang lain, ini bermakna adakah sistem perhakiman menjadi satu kesalahan?' Willie traynor bukan sahaja bijak tapi amat berani menyatakan kebenaran. Jadi kita? Kalau kita tahu sesuatu kebenaran, luahkan sahaja walaupun agak pahit.

Saya selaku rakyat biasa menyeru kepada semua, Jauhkanlah Rasuah, Haram jika memakannya dan Neraka lah tempat mereka yang mengambilnya. Wallahualam...

P/S: Sedang menunggu buku datang depan pintu..huhu...cepatlah kau datang...

Jan 4, 2011

SENARAI KOLEKSI NOVEL 2010: BHG 2

Judul: Pergilah Airmata
Penulis: Hanni Ramsul
Penerbit: Kaki Novel

Sebelum saya beli novel ni, terlebih dahulu saya baca resensi novel ni dari Facebook, blog dan komen orang lain. Rata-rata yang sudah membacanya memberikan komen positif malah terlebih positif. Saya masih tidak berpuas hati jadi saya cari blog Hanni ramsul, akhirnya saya menjumpainya, saya tidak baca bahagian prolog atau awal-awal bab novel ni, tapi terus ke pertengahan cerita, biasanya kat blog novel mereka tidak habis sebab tu kena tggu dibukukan pula kalau nak tahu ending nya. Once saya baca bab tengah tu, secara automatiknya saya terus terjatuh, jatuh cinta dengan novel ni, nasib baik novel ni ada kat kedai berhampiran saya. Apalagi, saya pun terus membelinya.

Buku ni mengisahkan tentang sabrina dan badrul, seorang wanita yang cool je, tak garang, tak marah, selamba der.. suka dengan watak sabrina ni, Badrul pula seorang yang kadang-kadang keanakan, kejap marah, kejap sayang, kejap itu ini, dia sendiri tak pasti, kejap kesian lah kejap tak kesianlah, tak da pendirian langsung bad ni tapi serius saya cakap watak kedua-dua orang ni best sangat. pasangan terbaik lah dalam segala novel yang prnah saya baca. Buku ni tebal sampai 800 lebih muka surat, setiap bab menyeronokkan dan terhibur, ada gak yang sedih tapi tak keterlaluan. Romantik pun ada, terbaik lah. Sangat berbaloi-baloi beli buku ni, harganya di sabah sampai RM 30 lebih tapi tetap beli. Sampai bawak buku ni kat ofis sebab tak sabar nak baca bab seterusnya. Tapi tak terbaca jugak kat ofis tu, sibuk memanjang. Tapi tak sabar sampai rumah sebab nak baca buku ni. Hai, kalaulah ada lagi buku macam ni karya hanni Ramsul, confirm saya tak tidur! Dan secara jujurnya saya bagi 5/5 buku ni. Tak menyesal beli! Berbaloi! Tahniah kepada penulis.

Judul: Jodoh atau Cinta
Penulis: Iman Nizrina
Penerbit: Kaki Novel

Terbit Kaki novel jugak, baca resensi dari orang lain, diorang cakap best jadi saya terus beli buku ni, malas nak baca online lagi. Tapi bila saya dah mula baca, agak hambar dan sepi, cerita yang sama macam novel lain. Kedua-dua watak bagi saya agak kurang menyerlah mungkin kerana saya dah baca pergilah airmata kot? Tapi saya rasa tak jugak, novel lain saya baca selepas PAM tapi still best. Mungkin citarasa saya lain untuk novel ni, tak ada pembaharuan pun. Penulis cuba wujudkan thriller tapi tak berapa menjadi, watak hero yang ingin melindungi heroin tak menjadi, agak keanak-anakan dan hambar!, Puncanya pun tak rasional, kadang kala benci dengan watak heroin yang mengada sikit, tagline cerita ni bila tak ada cinta tapi mereka ada jodoh tapi bila dah jatuh cinta, jodoh pula yang tak ada, lebih kuranglah, saya rasa tagline amat menonjol dan baik tapi jalan cerita tak berapa best macam tagline dia, masih ada yang tak cukup bagi saya. saya agak kecewa dengan cerita ni, minta maaf sebab saya cuma dapat bagi 3/5.


Judul: Ad + Iz
Penulis: Eury Ethena
Penerbit: Kaki Novel

Ad adalah nama untuk si heroin dan Iz adalah nama untuk si hero. Saya ingatkan watak hero adalah lelaki yang terlanggar dengan si Ad time kat airport tapi rupanya adalah lelaki gemuk yang mengejar seorang pompoan ala model ni masa kat airport. Dan lagi bestnya, si hero dan si heroin pernah satu sekolah dulu. Si hero ni masa sekolah handsome sangat dan menjadi kegilaan ramai tapi dia ada penyakit leukimia dulu sebab tu jadi gemuk selepas keluar masuk hospital. Kisah bermula apabila si Ad ni menyamar jadi gf Iz sehinggalah mereka disatukan malam tu juga atas kehendak nenek Iz yang dah tua. Bermula saat itulah, mereka hidup bersama, masing2 ada kelemahan dan kelebihan. Si Ad ni belajar sampai darjah 6 je kot tapi cantik manakala si Iz ni berpelajaran tinggi dan kaya tapi gemuk, dia adalah tengku dan waris pemilik syarikat keluarganya. Setelah berkahwin, mereka masing2 ada syarat tapi syaratnya adalah Si Ad ni kena sambung belajar kat U dan si Iz ni kena kuruskan badan. Syarat ni dikenakan oleh diorang dua sendiri. Bila si Iz ni dah kurus dan makin handsome, mulalah gf dia tu terhegeh-hegeh nakkan dia selepas pulang dari oversea, sian kat Az. Gemuk ke kurus ke dia tetap sukakan si Iz ni. Cerita yang menarik dibaca, saya main ambik je buku ni kat kedai buku, baca sinopsis je tak yah cari kat online lagi. Memang berbaloi betul dan best, saya bagi 4.5/5. hehe. Tahniah kepada penulis.


Judul: Inginku sentuh cintamu
Penulis: Aryanie Ismail
Penerbit: Kaki novel

Inginku sentuh cintamu mengenai seorang guru dan seorang lelaki yang berdendam dan punya anak saudara. Saya beli buku ni sebab baca sinopsis cerita ni dan sebab ada kisah pasal dendam berdendam. maybe ada pasal thriller kot. Si hero berdendam dengan keluarganya sebab abangnya dibunuh sebab racun. Hmm..tak berapa thirller, setakat racun sahaja. jalan penceritaan yang agak menarik tetapi masih ada yang kurang. hampir pertengahan cerita baru hero dan heroin bertemu, bukunya nipis sahaja, terlalu banyak kisah lebih kepada si heroin dan ada yang sepatutnya tidak perlu. Terlalu cepat si heroin diselamatkan dan banyak sangat kebetulan, kalau nak buat kebetulan pun jalan cerita mesti cukup padat bukan terlalu ringkas, banyak lagi kelemahan dalam novel ni sebenarnya. Saya cuma mampu bagi 3.5/5 untuk novel ni.





Judul: Mencari jalan ke syurga
Penulis: Hasliza Ismail
Penerbit; Kaki Novel

Saya beli novel ni kerana disarankan oleh seorang kawan yang juga amat meminati novel melayu. Saya beli novel ni dekat MPH dan saya cuma menghabiskan satu hari sahaja novel ni. Jalan cerita memang best dan menarik tapi lagi menarik kalau ditebalkan lagi buku ini. Cerita sudah cukup baik tapi saya masih tidak berpuas hati lagi, lebih banyakkan babak hero dan heroin lagi bagus, tak suka *menjelar-jelar (bahasa pa ntah!he..). Walauapapun novel ini tetap menarik dan saya suka genre dendam macam ni cuma masih terlalu nipis buku ni bagi saya. Cerita hampir sama macam Ilham Hati karya favourite penulis saya Damya Hanna. Tapi ada juga perbezaannya dalam cerita ini. Dua-dua pun menarik. Si heroin dulu jahat dan lepas hilang ingatan jadi baik.. si hero nak balas dendam tapi bila tengok si heroin ni hilang ingatan dan dah tak ingat apa-apa lagi, si hero mula jatuh cinta, heroin punya dua watak yang berbeza, memang best cerita ni tapi apa yang saya cakap tadi tak cukup bagi peminat genre dendam ni macam saya.(^^) Saya bagi 4/5. Tahniah jugak.

Jan 3, 2011

SENARAI KOLEKSI NOVEL 2010: BHG 1

Banyak kenangan terindah 2010 ni, antaranya adalah saat aku membaca novel..hehe. Oleh kerana ada masa terluang, aku boleh mengulas novel-novel yang aku baca pada tahun 2010 ini walaupun novel tu dah lama kuar tapi aku baru baca tahun ini... baru ada kesempatan nak baca, dulu asyik baca buku akademik...hehe.

Judul: Tiada sepertimu
Penulis: Anita Aruszi
Penerbit: Kaki Novel
Harga: RM 27 (Sabah & Srwk)

Keifli Benjamin dan Zara Melissa… kedua-duanya punya agenda tersendiri ketika diijabkabulkan. Keifli ingin melarikan diri dari kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ manakala Zara pula ingin menyelamatkan mamanya. Akhirnya mereka hidup sebagai teman serumah, yang tidak berhutang apa-apa di antara satu sama lain.

Keifli seorang lelaki yang punya rahsia tersendiri dan juga merupakan seorang lelaki yang setia pada teman wanitanya, tetap menunggu walaupun teman wanita dia tu curang dan beralih arah..hmm, benci dengan Intan yang curang tu tau. Tapi itu sebelum Keifli bertemu Zara, Keifli dan zara sebenarnya pernah bertemu dua tahun yang lalu selepas insiden ngeri yang berlaku kepada Zara, rupanya Keifli juga ada pada waktu itu. Pertemuan yang singkat dan berdarah tetapi tidak disangka selepas dua tahun berlalu, mereka dpertemukan kembali, pada mulanya Keifli tidak mengenali siapa Zara sehinggalah Zara terserempak Keifli dan Ruby iaitu Ibu Zara bersama. Pada waktu itulah Keifli mengingati siapa Zara tapi malangnya Zara tak tahu siapa Keifli. Apa yang anehnya, Keifli dan Zara sudah banyak kali terserempak sebelum Keifli tahu siapa Zara. Mereka selalu bertekak tapi pada masa yang sama saling merindui... dan cerita ini sampai pada klimaks apabila mereka dipaksa kahwin..hehe. Cerita yang sangat menarik bagi saya dan saya suka watak Keifli..hehe. 4.5/5 saya bagi...(^^) Sekarang saya ingin membaca lagi Novel-novel karya Anita Aruszi/mazni Anita. Dalam otak saya, saya dah set nak kumpul semua novel hasil tulisannya. Hmm.. Saya ni agak susah nak kumpul Novel dari Penulis yang sama kecuali RAmlee Awg Mursyid, Sekarang saya dah ada satu penulis yang saya suka karyanya selepas RAM. Terima kasih kerna menghasilkan karya seperti yang saya mahu. Tahniah kepada penulis.

Judul: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan aka Nurfa
Penerbit: Fajar Pakeer

Pada mulanya saya baca karya e novel penulis ni bertajuk Hikayat Cinta, masa tu baru saya tahu yang dia dah ada buku terbaru iairu Prince Charming, So, saya pun mulalah baca enovel PC dulu, nampak agak menarik dan bersahaja, seperti dalam kisah Korea atau Jepun. PC agak berlainan sedikit bagi saya. Saya sebenarnya tidak berapa suka cerita pasal budak sekolah ni tapi saya memang minat tgk korea atau jepun..he. Jadi, saya pun pilih novel ni. heronya yang bersahaja, banyak kelemahan dan kelebihan. Ramai orang menyangka yang Prince Charming ni seorang yang perfect tapi tidak bagi Nurul, watak heroin dalam cerita ni juga seorang pengurus pasukan bola sepak. Kisah ni bermula apabila Nurul diselamatkan oleh seorang pemain bola sepak tapi pada waktu itu dia tidak perasan siapa orang yang telah menyelamatkannya dari dilanggar kereta. Bermula detik itulah dia bertekad menjadi pengurus pasukan dan mencari Prince Charming nya, siapa sangka Prince itu sangat berlawanan sifat dengan perkataan 'perfect'. Dia tidaklah sekacak yang lain, pemalas dan asyik tidur, juga seorang pemarah dan tidak peramah. Siapakah lelaki itu? Anda kenalah baca sendiri..hehe. saya bagi 4/5 bagi cerita ni. Sekarang saya tengah membaca Enovel Hikayat Cinta juga karya RATU BULAN. Sangat best, setiap bulan saya menunggunya! Saya juga akan mengumpul karya RATU BULAN....tapi malangnya lambat sangat karya beliau keluar.Hmmm...



Judul: Kau Milikku
Penulis: Aisha Hamza
Penerbit: Kaki Novel
Saya beli novel ni sebab baca sinopsis dia sahaja, saya ingin cuba manatau lah kan best lalu saya order buku ni dari Kaki Novel sendiri. Buku ni agak tebal tapi sayangnya setebal-tebal buku ini, rupanya penceritaan zaman sekolah adalah lagi panjang berbanding setelah bekerja. Itu yang paling saya kecewa sangat, bukannya apa tapi awal-awal buku ni sudah boring, mugkin saya tidak sesuai baca buku yang asyik bergaduh je, dah tu banyak sangat yang saya tak puas hati.. Minta maaf sebab saya selaku pembaca mendapati novel ni kurang menyengat. Kisah ini pasal Dizyan dan Faizal. Saya tak kisah kalau Dizyan ni gemuk ke kurus ke tapi dah memang cerita ni tak best. Kadang-kadang saya dapat tangkap ada satu babak yang hampir menyerupai babak dalam Andai itu takdirnya karya Siti rosmizah. Kadang-kadang terover pula jalan penceritaannya. Tak menepati citarasa saya, saya agak kecewa dengan novel ni, tapi ini cuma saya lah, mungkin orang lain dapat rasa novel ni best mana tau kan? Tapi serius saya menyesal beli buku mahal dan tebal ni. saya cuma dapat bagi 2.5/5.


Judul: Andai itu takdirnya
Penulis: Siti Rosmizah
Penerbit: Buku Prima
Saya tak beli buku ni tapi dapat dari kakak saya, pada mulanya saya tak nak baca novel ni, biasalah sebab saya tak berapa kenal siti rosmizah ni dan tak pornah pun baca karya dia. Okay, straight to the point, cerita ni sangat sedih, setiap helainan yang saya baca, saya mesti menangis, bukan nangis biasa-biasa tapi sampai teresak-esak pulak tu.. parah betul, kesian dengan heroin dan benci dengan hero, tapi saya tetap suka bila mereka bersama. jujur saya katakan, cukuplah sekali ini saya baca novel parah macam ni, tak tahan beb! Tapi walau apapun, saya bagi 4/5 dari novel ni.

Judul: Lafazkan Kalimah Cintamu
Penulis: Siti rosmizah
Penerbit: SR                                     

Selepas saya baca Andai itu takdirnya, saya ingin lagi pula membaca karya penulis ni. Cakap tak nak nangis-nangis lagi, hehe, tapi setelah baca sinopsis dia, macam best pula lalu saya pun belilah dengan potongan 25% dari POpular..nasib baik ada kad Popular kalau tak, sampai bila pun saya tak beli novel..hehe. Pada malam itu juga saya mula baca novel ni, pada awal cerita memang best, sedih sangat, kesian watak heroin time kecik-kecik tapi bila dah besar?  Aduh, tidak, saya tak suka watak heroin dia, poyo, walaupun dia wat begitu ada reason sebab ayah dia sangat benci kat dia tapi apa boleh buat memang itulah dia heroin. Tapi apa ynag menarik, kadang-kadang saya terketawa pula baca novel ni, ada bab yang lucu, bila dah sampai bab boring saya pun berhenti daripada baca novel ni, serius, mmg ada yg boring, hampir seminggu saya tak baca buku ni, bila bosan saya baca balik buku ni, saya baca baca dan terus baca, nasib baik ada bab yang tak boring, sampailah ke penghabisan  cerita, saya memang menangis dan tergelak baca cerita ni tapi jujurnya saya tak berapa suka genre sebegini... saya cuma dpat bagi 3/5 sahaja. Say bye bye to my money, wasted!


Judul: Gelak tergolek
Penulis: Wan Azlan
Penerbit: Kaki novel

Pada mulanya, saya beli novel ini untuk mengurangkan tekanan bekerja, saya nak yang lawak pula, sesekali ada genre sebegini tidak juga dunia buku bosan kan? Tapi saya tak naklah ada bercampur tangisan dan lawak, tak berapa sesuai. Cerita ni tentang Rahman sahaja, memang dari awal sampai akhir kisah Rahman dan isterinya, macam mana dia tackle Maimun, kahwin sehinggalah dapat anak. Hmm, cerita ni agak sempoi, lawak giler lh, memang saya dah tak tension lagi..huh. Tapi memang berbaloi baca novel ni... berbaloi-baloi. Tetap ada pengajaran dalam cerita ni, saya bagi 4/5.